Kali ni sekali lagi prof Muhaya jadi perhatian ramai. Ramai wanita yang bengang bila Prof Muhaya downgrade kan wanita yang bekerjaya wanita yang berpendidikan tinggi.

NAMA pakar motivasi Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu. Selepas tular kenyataan mengenai wanita yang perlu bersifat ‘bdoh-bdoh sikit’ demi mencari jodoh, kali ini timbul isu lain pula.

Menerusi satu rakaman tular, Dr Muhaya seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga perkara itu mengundang kemarahan sebilangan warganet. “Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah… sudahlah.

“Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry. “Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.

Antara posting mengenai video itu di Twitter. “Bonda nak tanyalah sekarang ni, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni? You tell me. “Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD… apa manfaat pada orang?” ujar Dr Muhaya dalam video itu.

Video itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada rakaman asal berdurasi 45 minit yang dimuat naik di YouTube milik dr Muhaya (Prof Muhaya TV) bertarikh 6 Februari 2021 yang sehingga kini menerima lebih 45, 000 tontonan.

Selain Youtube, video itu turut dikongsi semula ke laman Facebook dan Twitter sehingga tular dan menimbulkan perdebatan warganet sejak beberapa hari lalu. Kata warganet, kenyataan mempersoalkan

taraf pendidikan wanita itu bagaikan ‘meludah ke langit, muka juga yang basah’ memandangkan beliau juga merupakan seorang profesor dan juga pakar mata. “Tapi dia profesor. So, membazir je lah dia dapat gelaran profesor tu.

“Sumpah laaaa Prof cakap macam ni? Luluh hati sis yang tengah nak habiskan PhD ni. “Ada PHD apa manfaat pada orang? Seriously? Kenapa macam nak downgrade perempuan pendidikan tinggi ni?” tulis warganet.

Untuk rekod, Dr Muhaya pada Khamis lalu tampil memohon maaf berhubung video wanita ‘bodh-bodh sikit’ selepas menerima kritikan ramai. Selain warganet, beliau turut mendapat teguran Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman. Dalam pada itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen Dr Muhaya mengenai isu itu masih belum berhasil.

Bonda sayang semua tanpa syarat – Dr. Muhaya

PAKAR motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menzahirkan perasaan sayang kepada semua tanpa syarat selepas dikritik oleh warganet berkaitan pandangan wanita perlu ‘buat-buat’ bdoh jika ingin bahagia di samping suami atau ingin cepat bertemu jodoh.

Selebriti media sosial itu yang membahasakan dirinya sebagai bonda berkata, dia sentiasa mendukung kaum wanita ke puncak tertinggi dan berbahagia di dunia dan akhirat. “Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.

“Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live cinta dan cita-cita (di Youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat,” kata Dr. Muhaya.

Beliau dalam kenyataan di Instagram berkata, isu meminta ‘wanita buat-buat bdoh’ hanya merupakan satu salah faham kerana petikan kenyataannya itu dipetik daripada siaran langsung di Page Facebook Prof Muhaya serta YouTube Prof Muhaya TV yang berdurasi selama 45 minit dan diterbitkan pada 6 Februari lalu.

Katanya, siaran live itu adalah bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga. Serentak itu, Dr. Muhaya memohon maaf terhadap isu berkenaan yang telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada bonda mahupun team bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement bonda, maka bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya. Sebenarnya, buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta dan Cita-cita,” katanya.-SM

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ramai yang kritik tentang Prof Muhaya. Sekali Ustaz Ahmad Dusuki pula tampil bersuara jelaskan tentang maksud sebenar Prof Muhaya.

 

Umum mengetahui, Prof Muhaya telah tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkannya berhubung isu jodoh lambat disebabkan wanita terlalu berdikari dan mengejar kerjayanya.

Di Instagram, pendakwah bebas iaitu Ustaz Ahmad Dusuki dipercayai menelefon Prof Muhaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan. Malah, beliau cuba berlapang dada dan berfikiran secara terbuka semasa mendengar penjelasan tersebut.

Merendahkan diri

“Saya mendengar klip ringkas nasihat Bonda Prof Dr Muhaya tentang jodoh ini, lantas secara adabnya dan akhlaknya saya menghubunginya, saya mendengar penjelasan Bonda Prof Dr Muhaya. Jelas dan terang maksud yang disebutkan itu,

saya mohon untuk mengulas tentang apa yang di katakan itu, sebagai mana orangnya yang tetap optimis dan berkayakinan berlapang dada untuk mendengar pandangan, akhirnya dengan dengan iringan doa moga istiqamah dalam menyampaikan keindahan agama ini.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, maksud kalimah “bodo bodo skit” yang digunakan oleh Prof Muhaya itu bukan bermaksud membdhkan diri. Bahkan, ianya merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan apa yang dimiliki.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

“Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Manakala, perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jhat.

Di samping itu, Ustaz Ahmad Dusuki turut berkongsi sepotong hadis mengenai jodoh. Hadis tersebut memberitahu bahawa wanita yang baik hanyalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan situasi tersebut sama seandainya keadaan tersebut disebaliknya. Menjengah di ruangan, segelintir warganet bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.

Terdahulu, Prof Muhaya memohon maaf atas salah faham mengenai perkara yang telah berlaku. Sementara itu, Prof Muhaya memaklumkan sekiranya ada individu yang ingin mengetahui keseluruhan mesej yang disampaikan dalam video tersebut, bolehlah menonton di Youtube Prof Muhaya TV bertajuk ‘CINTA & CITA-CITA’.

Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki

Sumber : OhBulan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Fikiran zaman sekarang bukan macam dulu. Kali ni giliran Soo Wincci pulak bersuara tentang Prof Muhaya buat ramai yang terkedu.