Terkini kerajaan umumkan bantuan belia Rm1 k untuk yang berumur 18 hingga 30 tahun. Rupanya ini cara permohonan dan juga tarikh akhir.

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengang.guran. MPN merupakan badan tertinggi dalam penetapan dasar, strategi dan pemantauan pelaksanaan inisiatif berkaitan penciptaan pekerjaan. perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi tahun ini, MPN menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Untuk tujuan ini, kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melaksanakan program Penjana Kerjaya 2.0 dan pemerkasaan portal MYFutureJobs bagi menggalakkan majikan mengambil dan melatih pekerja-pekerja baharu.

Penjana Kerjaya ini merupakan salah satu p.rogram di bawah Kementerian Sumber Manusia atau kata lainnya PERKESO untuk memberi peluang menambah pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja kepada belia.

Selain itu, program ini membolehkan golongan belia yang menganggur serta tidak mempunyai kerja tetap untuk menimba pengalaman bekerja bagi meningkatkan kemahiran melalui on the job training.

Program ini juga telah ditambahbaik dengan memberi insentif sehingga RM 1,000 sebulan kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.

Bantuan Belia Untuk 18-30 Tahun

Bermula pada tahun 2021, banyak k.ategori dan golongan di malaysia dibantu oleh kerajaan Malaysia supaya dapat berhadapan dengan cabaran pkp pkpb dan covid 19 di Malaysia.

Berdasar pembentangan Bajet Belanjawan 2021, bantuan belia 18-30 tahun sebanyak RM 1000 diumumkan dengan harapan lebih ramai yang dapat peluang kerja dan jawatan dikala waktu yang cukup genting ini. Ia sekaligus dapat mengurangkan bilangan penganggur di Malaysia dikalangan graduan hari ini.

Bantuan kerajaan untuk belia sebanyak RM 1000 ini terbuka kesemua yang berminat dan berkelayakan termasuk di Putrajaya Sabah Sarawak Melaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kl Labuan Perlis Pulau Pinang Penang Perak Kedah Selangor Negeri Sembilan Johor Pahang Kelantan dan Terengganu.

Cara Daftar Dan Mohon

Anda layak untuk menikmati tawaran gaji bersama-sama dengan elaun pada setiap bulan sekurang-kurangnya RM 1,200 sebulan selama tempoh. Manakala RM 1,000 diberikan kepada kalangan majikan yang memberikan peluang kepada golongan penganggur dan graduan untuk bekerja di syarikat.

Kelebihan

Memberikan peluang kepada kalangan pengang.gur untuk mendapatkan pengalaman bekerja dan meningkatkan kualiti dan mutu kerja anda.

Syarat Kelayakan

Pastikan anda masih tiada kerja lagi dan mengganggur, anda adalah warganegara malaysia yang sah. Umur anda mesti antara 18-30 tahun ketika menghantar permohonan. Tarikh permohonan bagi program ini akan bermula pada 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Kredit : MalaysiaSemasa/Perkeso

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *