Ada pula yang dkwa Najib dimasukkan ke hospital akibat vaksin. Sekali ini penjelasan dari DS Najib.

Sebentar tadi, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat live di Facebook bagi menepis beberapa dkwaan mengatakan yang beliau kini sedang dirawat di ICU selepas menerima suntikan vaksin dua bulan lalu. Menurut Najib, dia telah menjalani kehidupannya seperti biasa selepas divaksin malah masih boleh bersenam dan bermain FB tanpa sebarang masalah.

Saya bernasib baik sudah terima vaksin dua bulan lalu tetapi saya tahu ada pihak yang sebarkan macam-macam berita kononnya saya mengalami masalah selepas divaksin. Tidak benar, badan saya juga tidak ada apa-apa mikrocip dan saya tidak menjelma jadi wolverine atau mana-mana mutan.”

Selain ini, Najib turut menyatakan kekecewaannya kerana pendaftaran vaksin masih rendah sekaligus melambatkan sasaran negara untuk mencapai imuniti kelompok.

Yang dah daftar ketika ini hanya 13 juta sahaja, sedangkan rakyat Malaysia ada lebih 30 juta. Ini bermaksud 17 juta tak daftar diri atau sekurang-kurangnya 8 juta penduduk perlu mendaftar untuk negara capai imuniti kelompok. “Nampaknya jauh lagi kita dari sasaran ini. Kita sudah kesuntukan masa dan berada pada tahap yang teruk.”

Najib juga turut menggesa kerajaan untuk mempergiat lagi usaha pemberian vaksin kepada rakyat kerana setakat ini hanya 3 juta penduduk telah menerima dos vaksin pertama. Kadar vaksinasi wajar ditingkatkan, jika tidak kita akan lihat jangkitan berterusan dan tambahan kluster serta lebih banyak kehilangan nyawa, malah ekonomi juga terus terjejas.”

Sumber : Lobak merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebelum ini tular keadaan Tasik Chini yang mengecewakan orang ramai. Sekali DS Najib tampil jelaskan isu ini.

Kuantan: Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa gambar yang tular dan didakwa keadaan terkini Tasik Chini di Pekan adalah gambar yang dirakam dua tahun lalu.

Najib berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada pihak berkaitan, beberapa langkah yang dirancang sudah diambil untuk menyelesai dan memulihkan keadaan itu.

“Gambar yang sedang tular dan didakwa keadaan terkini akibat aktiviti perlombongan di Tasik Chini di Pekan ialah gambar yang dirakam dua tahun lepas. Saya akan update (kemas kini) keadaan terkini selepas saya diberi taklimat penuh sehari dua ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Kelmarin, tular gambar di media sosial mengenai keadaan Tasik Chini yang dikatakan terancam berikutan aktiviti perlombongan. Berikutan itu, orang ramai meminta tindakan penguatkuasaan dilakukan untuk memelihara tasik berkenaan daripada bahaya.