Dah berbagai cerita tular soal tertukar bayi. Sekali kak Misi tampil dedahkan SOP wad bersalin.

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai pertukaran anak menjadi tumpuan ramai dan rata-rata warganet turut bersimpati dengan keadaan yang dihadapi oleh kedua-dua ibu tersebut. Susulan berita tersebut, ramai warganet menunding jadi menyalahi pihak hospital akibat daripada kecuaian berlaku.

Di Facebook, seorang jururawat iaitu Noor Shafinah Mamat yang pernah bekerja di bahagian bilik operasi dan wad bersalin berkongsi pengalaman dalam menjalani tugas di sebuah hospital kerajaan.

Wajib mak kena sebut!

Menerusi perkongsian dari jururawat ini, dia menjelaskan skop tugas dan tanggungjawab ketika mengendalikan ibu bersalin setelah melahirkan anak. Tambahnya, berkali-kali kepastian yang perlu dilakukan antara jururawat dan si ibu bagi mengelak daripada berlakunya kesilapan atau pertukaran anak. Tagging baby ni salah satu juga skop kerja harian kami di labour room dan wad-wad bersalin HTAR. Lepas ibu bersalin, kita sendiri show off kat mother s3x baby then suruh mother sendiri sebut ye dapat baby apa.

Puan dapat anak apa? Letih lepas beranak pun I will make sure mother sebut sendiri, girl or boy! Wajib mak kena sebut! Baby out je siap-siap buat tag, kena ade saksi ye lagi seorang kawan kena jadi saksi lepas tulis. Kalau tak betul kena tulis balik. Salah ejaan pun kena tulis balik! Double check dengan kawan. Sekali lagi tunjuk lagi kat mother.

Puan, tengok ejaan nama puan betul tak. Tengok nombor pendaftaran puan sama dengan tag baby ni? Sebab itu mak wajib pakai tag nama kat tangan bila masuk wad, jangan nk buka-buka ye selagi tak boleh discharge. Tag baby ni kita pasang kat kaki baby ye puan.

Nombor pendaftaran tu mesti sama dengan nombor kat tangan puan. After recheck dengan mother, kita akan counter check pula dengan staf yang conduct baby tu. Ulang pula lagi sekali dengan mother. Lepas beranak kita ambil pula baby nak cuci bersih-bersih cucuk hep B dan vitamin.

Settle bab cucuk-cucuk baby pass pula baby kat mak, tanya lagi mak soalan sama ye. Ulang-ulang sampai lebam. Letih pun kena jawab ye mak-mak takut benda ni jadi kesilapan sebab kita ni manusia biasa.

Berkali-kali check tag nama

Foto sekadar hiasan

Malah, kakitangan hospital turut memastikan tidak berlaku pertukaran bayi semasa menyerahkan bayi yang baru dilahirkan ke kakitangan wad. Malah, kakitangan wad akan memastikan gelang nama pada kaki bayi adalah betul sebelum diserahkan.

Kadang aku menyirap kalau ibu jawab macam tu, ye tau penat sakit beranak tapi kalau jadi kes tertukar macam ni, you all nak blame siapa? nurses juga… Settle semua jahit, nak hantar balik wad. Nak pass over pula kat staf wad. First dia orang akan check TAG BABY ye kawan-kawan. Tanya lagi mak soalan sama, nampak tak, kita punya protect you all tak tertukar baby tu macam mana.

Sekian bebelan kak cik misi pencen yang pernah kerja kat labour room dan 5 tahun kat wad bersalin, itulah rutin kami. Kesalahan ni kami tak tahu punca dari mana dan kami tak pasti sama ada SOP kat hospital swasta sama atau tidak tapi nak dijadikan kes kan, tak boleh salahkan sesiapa juga. Doa saja yang baik-baik. Ya Allah minta dijauhkan benda tak diingini.

Sumber: Noor Shafinah Mamat via Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siti Jamumall tengah syok buat live sekali tiba tiba ada satu komen masuk. Selamba je individu ni boleh cakap macam tu.

KUALA LUMPUR: Kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak hospital, dua pasangan yang bayi mereka dikatakan tertukar di sebuah hospital swasta di Shah Alam berhasrat mengambil tindakan undang-undang.

Siti Suriani Wahiddin, 23, terkilan dan mendakwa pihak hospital menyerahkan bayinya kepada pasangan lain tanpa membuat pemeriksaan teliti. “Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi Jumaat lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital.

Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik. Saya menyedari wajah lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Kami menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu dan mendapati ia milik wanita lain,” kata Suriani seperti yang dilaporkan.

Suriani dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman kemudian menghubungi hospital dan mereka diminta ke hospital itu untuk proses pertukaran semula bayi. “Pagi ini saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya harap pihak hospital bertanggungjawab dan saya akan merujuk kes ini dengan peguam untuk tindakan susulan,” katanya.

Keja.dian itu tular di media sosial selepas Siti Suriani membuat perkongsian di Facebook (FB) Live bermula 7.40 malam tadi. Sementara itu, seorang lagi ibu terbabit, Diana Hanani Abdullah, 23, turut kecewa dengan kejadian itu yang menyebabkan emosinya tergang.gu.

Diana melahirkan bayi lelaki secara operasi di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan dibenarkan pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

“Saya hanya mengetahui bayi tertukar apabila pihak hospital menghubungi saya malam tadi. Saya sangat terkejut lalu minta suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang dalam bakul sampah dan mendapati tertera nama Siti Suriani.

“Kami terus ke hospital malam tadi. Proses pertukaran semula bayi berlaku dalam suasana penuh emosi kerana sudah menyayangi bayi dijaga seperti anak sendiri,” katanya yang sudah membuat laporan polis.

Polis Sahkan

Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan pasangan dikatakan tertukar bayi di sebuah hospital swasta, di sini, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata laporan berkenaan dibuat oleh suami kepada usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin, di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 9 pagi Ahad.

“Laporan polis dibuat selepas si suami menyedari nama ibu pada tanda nama di kaki bayi tersebut bukan nama isterinya semalam (Sabtu), tetapi nama wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

“Pihak polis IPD Shah Alam telah menjalankan s.iasatan awal dan pihak kami telah merujuk kepada bahagian perundangan Jabatan Siasatan (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan juga bahagian perundangan JSJ Bukit Aman dan telah diputuskan bahawa kes ini, tiada unsur lain yang berlaku,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tengah Buat Live Ada Komen Masuk Serta Jawab Pasal Marketing

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.