LHDN akan buka kaunter BKK untuk rayuan BPR mulai esok. Tapi hanya untuk sesetengah golongan ini sahaja.

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuka kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) mulai esok untuk permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kaunter itu akan dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri serta melalui janji temu sahaja.

“Ia juga terhad kepada pelanggan yang berisiko rendah berdasarkan aplikasi MySejahtera. Pelanggan yang hadir wajib mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengimbas aplikasi MySejahtera, sentiasa memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal,” menurut agensi itu.

Pertanyaan berkaitan BPR boleh diajukan kepada talian BKK di 1800-88-2747 yang dibuka dari 9 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat). Semalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan tempoh rayuan bagi permohonan BPR yang tidak diluluskan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini.

Kenyataan LDHN turut memaklumkan urusan bagi Kaunter Duti Setem (Pejabat Setem Cawangan, Pejabat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil) kekal dibuka kepada pelanggan dan Pembayar Duti Individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) seperti ditetapkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Waktu operasi kaunter adalah berdasarkan hari bekerja di setiap negeri iaitu dari 8 pagi hingga 1 tengah hari. Turut kekal beroperasi Kaunter Pusat Bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Talian pejabat akan berfungsi seperti biasa dengan waktu operasi terhad iaitu bagi Hasil Care Line (Pusat Panggilan dan Live Chat) waktu operasi ialah Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang manakala bagi ibu pejabat atau cawangan LHDN, talian adalah ditutup.

Menurut kenyataan itu, pelanggan disyorkan membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Senarai itu boleh dicapai melalui pautan phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf.

Sumber : Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan takut terkini kerajaan umumkan 15 jun rayuan permohonan Bpr akan mula dibuat. Ini yang pemohon perlu buat.

PERKHABARAN mengenai tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai Selasa hadapan hingga 30 Jun ini pastinya memberi kelegaan kepada ramai rakyat di negara kita,

Ia bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana kerajaan sedar bahawa kemungkinan ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data.

“Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). “Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, ” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Tengku Zafrul berkata, setakat ini, sebanyak RM4.6 bilion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada Februari atau Mac dan Mei tahun ini. “Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada bulan September ini, ” katanya.

Dua KaedahSementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada seperti yang diumumkan dalam Program Pemerkasa+ pada 31 Mei lalu.

Menurut beliau, pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan dan permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah. “Kaedah pertama, dalam talian iaitu melalui https://bpr.hasil.gov.my.

“Kaedah kedua, penghantaran borang rayuan BPR 2021 secara manual dan ia dihantar sama ada di cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara temu janji sahaja, ” katanya.

Tambahnya, setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos bagi BPR Tambahan dan September bagi BPR Fasa 3.

PKP 3.0: PM umum rakyat terjejas dapat tambahan BPR, moratorium turut ditawarkan

SEBANYAK RM2.1 bilion diperuntukkan bagi tambahan dalam program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Bantuan PKP 3.0, Isnin malam.

Ia merupakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) bernilai RM40 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Mengenai BPR, kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300.

Sementara itu, golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100. Muhyiddin berkata, bayaran itu akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada akhir Jun 2021. Dalam pada itu, perdana menteri turut mengumumkan mengenai moratorium untuk golongan B40, pekerja dan PKS yang terjejas.

Mereka diberi pilihan sama ada kelulusan automatik moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan. Antara lain adalah bantuan khas one-off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah, bas persiaran serta kereta sewa dan e-hailing.

Bayaran itu akan mula dibuat pada Julai depan.

Selain itu, Geran Khas Prihatin (GKP) juga dinaikkan kepada RM1,500 yang akan memanfaatkan hampir sejuta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perusahaan mikro. Ia akan dibayar sebanyak dua kali mulai Jun, iaitu RM1,000 pada pertengahan Jun dan RM500 lagi akan disalurkan pada Julai.

Menerusi Pemerkasa Plus, ia membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion. Perdana menteri berkata, Pemerkasa Plus menumpukan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

sumber: mstar, sinar harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Berita ni yang ramai tunggu. Akhirnya Menteri Kewangan dedahkan tarikh buka rayuan Bpr fasa kedua.

Mulai 7 Mei 2021, semua pemohon boleh membuat semakan s.tatus BPR Fasa 2. Penerima yang berjaya akan mula menerima bayaran melalui akaun bank masing-masing mulai 7 hingga 12 Mei ini.

Namun bagi sesetengah penerima BPR mungkin berasa hairan mengapa ada antara mereka yang telah mendapat b.ayaran Fasa 1 tetapi semakan status BPR Fasa 2 tidak lulus?. Di sini kami kongsikan serba sedikit tentang rayuan BPR Fasa 2 dan antara sebab mengapa penerima berstatus TIDAK LULUS walaupun telah menerima bayaran BPR Fasa 1.

Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus

Menurut FAQ Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, kelayakan pemb.ayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan varifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Ini bermakna, terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya. Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut.

05, Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan. 12, Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham atau Pengarah Syarikat atau Perkongsian Liabiliti Terhad. 36, Pemohon atau pasangan adalah penerima GKP. 31, S.tatus perkahwinan perlu pengesahan. 39, Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan.

Jika merujuk kepada permohonan sebelum ini seperti BSH dan BPN, beberapa lagi alasan mungkin menyebabkan anda TIDAK LULUS BPR FASA 2, antaranya. Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan d.ta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama atau Nombor Pengenalan atau Status Kewarganegaraan.

Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon atau pasangan tidak sepadan dengan d.ata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang. Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa.

Tarikh Fasa Kedua

Sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi. Menurut kenyataan media, rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan. Namun, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula olh pihak LHDNM.

Kategori Pemohon BPR

Untuk makluman, terdapat dua kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut. Kategori Isi Rumah. Merupakan pasangan yang telah berkahwin atau terdiri dari ibu atau bapa tunggal atau balu atau janda atau duda yang mempunyai anak atau belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Syarat Kategori Isi Rumah BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah seisi rumah. Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR atau MyKAS.

Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah. Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Penda.ftaran Negara (JPN).

Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid. Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam atau Swasta.

Kategori Bujang. Merupakan individu bujang atau ibu atau bapa tunggal atau blu atau janda atau duda yang tiada anak. Berumur 21 tahun hingga 59 tahun. Bagi individu kategori kurang upaya mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Syarat Kategori Bujang BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan). Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu kurang upaya.

Kredit : HP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.