Watikah pelantikan ketua perwakilan ke luar negara telah dikurnia oleh Agong. Ini antara 19 orang baharu yang terpilih.

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 19 Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berkenan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan itu yang lazimnya diadakan di Istana Negara disempurnakan menerusi pengurniaan secara berutus susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19 ketika ini.

“Seri Paduka mengambil kesempatan ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia yang dilantik dan mengingatkan mereka supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya, sentiasa menjaga nama baik negara dan meningkatkan profil Malaysia di persada antarabangsa,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini.

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Nadzirah Osman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar, Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani, Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Mohd Zamruni Khalid dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Roslan Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Austria Ikram Mohd Ibrahim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Anizan @ Siti Hajjar Adnin, Duta Besar Malaysia ke Croatia Kennedy Mayong Onon dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail.

Duta Besar Malaysia ke Oman Shaiful Anuar Mohammad, Duta Besar Malaysia ke Hungary Francisco Munis, Duta Besar Malaysia ke Romania Datuk Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed, Duta Besar Malaysia ke Algeria Mohammad Faizal Razali, Duta Besar Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran, Duta Besar Malaysia ke Bosnia dan Herzegovina Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin, Duta Besar Malaysia ke Lubnan Azri Mat Yacob dan Duta Besar Malaysia ke Argentina Nur Azman Abdul Rahim turut menerima watikah pelantikan itu.

Sultan Selangor kecewa apabila dapat tahu nilai dos vaksin yang diambil oleh rakyat negeri itu. Sekali lain pula yang warganet perasan atas meja Tuanku

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa terkejut dan kecewa baginda apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata baginda bertitah peruntukan itu adalah tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.

“Baginda terkejut apabila disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi C0vid-19 (CITF), sehingga 1 Jun lalu Selangor hanya menerima sejumlah 615,210 dos vaksin Covid-19 dan bukan 2.9 juta dos seperti didakwa sebelum ini. Tegas baginda lagi, adalah tidak adil apabila nisbah jumlah pemberian dos vaksin ketika ini tidak seimbang dengan jumlah populasi keseluruhan penduduk di negeri Selangor yang berjumlah 6.5 juta,” katanya.

Mohamad Munir juga menegaskan Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa Selangor adalah penyumbang terbesar keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, justeru keutamaan wajar diberikan untuk negeri terbabit. Kata Mohamad Munir dalam situasi sekarang Sultan Sharafuddin berpendapat nyawa rakyat haruslah diberi keutamaan berbanding agenda-agenda lain.

Katanya baginda turut mahu agar jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor ditambah, khususnya di kawasan luar bandar. “Baginda berpandangan pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad Munir berkata Sultan Selangor turut memuji langkah kerajaan negeri yang kini agresif melakukan ujian saringan Covid-19 secara percuma untuk rakyat.

Warganet perasan model telefon bimbit Tuanku jenama Nokia

Gambar ni jadi VIRAL sebab Handphone Sultan Selangor…Nokia 3310..Daulat Tuanku…

Berikut pula reaksi dari warga maya 

“org2 kaya besauuuu ada maklumat sulit. xleh guna smartphone biasa . sbb apa2 boleh dipintas. kena guna cara lama. by talk. kalau sblm ni ada blackberry . now blackberry pn dh melingkup. lg 1 apa nak heran . dari semurah2 harga sampai semahal2 benda tuanku boleh beli.” kalau tak pakai phone pun dia tetap kaya ape nak heran, yg baru kaya je beria tunjuk sini sana, yg dah lama kaya ni dia tak batak benda.”

KUNCI UNTUK CARA HIDUP BESEDERHANA

Ukur Baju di Badan Sendiri, Jangan Berpura-pura. Kunci pertama adalah dengan menjadi diri sendiri. Memang menjadi diri sendiri itu tidak mudah. Apatah lagi jika kita dikelilingi dengan mereka yang sukakan barang-barang mewah, pencinta fesyen sedangkan kita suka ke arah simple life.

Sedikit sebanyak kita akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu dan mulalah berpura-pura kita mengikut cara hidup mereka, membeli pakaian berjenama, makan di tempat mewah dan melancong ke sana sini.

Dengan berpura-pura, kita sebenarnya tidak bahagia. Kerana apa? Kerana kita telah menipu diri sendiri. Sebab itu, ada keharusan dalam Islam memilih teman hidup yang sekufu supaya sesuai dengan pembawakan diri. Dengan demikian, kita akan bebas menjadi diri sendiri dan dapat menjalani kehidupan yang bahagia.

Lagipun, menipu diri sendiri itu akan lebih menyakitkan dan akan membawa kepada masalah tekanan yang lain. Ada peribahasa melayu berbunyi “ukur baju di badan sendiri”. Berpada-padalah hidup mengikut kemampuan diri sendiri dan bukan hidup dalam kepura-puraan.

Sumber : Trendingsangat.pw

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Berita ni yang ramai tunggu. Akhirnya Menteri Kewangan dedahkan tarikh buka rayuan Bpr fasa kedua.

Mulai 7 Mei 2021, semua pemohon boleh membuat semakan s.tatus BPR Fasa 2. Penerima yang berjaya akan mula menerima bayaran melalui akaun bank masing-masing mulai 7 hingga 12 Mei ini.

Namun bagi sesetengah penerima BPR mungkin berasa hairan mengapa ada antara mereka yang telah mendapat b.ayaran Fasa 1 tetapi semakan status BPR Fasa 2 tidak lulus?. Di sini kami kongsikan serba sedikit tentang rayuan BPR Fasa 2 dan antara sebab mengapa penerima berstatus TIDAK LULUS walaupun telah menerima bayaran BPR Fasa 1.

Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus

Menurut FAQ Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, kelayakan pemb.ayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan varifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Ini bermakna, terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya. Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut.

05, Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan. 12, Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham atau Pengarah Syarikat atau Perkongsian Liabiliti Terhad. 36, Pemohon atau pasangan adalah penerima GKP. 31, S.tatus perkahwinan perlu pengesahan. 39, Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan.

Jika merujuk kepada permohonan sebelum ini seperti BSH dan BPN, beberapa lagi alasan mungkin menyebabkan anda TIDAK LULUS BPR FASA 2, antaranya. Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan d.ta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama atau Nombor Pengenalan atau Status Kewarganegaraan.

Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon atau pasangan tidak sepadan dengan d.ata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang. Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa.

Tarikh Fasa Kedua

Sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi. Menurut kenyataan media, rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan. Namun, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula olh pihak LHDNM.

Kategori Pemohon BPR

Untuk makluman, terdapat dua kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut. Kategori Isi Rumah. Merupakan pasangan yang telah berkahwin atau terdiri dari ibu atau bapa tunggal atau balu atau janda atau duda yang mempunyai anak atau belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Syarat Kategori Isi Rumah BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah seisi rumah. Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR atau MyKAS.

Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah. Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Penda.ftaran Negara (JPN).

Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid. Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam atau Swasta.

Kategori Bujang. Merupakan individu bujang atau ibu atau bapa tunggal atau blu atau janda atau duda yang tiada anak. Berumur 21 tahun hingga 59 tahun. Bagi individu kategori kurang upaya mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Syarat Kategori Bujang BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan). Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu kurang upaya.

Kredit : HP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.