Siti Jamumall tengah syok buat live sekali tiba tiba ada satu komen masuk. Selamba je individu ni boleh cakap macam tu.

KUALA LUMPUR: Kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak hospital, dua pasangan yang bayi mereka dikatakan tertukar di sebuah hospital swasta di Shah Alam berhasrat mengambil tindakan undang-undang.

Siti Suriani Wahiddin, 23, terkilan dan mendakwa pihak hospital menyerahkan bayinya kepada pasangan lain tanpa membuat pemeriksaan teliti. “Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi Jumaat lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital.

Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik. Saya menyedari wajah lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Kami menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu dan mendapati ia milik wanita lain,” kata Suriani seperti yang dilaporkan.

Suriani dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman kemudian menghubungi hospital dan mereka diminta ke hospital itu untuk proses pertukaran semula bayi. “Pagi ini saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya harap pihak hospital bertanggungjawab dan saya akan merujuk kes ini dengan peguam untuk tindakan susulan,” katanya.

Keja.dian itu tular di media sosial selepas Siti Suriani membuat perkongsian di Facebook (FB) Live bermula 7.40 malam tadi. Sementara itu, seorang lagi ibu terbabit, Diana Hanani Abdullah, 23, turut kecewa dengan kejadian itu yang menyebabkan emosinya tergang.gu.

Diana melahirkan bayi lelaki secara operasi di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan dibenarkan pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

“Saya hanya mengetahui bayi tertukar apabila pihak hospital menghubungi saya malam tadi. Saya sangat terkejut lalu minta suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang dalam bakul sampah dan mendapati tertera nama Siti Suriani.

“Kami terus ke hospital malam tadi. Proses pertukaran semula bayi berlaku dalam suasana penuh emosi kerana sudah menyayangi bayi dijaga seperti anak sendiri,” katanya yang sudah membuat laporan polis.

Polis Sahkan

Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan pasangan dikatakan tertukar bayi di sebuah hospital swasta, di sini, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata laporan berkenaan dibuat oleh suami kepada usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin, di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 9 pagi Ahad.

“Laporan polis dibuat selepas si suami menyedari nama ibu pada tanda nama di kaki bayi tersebut bukan nama isterinya semalam (Sabtu), tetapi nama wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

“Pihak polis IPD Shah Alam telah menjalankan s.iasatan awal dan pihak kami telah merujuk kepada bahagian perundangan Jabatan Siasatan (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan juga bahagian perundangan JSJ Bukit Aman dan telah diputuskan bahawa kes ini, tiada unsur lain yang berlaku,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tengah Buat Live Ada Komen Masuk Serta Jawab Pasal Marketing

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas dah selesai tukar bayi Siti Jamumall dedahkan bayi terpaksa masuk semula dalam Hospital. Sekali polis bagitahu perkembanga terkini kes ni.

KUALA LUMPUR – Suami kepada seorang wanita yang tular di media sosial telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa diri dan isterinya. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima laporan pukul 9 pagi tadi daripada suami wanita berkenaan.

Katanya, kes akan rujuk kepada majistret mahkamah. “IPD Shah Alam ada menerima laporan polis hari ini (13 Jun) mengenai kejadian bayi tertukar. Bapa bayi berkenaan membuat laporan polis jam 9 pagi tadi.

“Dia nak gunting tag nama yang ada pada budak (bayi) itu kerana dia perasan nama pada tag itu bukan nama isterinya,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini. Beliau ketika ditanya sama ada pihak

hospital akan dipanggil berhubung kejadian yang sama, Baharudin menegaskan buat masa ini polis belum lagi berbuat demikian. “Saya sedang menyemak kes ini dari sudut perundangan sama ada terdapat kesalahan lain dalam kes ini sebelum mengambil tindakan sewajarnya,” ujar beliau.

JAWAPAN PIHAK HOSPITAL

Harian Metro kemudian menghubungi hospital swasta yang dimaklumkan ibu bayi terbabit, namun jurucakap hospital terbabit menafikan kejadian itu berlaku di hospitalnya. Sementara itu, usahawan Diana Hanani Abdullah, 23, turut kecewa dengan kejdian itu yang menyebabkan emosinya terganggu.

Menurutnya, dia melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan dibenarkan pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

Bayi Masuk Hospital Semula
Siti muat naik satu status dimana beliau dan bayi terpaksa masuk semula ke Hospital. Siti memberitahu bahawa kuning bayi terlalu tinggi dan terpaksa dimasukkan semula ke dalam wad untuk pemantauan. Rata rata semua mendoakan kesihatan Siti dan anaknya dan dipermudahkan segala urusan.

Dr Pakar Puan Wasap

Siti percaya allah aturkan dan pilih siti untuk perjuangan ini . Allah luluh baca ni dari dr pakar puan yg wasap siti . bayangkan kejadian yg berlaku tapi tak tau tertukar anak sendiri

TERUS JADI FAMILY

“Allah terima kasih satukan kami , automatik kami dah jadi family . siti tak sangka allah mcm aturkan nama baby pon Aisar & Aiman . kami baru lepas di interview Buletin TV3 yg akan bersiaran malam ni”

“Siti percaya allah aturkan dan pilih siti untuk perjuangan ini . Allah luluh baca ni dari dr pakar puan yg wasap siti . bayangkan kejadian yg berlaku tapi tak tau tertukar anak sendiri” Dalam pada itu,

Siti Jamumall tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila telah menyusukan kedua-dua bayi termasuk anak orang lain yang tertukar itu. “Bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan anak saya.

Ada hikmah di sebaliknya. Tak jangka, mak saya pun ingatkan situasi macam ni berlaku dalam drama je. “Hari ni saya ke hospital semula untuk melakukan pemeriksaan kesihatan penuh terhadap anak memandangkan dia dibawa keluar dari hospital lebih awal dari sepatutnya.

“Saya juga akan mendapatkan khidmat nasihat guaman dalam mempertimbangkan tindakan selanjutnya sebagai pengajaran,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tengah kecoh pasal ibu tertukar bayi kali ni satu lagi ibu tampil bongkarkan apa yang jadi sebenarnya buat ramai yang terkejut.
Belum pun cukup setahun mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri berdepan dugaan apabila cahaya mata sulung mereka yang baru lahir tertukar dengan anak orang lain.

Begitulah yang dialami Muhammad Khairulazman Moh Pardon dan isterinya, yang hanya menyedari pertukaran itu selepas hari kedua mereka membawa pulang bayi ke rumah. Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, isterinya melahirkan anak lelaki menerusi operasi di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor, pukul 3 petang 10 Jun lalu.

“Saya ada ambil gambar anak pada hari pertama kelahiran 10 Jun, mata dia bulat dan jelas nampak. Ada juga ambil gambar esoknya 11 Jun, tapi kami tengok muka bayi macam lain. “Perbezaan ketara adalah pada mata.

Kami tidak syak apa-apa kerana mungkin selepas sehari bayi tu banyak tidur, jadi mata dia lebih mengecil,” katanya, sambil menambah isterinya dibenarkan keluar dari hospital pada petang 11 Jun sebelum membawa pulang bayi ke rumah.

Namun dia yang lebih dikenali sebagai Khairul berkata, mereka menerima panggilan mengejutkan daripada pihak hospital pada Sabtu malam (12 Jun) memaklumkan tentang bayi mereka yang tertukar.

“Pihak hospital call tanya sama ada kami periksa tag tanda nama di kaki bayi atau tak. Kami kata tak check sebab tag pada stroller bayi di hospital adalah nama isteri saya. “Kebetulan sampah belum lagi dibuang, jadi kami cari tag tu.

Mula-mula kami tak percaya bayi tertukar tapi bila tengok tag tu bukan nama isteri saya, kami terus beremosi lebih-lebih isteri saya sebab dia baru lepas bersalin,” ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Khairul berkata, dia dan isteri yang berusia 23 tahun tidak mempunyai pengalaman menimang cahaya mata selepas berkahwin pada Julai 2020. “Kedua-dua belah keluarga kami pula di Johor, dan hanya kami tinggal berdua. Kami bawa balik bayi tu dah dua hari, sudah tentu kami dah sayang bayi tu.

“Isteri saya menangis, sampaikan kami tak percaya perkara ni boleh terjadi. Sepatutnya kami dapat srvis yang terbaik sebab kami bayar,” ujarnya. Menurut Khairul, dia bagaimanapun kesal apabila mendakwa alasan yang diberikan pihak hospital berhubung kejadian pertukaran bayi itu adalah kerana terlepas pandang.

“Kalau sekali mereka terlepas pandang di pihak anak saya, macam mana pula anak saya boleh keluar dari hospital dan dibawa balik ke rumah orang lain. “Bagi saya kecuaian ini tidak boleh diterima. Kami buat laporan polis berhubung kejadian dan masih belum memikirkan untuk melakukan tindakan selanjutnya,” katanya.

Kami dah sayang bayi tu anak orang lain. Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu. Dia bagaimanapun amat bersyukur kerana pasangan suami isteri yang membawa pulang anak kandung mereka yang sebenar tergerak hati untuk memeriksa tanda nama pada kaki bayi yang dibawa pulang sehingga terungkainya kes pertukaran bayi.

“Kalau tanya perasaan, kami dah sayang bayi tu anak orang lain, hari pertama dah bawa dia balik ke rumah. Semalam tengok anak kandung kami, teringat bayi yang satu lagi.“Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu terutama isteri. Alhamdulillah anak kami sihat.

“Alhamdulillah juga kami mempunyai silaturrahim dengan keluarga di sebelah sana apabila kedua-dua bayi telah disusukan oleh isteri saya dan puan tu. Mereka berdua dah jadi adik-beradik,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan seorang wanita berusia 22 tahun berdepan detik cemas apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi orang lain, selepas suaminya mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya sebagai ibu.

Wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami menghubungi pihak hospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam (12 Jun) dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi. Siti Suriani yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall turut membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk tindakan lanjut berhubung kej.adian.

Keadaan Terkini
Dilaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dipetik sebagai berkata, laporan berkenaan dibuat oleh suami kepada Siti Suriani iaitu satu daripada pasangan yang terlibat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 9 pagi Ahad.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *