Tengah kecoh pasal ibu tertukar bayi kali ni satu lagi ibu tampil bongkarkan apa yang jadi sebenarnya buat ramai yang terkejut.

Belum pun cukup setahun mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri berdepan dugaan apabila cahaya mata sulung mereka yang baru lahir tertukar dengan anak orang lain.

Begitulah yang dialami Muhammad Khairulazman Moh Pardon dan isterinya, yang hanya menyedari pertukaran itu selepas hari kedua mereka membawa pulang bayi ke rumah. Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, isterinya melahirkan anak lelaki menerusi operasi di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor, pukul 3 petang 10 Jun lalu.

“Saya ada ambil gambar anak pada hari pertama kelahiran 10 Jun, mata dia bulat dan jelas nampak. Ada juga ambil gambar esoknya 11 Jun, tapi kami tengok muka bayi macam lain. “Perbezaan ketara adalah pada mata.

Kami tidak syak apa-apa kerana mungkin selepas sehari bayi tu banyak tidur, jadi mata dia lebih mengecil,” katanya, sambil menambah isterinya dibenarkan keluar dari hospital pada petang 11 Jun sebelum membawa pulang bayi ke rumah.

Namun dia yang lebih dikenali sebagai Khairul berkata, mereka menerima panggilan mengejutkan daripada pihak hospital pada Sabtu malam (12 Jun) memaklumkan tentang bayi mereka yang tertukar.

“Pihak hospital call tanya sama ada kami periksa tag tanda nama di kaki bayi atau tak. Kami kata tak check sebab tag pada stroller bayi di hospital adalah nama isteri saya. “Kebetulan sampah belum lagi dibuang, jadi kami cari tag tu.

Mula-mula kami tak percaya bayi tertukar tapi bila tengok tag tu bukan nama isteri saya, kami terus beremosi lebih-lebih isteri saya sebab dia baru lepas bersalin,” ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Khairul berkata, dia dan isteri yang berusia 23 tahun tidak mempunyai pengalaman menimang cahaya mata selepas berkahwin pada Julai 2020. “Kedua-dua belah keluarga kami pula di Johor, dan hanya kami tinggal berdua. Kami bawa balik bayi tu dah dua hari, sudah tentu kami dah sayang bayi tu.

“Isteri saya menangis, sampaikan kami tak percaya perkara ni boleh terjadi. Sepatutnya kami dapat srvis yang terbaik sebab kami bayar,” ujarnya. Menurut Khairul, dia bagaimanapun kesal apabila mendakwa alasan yang diberikan pihak hospital berhubung kejadian pertukaran bayi itu adalah kerana terlepas pandang.

“Kalau sekali mereka terlepas pandang di pihak anak saya, macam mana pula anak saya boleh keluar dari hospital dan dibawa balik ke rumah orang lain. “Bagi saya kecuaian ini tidak boleh diterima. Kami buat laporan polis berhubung kejadian dan masih belum memikirkan untuk melakukan tindakan selanjutnya,” katanya.

Kami dah sayang bayi tu anak orang lain. Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu. Dia bagaimanapun amat bersyukur kerana pasangan suami isteri yang membawa pulang anak kandung mereka yang sebenar tergerak hati untuk memeriksa tanda nama pada kaki bayi yang dibawa pulang sehingga terungkainya kes pertukaran bayi.

“Kalau tanya perasaan, kami dah sayang bayi tu anak orang lain, hari pertama dah bawa dia balik ke rumah. Semalam tengok anak kandung kami, teringat bayi yang satu lagi.“Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu terutama isteri. Alhamdulillah anak kami sihat.

“Alhamdulillah juga kami mempunyai silaturrahim dengan keluarga di sebelah sana apabila kedua-dua bayi telah disusukan oleh isteri saya dan puan tu. Mereka berdua dah jadi adik-beradik,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan seorang wanita berusia 22 tahun berdepan detik cemas apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi orang lain, selepas suaminya mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya sebagai ibu.

Wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami menghubungi pihak hospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam (12 Jun) dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi. Siti Suriani yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall turut membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk tindakan lanjut berhubung kej.adian.

Keadaan Terkini

Dilaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dipetik sebagai berkata, laporan berkenaan dibuat oleh suami kepada Siti Suriani iaitu satu daripada pasangan yang terlibat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 9 pagi Ahad.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Usahawan tersebut telah pun buat laporan polis. Sekali baru perasan ada dua benda ni yang tak betul.

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial sejak malam tadi apabila pengasas laman web perkhidmatan online yang dikenali sebagai Siti Jamumall membuat live di Facebook mendkwa anaknya yang baru dilahirkan telah tertukar semasa dibawa pulang dari hospital. Menerusi live FB berdurasi dua jam itu tular, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin bergegas semula ke sebuah hospital di Shah Alam bagi menguruskan hal berkenaan bayinya itu.

Selepas beberapa jam, wanita berusia 22 tahun berkenaan kembali membuat live dengan mengucapkan terima kasih atas keprihatian semua terhadapnya. Dia menganggap peristiwa tersebut sebagai salah satu pengajaran yang tidak akan pernah dilupakan. Siti telah mendapatkan semula bayinya yang tertukar dan berasa lega walaupun kecuaian tersebut bukan datang darinya atau pun ibu bapa dari bayi yang dibawa pulang.

Dalam perkongsiannya lagi, dia sempat memuat naik perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dengan ibu yang membawa pulang anaknya. Masing-masing meluahkan rasa terkilan dan sangat bimbang ketika mendapat tahu bayi mereka tertukar. Namun, kedua-duanya mulai tenang dan mengakui sudah menganggap anak masing-masing seperti anak sendiri memandangkan sudah menyusukan mereka.

Cuma satu lagi kebimbangan setelah mendapat semula anaknya adalah tiada kesan suntikan di lengan bayi berkenaan dan membuatkan Siti Jamumall musykil dengan pengurusan hospital berkenaan.

Tengok Lengan

Assalamualaikum semua, pagi ni siti terdetik hati nak check kt lengan anak ada suntikan tak.. Allahu tk nmpk apa kesan pun di tgn. Memang mcm ni ke? Rasanya anak pertama ade bekas. Wallahuallam.. Apa pun pagi ni nak pergi bawa ke hospital semula untuk checkup. Risau x tally semua info baby.

Bawa Checkup

Harini checkup ya allah terkejut berat pon salah tulis , cucuk bcg mereka ckp kena tunggu sebulan dua baru timbul , g.ugur perasaan rasanya. ya aallah putra aiman zafran mummy akan tuntut keadilan buat awak.

Kredit : MG

Sumber : Onlinemalaya.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Boleh pula usahawan terkenal tertukar bayi dengan wanita lain. Sekali ramai warganet yang minta untuk ambil tindakan ini pada pihak hospital.

” Saya tidak pasti bagaimana kejadian tertukar anak ini boleh berlaku.” Itu kata-kata usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suaminya yang berdepan saat mencemaskan apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, hari ini.

Kjadian itu dikongsikan beliau melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula jam 7.40 malam tadi. Menurut Siti Suriani, beliau melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam, awal pagi semalam dan pihak hospital membenarkan beliau serta bayinya pulang ke rumah, hari ini .

Bagaimanapun, beliau menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hspital sama.

” Saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya. Bila saya balik, suami saya cabut tag pada kaki bayi dan suami hampir buang tag. Nasib baik baca nama tag kaki, tapi bila tengok nama ibu di tag kaki, nama ibu lain iaitu Dianah. Ini bukan drama, ini realiti. Sebelum ini hanya tengok drama anak tertukar, tapi kini jadi betul-betul kepada diri saya. Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu jam 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada semalam pada jam 2.30 pagi,” katanya.

Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, beliau dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.” Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun terdetik di hati saya wajah bayi ini berbeza,” katanya.

Siti Jamumall berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila bayi tersebut lebih ringan dari jangkaan setelah bangun daripada tidur pada pagi Sabtu. Menurutnya, bayi yang tertukar tersebut seberat 2.31 kilogram ketika dilahirkan di hospital tersebut.

” Saya tanya kepada suami, betul ke ini anak kita?” Ujarnya. Difahamkan, Siti Suriani melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 2.30 pagi semalam yang juga anak keduanya selepas berkahwin pada April 2019 pada usia 19 tahun.

Menerusi perkongsian FB Live itu, Siti Suriani yang turut dikenali sebagai Siti Pok Pek turut membuat penstriman secara ‘live’ perjalanan beliau bersama suami dan bapa mentuanya ke hospital untuk memulangkan semula bayi dalam jagaannya dan mengambil bayinya semula. Sebaik sampai, suami dan bapa mentuanya bertemu pihak hospital yang kemudian mengesahkan bayi itu tertukar.

Siti Suriani yang menunggu dalam kenderaan sempat dimaklumkan oleh suaminya yang bayi mereka berada di hospital sebelum penstriman ‘live’ itu terhenti selepas hampir sejam 49 minit bersiaran. Video rakaman FB Live berkenaan mendapat 1.3 juta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan warganet memberi semangat kepada Siti Suriani menghadapi detik cemas itu, selain ada yang mencadangkan beliau mengambil tindakan undng-undng ke atas pihak hospital kerana cuai.

Selain itu, ada juga memintanya terus berhubung dengan keluarga bayi yang tersalah diberikan kepadanya itu kerana beliau sudah menjadi ibu susuan bayi berkenaan. Berdasarkan FB Live terbarunya malam ini, Siti Suriani memaklumkan beliau sudah menemui bayinya itu.

Sumber:bharian

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *