Seluruh cawangan KWSP akan kekal ditutup sehingga tempoh ini. Sebarang pertanyaan masih boleh hubungi talian ini

Kuala Lumpur: Pejabat dan kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara akan kekal ditutup sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dari 15 hingga 28 Jun bagi membendung penularan pandemik Covid-19. Sehubungan itu, semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh ini akan dibatalkan, kata dana pencen itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Ahli KWSP perlu membuat janji temu semula pada tarikh selepas tempoh sekatan pergerakan penuh berakhir jika ada keperluan untuk hadir di cawangan KWSP. Janji temu bagi pengeluaran umur 50, 55, 60, dan hilang upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP mula beroperasi semula,” katanya.

Bagi ahli KWSP yang telah memohon pengeluaran dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran dan cek jurubank, cawangan KWSP yang berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran atau melengkapkan transaksi pengeluaran tersebut di cawangan yang dipilih oleh mereka.

Perkhidmatan lain seperti permohonan pengeluaran perumahan, umur 50, 55 dan 60, hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun. Bagaimananapun, KWSP berkata, proses pengesahan cap ibu jari bagi melengkapkan transaksi dalam talian ini hanya boleh dilaksanakan apabila cawangan dibuka semula kelak.

Ahli-ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk ke laman web di http://www.kwsp.gov.my bagi penjelasan lanjut dan menghubungi talian khas i-Sinar di 03–8922 4848.

Jangan tertipu. Pihak kwsp ingatkan rakyat malaysia supaya hati hati dengan mesej palsu pengeluaran isinar 2.0.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) menerusi laman Twitter rasmi mereka telah mengingatkan supaya orang ramai berwaspada dengan mesej tidak tepat berkenaan Permohonan i-Sinar yang tersebut melalui aplikasi pesanan ringkas.

Perkara ini adalah ekoran terdapat mesej palsu yang mengemukakan hebahan ‘KWSP i-Sinar 2.0’ yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. Menurut KWSP, permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih lagi dibuku kepada Ahli sehingga 30 Jun 2021. KWSP juga berpesan agar tidak berkongsikan maklumat yang tidak sahih.

Isinar 2.0 akan disambung dan dibuka lagi dua minggu. Akhirnya Kwsp tampil bersuara jelaskan sesuatu tentang isinar.

Pelaksanaan Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown bertujuan untuk mengawal penularan C0vid 19 secara tidak langsung menje.jaskan pendapatan rakyat terutamanya mereka yang memperoleh gaji harian.

Selain penangguhan bayaran pinjaman bank dan moratarium terdapat juga bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP1.0)

Pengeluaran i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antaranya ditawarkan kepada ahli pada 1 April 2020. Ia membantu meringankan beban kewangan dihadapi ahli dan majikan sepanjang tempoh PKP yang mana pengeluaran daripada Akaun 2.

Kemudian, disusuli pula i-Sinar pada 21 Disember 2020 pengeluaran Akaun 1 bagi pencarum KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis C0vid 19 untuk kelangsungan hidup. Bagaimanapun, KWSP dalam satu kenyataan menafikan dkwaan wujudnya pengeluaran i-Sinar 2.0 seperti yang tersebar akhir-akhir ini.

“Ini adalah mesej plsu yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas berkenaan permohonan i-Sinar 2.0 dikatakan bakal bermula pada 15 Jun 2021. “Untuk makluman, permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih dibuka kepada ahli hingga 30 Jun 2021.”

Selain itu, KWSP juga memohon agar para ahli berhati-hati dan mendapatkan informasi sahih menerusi i-Sinar Online dan media sosial rasmi pihaknya. “Jangan kongsi maklumat yang tidak sahih. Berwaspada dengan mesej tidak tepat berkenaan permohonan i-Sinar yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas.”

Ekoran daripada pengumuman yang dibuat KWSP, sesetengah warganet menyarankan agar i-Lestari dan i-Sinar diteruskan untuk fasa kedua sepanjang tempoh total loc.kdown ini. “Itu bermaksud rakyat yang mencarum inginkan i-Lestari dan i-Sinar disambung lagi.

Nanti janganlah pula cakap kalau dah tua nanti tak ada simpanan. Sekarang ni nak hidup pun bercatu,” kata pengguna Facebook, Muhammad Hanafi Rosly. “Semoga jadi kenyataan. Tidak salah sambung pengeluaran RM 1,000 hingga Disember 2021.

Kami kategori 2 tetap mencarum 11 peratus tolak daripada gaji walaupun PKP3.0 akan berakhir entah bila. Dengan OT dan elaun kena stop dahulu,” kata pengguna Azwan Azwan.

KWSP Tampil Jelaskan

“Betul-betu tak sempat tua kena cucuk sejarum macam-macam hal. Jadinya baik habiskan duit KWSP dulu untuk kelangsungan hidup sekarang ni,” kata pengguna Adi Na.“Mohon kerajaan perhalusi lagi pengeluaran i-Sinar ok.. Sebab Covid 19 semkin naik semula. Sekian,” kata pengguna Ellbert Bert.

Pun begitu, diharapkan anda tidak menyebarkan m.aklumat yang s.alah dan berita p.alsu berkenaan i-Sinar dan kewujudan i-Sinar 2.0. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Duit I Sinar Tak Masuk Lagi. Akhirnya Pihak Kwsp Umumkan Tarikh Sebenar Duit I Sinar Akan Masuk Dalam Akaun Rakyat.

Pembayaran i-Sinar akan dilakukan setiap awal bulan. Bagi sesiapa yang telah lulus i-Sinar akan menerima pembayaran seperti yang telah dijadualkan. Semak jadual pemb.ayaran anda , sama ada anda masih lagi menerima pada bulan Mei 2021 ataupun semuanya telah selesai pada bulan sebelum ini.

Secara umumnya, pembayaran i-Sinar akan dip.roses secara berperingkat dan tarikh bayaran mungkin tidak sama bagi setiap bulan. KWSP sedang melaksanakan yang terbaik untuk pastikan bayaran diterima oleh ahli yang telah membuat permohonan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila bayaran iSinar bulan kedua, ketiga dan seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, khususnya untuk bulan Mei ini memandangkan Hari Raya bakal tiba. Tidak seperti i-Lestari yang dijadualkan pembayarannya setiap bulan, penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut k.ategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran bagi permohonan i-Sinar untuk bulan Mei akan mula dibuat pada 3 Mei 2021 secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021. Pemohon disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh hubungi talian Hotline Khas i-Sinar.

Selain daripada itu juga KWSP turut memaklumkan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing. Berikut adalah makluman pembayaran bagi permohonan i-Sinar untuk bulan Mei. Kami menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang pmroses pemb.ayaran dilaksanakan.

Semoga Bermanfaat

Kredit : KWSP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Khas Permohonan Kemudahan ISinar KWSP Yang Dibuat Sebelum 25 Feb. Menteri Kewangan Tampil Jelaskan Dengan Lebih Lanjut

Untuk makluman, permohonan kemudahan i-Sinar KWSP yang dibuat sebelum 25 Feb akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai hari ini. Perkara ini membabitkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang bertatus tidak lulus sebelum penambaikan iSInar tanpa kriteria dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan KWSP, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.“Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Dan pada 11 Feb lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan sebagai berkata, KWSP dalam proses memnsuhkan syarat permohonan i-Sinar atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pemnsuhan syarat i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki.

Seterusnya, permohonan baharu kemudahan i-Sinar tanpa syarat akan dibuka mulai 8 Mac ini bagi semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.Perkara itu turut membabitkan ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.

Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan selepas tempoh itu, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.Bermula 8 Mac juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan separate jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor phone serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, separate yang dimaklumkan sebelum ini.Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.Sementara itu, mereka yang mempunyai baki Akaun 1 kurang dari RM150 dan ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas, tidak layak memohon kemudahan i-Sinar.

Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, pencarum boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah pengeluaran umur 55 Tahun.Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di03 – 8922 4848 in bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Lama Tunggu Akhirnya Terjawab Segala Teka Teki. Terkini Pihak Kwsp Dedahkan Tarikh Permohonan I Sinar Mula Diluluskan.

Berita baik buat semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KWSP hari ini mengumumkan pencarum di bawah umur 55 tahun yang sudah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan (tanpa kriteria) bermula 8 Mac ini.

Menerusi satu kenyataan malam tadi, KWSP turut memaklumkan kelulusan juga akan diberikan kepada mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, namun ianya tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

“KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal seperti yang ditetapkan sebelum ini iaitu : a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000. b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Dalam pada itu, mereka turut menjelaskan pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan. Mereka turut menasihatkan pencarum yang belum pernah membuat permohonan i-Sinar sebelum ini dan mereka yang berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan supaya menangguhkan permohonan sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac ini.

“Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar,” katanya. “Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my,” katanya.