Sanggup bagi hadiah sampai 30 kali. Hafreez Adam dikatakan sedang hangat bercinta dengan Azar Azmi. Terkejut Azar sanggup buat macam ni.

Sanggup bagi hadiah sampai 30 kali. Hafreez Adam dikatakan sedang hangat bercinta dengan Azar Azmi. Terkejut Azar sanggup buat macam ni.

Di Instagram, pelakon Hafreez Adam berkongsi video dan foto sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-31. Pastinya dapat pelbagai hadiah pemberian daripada peminat yang selama ini telah menyokong karier pelakon lelaki ini.

Tetapi ada seorang peminat misteri yang sanggup beri hadiah sampai 30 kali Hafreez Adam turun dan naik lift untuk mengambil hadiah tersebut dari pemberi yang sama. ‘Peminat misteri’ yang dimaksudkan itu adalah pelakon Azar Azmi. Tetapi lain pula jadi, apabila ramai warganet terbau ada ‘sesuatu’ di antara mereka. Adakah mereka dilamun cinta?

I appreciate your effort

Hafreez Adam berkongsi beberapa klip pendek dan cerita ringkas di posting Instagramnya apabila menerima kejutan pemberian hadiah daripada seseorang yang didakwa tidak dikenalinya. Dia terpaksa naik dan turun lift di kediaman sebuah kondominium sebanyak kira-kira 30 kali untuk terima penghantaran dari riders.

Akhirnya, dia mendapat tahu yang kesemua hadiah ini merupakan pemberian dari Azar Azmi. Pelakon wanita itu juga sanggup menghantar kesemua hadiah dengan menaiki sebuah kenderaan jenis 4×4.

Ada orang tu plan nak buat surprise. Kononnya, 31 cupcakes, 31 delivery. Rumah pula condo. Lockdown ni, delivery semua kena pick-up dekat bawah. Emmmmmm, masa first punya delivery. Abe ambil. Tertanya juga siapa yang bagi. Sebab tak ada card atau clue. Cuma cupcake dan balloon. Second time, sama, third time.. sama.

Dah 3 kali turun naik dalam jarak 3 dan 4 minit diantara semua delivery tu. Dapat call ke-4 dari rider, Abe cakap “cupcake dan balloon ea? Awak ambil lah.” Sama juga dengan call ke-5.

Bila call ke-6, adik Abe yang offer untuk turun ambil. Sampailah yang second last punya. Yang last punya Abe kena turun sendiri. Sebab rider cakap gift kali ni, tuan yang send semua gift tu minta Abe ambil sendiri.

Special katanya. The rest kau orang tengoklah sendiri. I just wanna say thanks to orang yang buat surprise ni. I appreciate your effort. Tapi Abe lebih terharu dengan surprise kedua yang dalam video tu. Dia suruh ambil barang dekat belakang truck tu. sekali… thanks!

Terima kasih buat surprise

Tindakan dari pelakon Azar Azmi menghantar hadiah kepada Hafreez menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, adakah mereka sedang dil4mun cinta? Malah, di ruangan komen kelihatan netizen turut mendoakan agar mereka berdua bahagia dan dipermudahkan segala urusan.

KOMEN WARGANET:

“Dont shy. Marry her”

Sementara itu, menurut laporan Kosmo, Azar Azmi difahamkan baru putus tunang pada Februari tahun lalu. Difahamkan, baru-baru ini, Azar berk0ngsi cerita tentang status hatinya tetapi dia tidak mahu berkongsi lanjut dan ingin merahsiakan identiti kekasih.

Azar turut memaklumkan dia sedang bercinta dengan seseorang dan akan berkongsi berita gembira itu dengan peminat tidak lama lagi.

Sumber: Hafreez Adam

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nekad Nak Rahsiakan Identiti Sebenar Kekasih. Tapi Bila Tengok Posting Terbaru Azar Azmi Buat Ramai Yang Teruja.

PETALING JAYA – Serik dengan kejadian putus tunang pada Februari tahun lalu, pelakon Azar Azmi membuat keputusan nekad untuk merahsiakan identiti kekasih barunya. Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 32, mengakui sudah menemui pengganti, namun pengalaman putus tunang mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi perihal peribadi kepada umum.

“Ya, saya sedang bercinta dan mengenali hati budi sesesorang buat masa ini. Namun, saya mengambil keputusan untuk tidak berkongsi identitinya kepada umum. Sampai masanya saya akan berkongsi juga dengan peminat dan media,” kata Azar ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur 2 itu menegaskan, tindakan tersebut diambil kerana serik dengan kejadian putus tunang dengan penerbit filem Hafiz Roslan pada 10 Februari tahun lalu. “Saya tidaklah sedih atau terlalu kecewa selepas putus tunang. Saya orang yang positif dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Perkara tersebut banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik dan berhati-hati. Cuma saya serik untuk berkongsi kisah cinta terlalu awal. “Setakat ini cukuplah orang tahu hati saya telah dimiliki. Saya bimbang jika berkongsi terlalu awal, hubungan tersebut tidak menjadi. Jadi, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu,” ujarnya yang kini sedang hangat dengan drama Derita Untuk Bahagia di Astro Prima.

Ditebak adakah kekasih barunya itu seorang artis atau orang biasa, jawab Azar sambil ketawa: “Biarlah menjadi persoalan.” Dalam pada itu, Azar juga memohon doa yang baik daripada peminatnya. “Saya bukannya muda lagi. Saya harap semua orang dapat doakan yang baik-baik buat kebahagiaan saya,” luah Azar. – K! ONLINE

“I dont want anything else from you but my prays will always with every step that you make. Sending this packaged on your special day, atleast makes you more happier and specials. Wishing you happy always, may Allah shower you with joy, good health and happiness.

Stay awesome… you’ll always be my good boy forever. Beauty in and out guy with wonderful family. Im happy when i see you happy. Youre strong, youre encourage, youre good, youre kind, youre brotherly, youre good son, youre good example with purely heart. Im happy to know you in my life. If one day, we are not together… i’ll always be there whenever you in need… nothing more i can give on your special day, so here we go…

Thank you to semua.thank you and thank you so much. Thank you kak @elzaizyanerieza , wani @sherilsyaz , naz @irzan.butterfly , @haiqarlll and semua… Saya doakan semua sentiasa dibawah lindunganNya. Happy always, smile and say cheese thank you for making this happen…”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Kosmo

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *