Wawa Zainal tawarkan Rm200 kepada pelajar cemerlang Spm. Sekali tiba tiba Pu Riz juga turut tawarkan ganjaran untuk pelajar yang cemerlang.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Wawa Zainal tidak lokek berkongsi rezeki untuk meraikan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM 2020) yang diumumkan semalam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa binti Zainal Abidin, 29, meminta pelajar yang memperoleh keputusan minimum 7A untuk menghubunginya menerusi Instagram bagi menuntut hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200 setiap seorang.

“Tahniah kepada adik-adik yang dapat keputusan SPM tadi (semalam). Siapa yang dapat 7A? Mari DM (mesej peribadi) kak Wawa keputusan sebab nak bagi hadiah,” ujarnya. WAWA membuat pengumuman terbuka pemberian hadiah wang tunai bernilai RM200 untuk setiap pelajar yang memperoleh minimum 7A dalam SPM 2020.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia cuma ingin berkongsi rezeki dan memberi penghargaan kepada pelajar SPM tahun lalu dalam mengharungi kepayahan belajar dalam suasana pandemik Covid-19.

“Saya kagum sebenarnya dengan mereka kerana ramai rupanya yang bijak pandai dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM walaupun terpaksa mengharungi kesukaran mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

“Saya sendiri mengakui sukar untuk fokus jika belajar secara maya, namun mereka membuktikan bahawa mereka boleh,” kata Wawa. PAPARAN transaksi yang telah dilakukan Wawa sebagai hadiah buat pelajar-pelajar cemerlang SPM 2020.

Ditanya tentang sambutan yang diterima, Wawa berkata dia mendapat terlalu banyak mesej daripada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, namun tidak kisah untuk berbahagi rezeki kepada mereka.

“Kita tidak tahu mungkin ada dalam kalangan pelajar tersebut mungkin benar-benar hidup susah, tetapi cemerlang dalam SPM. “Semoga rezeki yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membuatkan mereka gembira,” katanya. Rata-rata pengikut ig Wawa melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

Siapa dapat 5A dalam SPM, PU Riz nak bagi RM300

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

PU Riz, 26, berkata, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan SPM mereka.

“Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya berserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang. “Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran.

Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah,” katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa. Dalam masa sama, PU Riz menjemput semua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram @hrisbismail pada jam 1 petang, esok.

“Saya memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam sesi ‘live’ bersama saya. Sedikit sebanyak mereka boleh berkongsi tips pembelajaran atau apa saja yang diamalkan sehingga mendapat keputusan cemerlang.

“Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang. “Mana tahu perkongsian ini nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan ramai pelajar pula,” katanya.

Semalam, seramai 401,105 calon SPM 2020 memperoleh keputusan mereka yang diumumkan secara dalam talian. Malah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin maklum bahawa keputusan SPM 2020 yang diumumkan semalam adalah pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.

Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019.

sumber: hmetro, ig wawa

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada macam seri seorang bapa. Perkongsian di ig Pu Riz dilihat berbeza sampai ada yang perasan benda ni.

Jika anda mengenali pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz, pasti terbayang imej dirinya yang menjurus kepada keagamaan. Namun ada sisi comel suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu apabila beliau memuat naik satu hantaran yang agak berbeza di Instagramnya. Sehinggakan, ada yang mengira akaun Instagramnya telah digdam.

Perkongsiaan tersebut telah disertakan dengan lagu nyanyian Bruno Mars berjudul Leave The Door Open. Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang salah cuma ia sekadar dilihat berbeza berbanding perkongsian beliau yang lain di media sosial sebelum ini.

Dalam pada itu, ada peminat  yang merasakan bahawa PU Riz kelihatan seperti bakal bergelar bapa. Eh, betul ke? Jika ia benar maka berita ini adalah satu perkara yang baik.

Namun, kebenarannya biarlah disampaikan oleh pasangan Neelofa dan PU Riz, barulah sahih, kan?

Sumber: Instagram PU Riz

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruk keluarga mertua dilanda kontroversi. Lama menyepi tiba tiba Pu Riz luahkan sesuatu di laman ig buat ramai yang tertanya tanya.

 

“Kita yang pilih jalan hidup kita, so kena tabah okay  in sha Allah semua baik-baik saje” Bukan mudah untuk memperisterikan seorang wanita yang merupakan selebriti terkenal tanah air negara.

Sudah menjadi asam garam bagi sesebuah perkahwinan jika diuji dalam apa jua bentuk halangan yang melanda dalam mengecapi kebahagian berumah tangga. Jika terdahulu bermacam-macam ujian yang dilalui oleh selebriti yang sering meraih kontroversi,

Neelofa dan PU Haris ini sebelum diikat menjadi pasangan sehati sejiwa dalam satu ikatan perkahwinan yang sah. Kali ini lain pula onak duri yang melanda bagi pasangan yang baharu berkahwin ini. Memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya, PU Riz berkongsi gambar awan mendung seakan-akan menantikan sinaran cahaya selepas berhujan panas.

Perkongsian yang dimuat naik itu dikatakan menggambarkan kesedihan dirinya selain caption yang ditinggalkan berbaur pasrah dan bersandarkan pada “harapan”. Mengetahui bahawa pelbagai isu yang timbul bersilih-ganti ‘tanpa jemu’ dalam keluarga besar selebriti ini, rata-rata warganet mendakwa PU Riz pastinya berasa terbeban setelah terpaksa berulang-kali keluar masuk balai polis bagi menyelesaikan segala isu dan dakwaan yang dikaitkan dengan mereka ini

“Mesti penat kan ngadap deme-deme tu ” Meskipun, terdapat beberapa dakwaan dan sangkaan bahawa hubungan pasangan berkenaan itu sedang ‘bergelora’ setelah bermacam-macam dugaan yang harus dihadapi, PU Riz masih terlihat tenang dan tidak mudah melatah dalam mengeluarkan sebarang kenyaatan yang dibuat menerusi sosial media miliknya.

Mengetahui bahawa PU Riz jarang berkongsikan kisah keluarga di laman Instagram miliknya, rata-rata warganet memuji dan menasihati pendakwah bebas ini untuk terus kekal tabah dan sentiasa membimbang keluarganya sebelum membuat sebarang keputusan.

Tidak salah untuk berharap agar semuanya pulih seperti sediakala, rata-rata warganet juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan selebriti ini. Sabarlah ustaz! Apa yang pasti setiap umat Islam di seluruh dunia terutama di negara kita sedang berdepan dengan satu ujian besar berikutan penularan wabak covid-19.

Diharapkan bagi mereka yang sedang menghadapi apa jua kesusahan hidup, dibekalkan kesabaran yang tinggi dan sentiasa berdoa agar segalanya pulih seperti sediakala.

Sumber : HotFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Dikenakan Ikat Jamin Tentang Kes Pegi Beli Karpet Di Nilai. Sekali Lagi Neelofa Jadi Perhatian Ramai Bila Ada Yang Perasan Sesuatu Pada Purdah Neelofa.

Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa, 32, sekali lagi meraih ‘populariti’ apabila didakwa tidak memakai pelitup muka oleh warganet ketika hadir di Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan bersama suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, atas dakwaan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Menerusi gambar dirakam pihak media di perkarangan mahkamah itu jelas kelihatan niqab dipakai Neelofa yang menjadi imej terbaharunya sejak beberapa bulan lalu menampakkan bentuk hidung dan mulutnya.“Pakai niqab tak perlu pakai ‘mask’ (pelitup muka) ya?” Itu antara komen pengguna laman sosial di Facebook Harian Metro yang mempersoalkan penampilan Neelofa itu.

Sementara itu, beberapa pengguna laman sosial di hantaran yang dimuat naik di Instagram Harian Metro @hmetromy turut mempersoalkan perkara sama. “Pakai purdah pun kena pakai ‘mask’ juga ya Cik Kak,” tulis pengguna itu. “Lofa macam tak pakai ‘facemask’ jer tu…” tulis pengguna lain pula. “Pakai purdah tak perlu pakai mask eh? Dulu macam menteri/DG kata pakai pudah pun kena pakai ‘mask’” kata seorang pengguna lagi.

Pada masa sama, seorang lagi pengguna media sosial memuat naik keratan berita mengenai kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah yang disiarkan pada 22 Oktober tahun lalu.

Noor Hisham dalam satu kenyataan kepada media dipetik sebagai berkata, pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas kesalahan tidak patuhi SOP PKPB selepas pertduhan dibacakan hadapan Majistret Mahyun Yusoff. Mereka didakwa atas pertdhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu kedai Naeem Carpet di No 219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu. PU Riz juga didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam iaitu di premis kedai sama dan pada tarikh serta waktu yang sama.

Terdahulu, Pengarah Kesihatan telah menasihati kepada wanita yang berniqab supaya memakai pelitup muka di tempat awam. Pakai juga pelitup muka walaupun berpurdah. Wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan tetap memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangktiti C0VID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti. “Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada duajenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya

Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti. Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.