Lepas teruk dikritik oleh warganet kali ni Neelofa sumbangkan 15 katil yang bernialai Rm90k untuk pesakit covid 19 di hospital Melaka.

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa dikhabarkan telah melakukan sumbangan sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang bertugas di bahagian kecemasan hospital tersebut menerusi sebuah posting di laman Instagram.
“Alhamdulillah… terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka,” Malah, selebriti sensasi berusia 32 tahun itu dan kakaknya Noor Nabila juga dilihat tinggalkan tanda suka pada posting tersebut.