Tiket untuk ke menera gading. Dapat 10G dalam keputusan Spm. Daiyan Trisha tampil dengan kata kata semangat untuk pelajar gagal spm.

“For those yang tak dapat results seperti yang dimahukan, relax. Spm ni hanya satu tiket untuk ke menara gading. Ramai dah aku tengok Spm tak perform sangat pun mai tang kat univerisiti, pergh boleh kata 4 flat tiap sem. Yang penting kita kena ada semangat nak belajar”

“Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya,” itu lah kata-kata nasihat yang pastinya menjadi penguat semangat bagi mereka yang tidak berjaya memperoleh kejayaan. Hal yang demikian kerana kesulitan itu sebenarnya dikatakan sebagai satu ‘nikmat’ apabila seseorang itu pernah menghadapi kejatuhan, maka halangan kecil akan menjadi penawar dek pengalaman dan pengajaran ketika berdepan cabaran besar sebelum ini.

Namun, jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk terus terduduk malah tiada jalan pintas untuk seseorang itu berjaya dalam kehidupan jika tidak berusaha ke tahap maksima. Mengetahui hal itu, pelakon jelita Daiyan Trisha kali ini tampil memberi kata-kata semangat kepada para pelajar yang telah mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sekali gus menzahirkan ucapan tahniah bagi setiap kejayaan yang diperoleh.

“Sejujurnya saya sangat bangga dengan anda semua kerana pengalaman untuk menjawab kertas peperiksaan sepanjang musim pandemik bukan perkara yang mudah, para pelajar pun tidak hadir ke sekolah 100 peratus ditambah pula dengan cabaran belajar secara virtual”

Memuat naik ciapan menerusi Twitter, Daiyan tetap memuji usaha dan kegigihan para pelajar yang telah bertungkus-lumus menimba ilmu meskipun menghadapi cabaran besar ketika penularan wabak covid-19 menghentam dunia.

Hantaran yang dimuat naik itu sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para pelajar yang telah menerima keputusan SPM tahun 2020 yang seharusnya menarik nafas lega apabila sudah memperoleh ‘kemerdekaan’ dan dinasihatkan untuk tetap berusaha di masa hadapan kerana mengetahui perjalanan bagi meraih sesebuah kejayaan itu masih panjang.

“Wow, excellent! kalau tak jadi anchor and kantoi, ni lah sebenarnya result saya ok, thanks. – Aaidaa Zubir, sepatutnya 10A”. Selebriti jelita yang begitu dekat dengan watak lakonanya sebagai pelajar dalam

sebuah drama bersiri terkenal, dia akui kegagalan kerana memperoleh keputusan 10G dalam drama berkenaan sedikit sebanyak telah memberi pengajaran kepada golongan mahasiswa yang menggemari akan cerita berkenaan.

Menurut sumber sebuah laporan berita, seramai lebih 9 ribu calon peperiksaan SPM 2020 memperoleh keputusan yang cemerlang dengan gred A bagi semua mata pelajaran manakala sebanyak 4 ribu lebih calon ataupun 1.16 peratus telah mendapat gred semua G berbanding 1.11 peratus pada SPM 2019.

Oleh itu, meskipun dikritik kerana gagal memperoleh kejayaan pada cabaran kali ini, para pelajar harus tetap berjuang kerana gagal juga merupakan proses pembelajaran untuk terus maju di masa hadapan.

Apa yang penting, kita harus bangkit daripada kekalahan dan teruskan berusaha sehingga berjaya tiba di menara gading.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraid

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Penyanyi Daiyan Trisha berasa sedih dengan warganet, Yuna tampil beri kata kata semangat.

PENYANYI Yuna tampil memberi semangat terhadap Daiyan Trisha selepas disindir warganet berhubung bakat nyanyiannya berikutan hanya meraih 100,000 jumlah tontonan bagi muzik video terbahru, I Wanna See Ya. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 33, meminta Daiyan tidak mempedulikan kata-kata buruk warganet yang hanya akan melemahkan semangat penyanyi itu untuk terus berkarya.

“Jangan pedulikan mereka, 100,000 tontonan dalam tempoh sebulan untuk artis indi adalah sangat hebat!. “Kamu adalah salah seorang daripada individu yang rajin dan berani pernah saya kenali. “Teruskan usaha dan saya bangga dengan pencapaian kamu,” tulis Yuna.

Terdahulu, Daiyan meluahkan rasa sedih selepas beberapa individu yang mempertikaikan kemampuan serta bakat nyanyiannya itu. Warganet menuduh penyanyi lagu Langit ini cuba menjadi Yuna gara-gara mengeluarkan single berbahasa Inggeris.

“Saya tergamam melihat beberapa Tweet yang bercakap mengenai muzik video saya dan punca mengapa jumlah tontonannya sedikit. Ia membuatkan saya berasa sedih. “Memang… sudah lebih sebulan ia dimuat naik dan hanya mendapat 100,000 tontonan sahaja. Tetapi mengapa anda nak ketawakan usaha keras saya?” ujarnya.

Menurut mereka, perjalanan Daiyan untuk mencapai tahap seperti Yuna masih terlalu jauh. “Dia nak try tembus market oversea macam Yuna tapi dia bukan Yuna. “Jauh lagi untuk sampai ke tahap itu. Bukan level Yuna lagi. Lokal pun malas layan,” tulis netizen.

Lagu I Wanna See Ya ditulis dan dicipta oleh Daiyan dan Juan Ariza. Muzik video yang menjalani penggambaran di luar negara itu mula dimuat naik di YouTube sejak 20 September lalu namun hanya memiliki jumlah tontonan tidak lebih 200,000 di Youtube.

Sumber : mStar

Yuna dilamar agensi model terkenal dunia

SELEPAS dilihat menghadiri beberapa pertunjukan fesyen sempena Minggu Fesyen New York (NYFW) baru-baru ini, penyanyi Yuna mengumumkan dirinya dilamar agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32, berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi Instagram di mana dia jelas teruja menjadi antara selebriti dipilih untuk bernaung di bawah agensi terkenal itu.

“Hello dunia! Inilah berita yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Wanita milik kamu ini sekarang sudah menyertai @wilheminamodels!. “Siapa pernah sangka, mak, kita berjaya lakukannya. Sangat teruja untuk kongsikan detik ini bersama adik perempuan saya @massey_sw. Saya sedia untuk berkhidmat,” katanya.

Sebaik membuat pengumuman itu, penyanyi Dan Sebenarnya berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada ramai rakan artis baik tempatan mahupun antarabangsa. Tidak terkecuali, penyanyi dari Indonesia, Anggun.

Wilhelmina Models adalah agensi khidmat peragaan dan pengurusan bakat yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Syarikat itu juga mempunyai cawangan di Los Angeles, Chicago, Miami dan London. Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo. Manakala nama besar dalam peragaan yang dinaungi agensi berkenaan termasuklah Janice Dickinson, Robyn Lawley, Anjelica Huston, Rachel Trachtenburg dan Kendall Jenner.

Sumber : myMetro

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *