Fikiran zaman sekarang bukan macam dulu. Kali ni giliran Soo Wincci pulak bersuara tentang Prof Muhaya buat ramai yang terkedu.

PENYANYI dan pelakon Dr. Soo Wincci tidak bersetuju dengan pendapat pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad agar wanita yang lambat mendapat jodoh perlu berbuat ‘bdoh-bdoh sikit’ demi meraih perhatian lelaki idaman.

Menurut Wincci, 36, seorang wanita seharusnya menghormati dirinya sendiri dan lelaki sejati pastinya akan menghargai wanita di sebalik kepandaian seseorang itu. “Maaf cakaplah, fikiran zaman sekarang bukan macam dulu… jikalau anda pilih tidak mahu kahwin itu adalah pilihan anda sendiri.

“Janganlah buat-buat bdoh demi nak cari jodoh. Bagi saya senang sahaja, kalau siapa nak kahwin, kahwinlah dan kalau siapa tak nak kahwin pun tak mengapa sebab zaman dah berubah.

“Saya memang hormat pandangan Prof. dalam pelbagai isu sebelum ini, tapi apabila melibatkan isu sensitif seperti ini saya harus bersuara kerana pendapat beliau sama sekali tidak betul,” katanya ketika dihubungi mStar.

Video Muhaya memberikan pendapatnya berhubung wanita lambat mendapat jodoh menjadi perbualan hangat warganet sehingga ia menjadi tular di media sosial pada Rabu. Bercakap daripada pengalamannya sendiri, Wincci mengakui sebelum ini dia pernah memperbodohkan dirinya sendiri demi cinta namun akhirnya dia bersyukur cepat menyedari perkara itu.

“Saya dah lalui perkara macam memperbodohkan diri sendiri demi cinta… tapi lama-lama saya fikir sampai bila saya harus jadi begini. “Bekas teman lelaki minta saya terus jadi suri rumah bila dah kahwin nanti, dia tak nak saya jadi lebih cerdik daripada dia.

“Bila dia minta macam itu, nasib baiklah saya cepat tersedar dan disebabkan perkara itu sampai sekarang saya jadi tra.uma nak kahwin,” ujarnya. Biarpun dirinya sudah boleh dikatakan cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, Wincci bagaimanapun masih mengejar impiannya sebelum ‘terikat’ dengan perkahwinan.

“Memang saya akui ada ramai lelaki yang cuba nak berkenalan rapat dengan saya tetapi di awal-awal perkenalan saya memang dah jelaskan pada mereka yang kami hanya berkawan. “Saya memang tidak mahu memberi harapan kerana sememangnya sekarang fokus saya hanya pada misi untuk menyelesaikan pengajian Doktor Falsafah (PHD) kedua serta ingin membina kerjaya nyanyian di Sepanyol.

“Dalam hati saya memang tiada sesiapa buat masa ini, memang kerjaya sahaja dalam hati saya… mak dan ayah pun tidak pernah memaksa bila saya nak berkahwin,” katanya. Dikenali sebagai ‘beauty with brain’, Wincci berjaya memperoleh PhD dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia),

Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-Undang (University of Reading, United Kingdom). Bekas ratu cantik ini kini sedang melanjutkan pengajian PhD kedua dalam bidang Artistic Production di University of Polytechic di Valencia, Sepanyol.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular tentang Prof Muhaya bagi tip cari jodoh. Sekali Ben Amir masuk campur buat ramai yang terkedu.

PETALING JAYA – Orang ramai pertahankan kenyataan pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad yang dikritik warganet selepas memuat naik sebuah video berkaitan jodoh di laman media sosialnya hari ini.

Video yang memaparkan Muhaya menyatakan seorang wanita “biarlah macam bdoh-bdoh sikit” jika mahu cepat mendapat jodoh turut dibdas pelatih pakar operasi, Dr. Nur Amalina Che Bakri di laman Twitter.

Sebalik kritikan yang diterima susulan perkongsian video itu, ramai warganet mempertahankan kenyataan Muhaya apabila rata-ratanya menganggap mesej daripada video itu telah disalah tafsir.

“Kalau baca yang tersirat, Prof. Muhaya sebenarnya tekankan pasal perlunya bertolak ansur, toleransi dalam hubungan suami isteri,” kata seorang warganet Alexis King. Seorang lagi warganet, Din Don berkata, rata-rata warganet dalam kalangan orang muda kini tidak begitu faham bahasa kiasan.

“Orang lama-lama sahaja yang faham apa maksud Prof. Muhaya,” kata seorang lagi warganet, Norarlena. Terdahulu, Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.

Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh. “Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya.

‘Mak Saya Tak Ajar Untuk Jadi Bodoh-Bodoh Depan Lelaki…’ – Dr Amalina Tampil Bidas Kenyataan Prof Muhaya

Ujar doktor pakar ini, ibunya sama sekali tidak mengajar dirinya untuk berbuat ‘demikian’ semata-mata demi mencari jodoh. Pada masa yang sama, Dr Amalina menjelaskan seseorang wanita itu tidak perlu merendah-rendahkan diri mereka demi memikat lelaki yang mereka mahukan.

Saya minta maaf tetapi ibu saya tak pernah membesarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh’ sikit di depan lelaki demi mendapatkan jodoh. Awak menyampaikan mesej yang salah kepada gadis dan wanita-wanita di luar sana. Wanita tidak sepatutnya merendahkan tahap intelektual mereka demi memikat lelaki.

Berbicara lebih lanjut, Dr Amalina menjelaskan seseorang itu perlu menjadi versi yang terbaik untuk diri mereka sendiri bukannya orang lain. Ia merupakan penghinaan kepada wanita dan lelaki. Jadilah versi yang terbaik untuk diri sendiri. Biar wanita jadi apa yang mereka mahukan. Tolong berhenti merendahkan wanita. Sekarang suami saya dah geleng kepala dia.

“Cuma lelaki yang lemah je takut pada wanita yang kuat & bijak.” -Ben Amir

Sejak pagi tadi, kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Muhaya Mohamad telah tular berkaitan wanita perlu nampak ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk memikat hati lelaki. Pelbagai respon diterima oleh warganet yang masing-masing dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan beliau kerana disifatkan seperti merendahkan wanita.

Lelaki yang lemah je takut dengan wanita kuat

Video berkenaan tular dan mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon terkenal seperti Ben Amir. Dalam perkongsiannya, dia memaklumkan hanya lelaki yang lemah sahaja takut dengan wanita yang kuat. Dia juga mengakui tertarik dengan wanita yang bijak dan boleh menyokongnya menjadi lebih baik serta membawa keluar dari zon yang selesa dalam kehidupan.

Teruslah kejar impian

Selain itu, Ben Amir juga menasihati supaya para wanita terus mengejar impian mereka dan ‘terbanglah’ setinggi mungkin untuk cita-cita mereka. Terima kasih dengan kata2 yang murni macam ni.

Sehubungan dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pelakon kacak itu, ramai yang menyokong kenyataan Ben Amir dan merasakan seorang wanita harusnya bebas melakukan apa pun tanpa perlu menunjukkan kelemahan diri kepada seorang lelaki.

Ramai juga para wanita yang ‘terbuai’ dengan balasan jawapan dari video tular yang dibuat selebriti berkenaan dan berseloroh mahu menjagak Ben Amir berkahwin. Menerusi satu potongan video dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, kenyataan Profesor Dr Muhaya berkaitan sifat wanita yang

perlu kelihatan lemah-lembut dan ‘kurang bijak’ dihadapan lelaki menimbulkan rasa kurang senang warganet. Malah, kenyataan Prof Muhaya itu juga turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang kesal dengan tanggapan sebegitu seolah penghinaan terhadap wanita.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *