Ramai yang stress bila tengok anak Elfira lebih bijak. Siap ada yang bandingkan dengan anak sendiri. Sekali ini respon dari Elfira.

“Tenang ok…anak saya mild speech delay and anak saya 3 tahun baru pandai cakap, dan sekarang 3 tahun 6 banyak cakap, pandai English juga dan pandai create cerita, bercerita, and ETC.. baby grows at their own path.. so tenang mommies.. banyakkan usaha..”

Sudah terlalu banyak isu tkanan atau stress yang melanda masyarakat dibincangkan dalam pelbagai medium. Senario ini bukan dianggap isu terpencil, malah menjadi fokus utama di setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur  bagi memastikan persekitaran kehidupan setiap insan dilalui dengan lebih ceria dan sempurna.

Namun, jarang sekali kita mendengar kesihatan minda bayi diperkatakan umum secara meluas berbanding isu berkaitan mental dalam kalangan orang dewasa yang selalunya lebih diberi tumpuan.

Mungkin ramai ibu bapa tidak menyangka atau tidak pernah tahu bayi yang masih kecil dan belum berdepan cabaran hidup juga boleh mengalami masalah kesihatan minda kanak-kanak.

Benar, menjadi harapan besar bagi setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan pintar seiring perkembangan teknologi, namun tidak semua perancangan menjadi kenyataan.

Mengetahui bahawa masih ramai di antara ibu bapa hari ini kurang mengambil peduli tentang masalah pertuturan anak-anak. Hal yang demikian halangan sibuk bekerja, terikat dengan pelbagai komitmen luar, penat melakukan tugasan di rumah, semua ini kerap dijadikan alasan apabila bercerita mengenai perkembangan si kecil yang masih pelat.

Hakikatnya, apabila melihat anak orang lain lebih pintar, diri ini mula lah berasa stress dan kecewa kerana mudah meletakkan harapan tinggi tentang kebolehan anak. Oleh itu, bagi memperhalusi hal itu selebriti terkenal, Elfira Loy tampil berkongsi tip dan nasihat berkesan yang dilakukan kepada anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Elfira berkongsi video pintar anaknya ketika petah bercakap dan bijak mengenal setiap huruf bagi sebutan perkataan. Jelasnya, dia sering menerima keluhan dan rintihan daripada golongan ibu-bapa menanyakan bagaimana anaknya kelihatan lebih pintar berbanding anak mereka selain meminta tip berkesan.

“First of all , saya minta maaf kalau video video rayyan buat awak stress & insecure. Jangan jadikan semua info baby lain sebagai benchmark tapi more kepada guidelines “ Ramai yang hanya mula bimbang apabila anak tidak menunjukkan perkembangan normal seperti bayi lain. Namun begitu, ada kalanya ia lambat disedari lantaran kesibukan ibu bapa mencari rezeki.

Menurut sumber sebuah kajian, usia bayi 8 bulan adalah tahap fizikal yang paling comel kerana dengan muka yang montel dan mula menunjukkan pelbagai ragam namun tidak semua masih bersedia untuk mula belajar merangkak dan sebagainya

“Kita kena focus pada setiap benda baru anak kita buat. Babies are smart…El memang tak ajar pun Rayyan Alphabets & Numbers lagi. Cuma banyak ajak dia play & communicate . Setiap kali tunjuk barang tu sebut nama..”

Jangan letakkan tekanan pada anak-anak di usia yang muda kerana setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza. Pencegahan masalah kesihatan kanak-kanak perlulah bermula dari peringkat awal iaitu seawal usia bayi kerana ia sangat penting untuk ibu bapa berinteraksi bersama bayi dan memastikan persekitaran mereka sentiasa ceria.

“Selalu kiteorang tanya Dr je , setiap kali checkup, dr dah pesan ” Next appointment Rayyan dah kena pandai gabung two words ” okay kita cuba lah cakap two words two words” Jelas lah, tahap kebolehan anak-anak masih boleh dibentuk jika kena pada cara dan gayanya, jangan hanya tahu merungut tanpa memberi didikan dan tunjuk ajar dalam menanggani masalah bayi kecil yang kurang berinteraksa dan sebagainya.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Elfira Loy

Elfira Loy Seronok Apabila Dilakukan Begini Oleh Suami. Sekali Ramai Akui Kaum Lelaki Jarang Lakukannya Sebab Takutkan Sesuatu.

Siapa je yang tak seronok bila kena puji dengan suami, lagi-lagi bila pujian itu kedengaran ikhlas dari hati mereka. Pelakon Elfira Loy ada kongsikan perasaan gembiranya apabila suaminya, Faris Khairol Anuar memuji hasil solekannya yang dikatakan kelihatan berseri.

Menurut Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El, suaminya memberitahu bahawa sebelum ini gincu yang digunakan olehnya kelihatan pucat berbanding yang digayakan olehnya pada sesi bergambar bersama keluarga pada 1 Syawal lalu. Disebabkan caption yang dikongsikan oleh El itu, maka ramai lah kaum wanita muncul di ruangan komen memberi pendapat mereka mengenai lelaki yang jarang memuji.

Rata-rata daripada mereka mengakui bahawa kaum lelaki jadi takut untuk memuji sebab risau jika tersalah cakap, confirm ada yang akan mengamuk pula. Dalam masa yang sama, ada juga yang tinggalkan komen memberitahu El tetap kelihatan cantik walaupun tidak mengenakan sebarang makeup. Semua wanita di atas muka bumi ni cantik-cantik belaka jadi jangan sedih kalau tak ada yang memuji sebab kita ni cantik secara natural beauty!

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Elfira Loy Tidak Mahu Mengambil Sebarang Risiko. Dia Sanggup Elak Bawa Anak Keluar Rumah Disebabkan Ini.

Elfira berharap semua orang patuhi SOP dengan memakai pelitup muka ketika berada di luar. Menjadiibu kepada seorang cahaya mata ternyata membuatkan pelakon Elfira Loy berasa sedikit paranoid dalam soal membabitkan keselamatan dan nyawa keluarganya di musim pandemik Covid-19.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia berasa bimbang sekiranya lalai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Biarpun berasa sedih melihat segelintir rakyat yang ambil mudah soal tersebut, namun aktres berusia 26 tahun ini berharap semua orang bersatu hati menjaga diri dengan memakai pelitup muka ketika berada di luar.

“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan. Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar. Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya. Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” kata Elfira dilantik mewakili produk pelitup muka jenama Himaya selama setahun.

Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar dan masanya pun banyak dihabiskan di rumah.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rayyan Khalaf yang berusia 14 bulan. Dalam pada itu, pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma ini menganggap anaknya termasuk dalam kategori ‘baby Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)’ kerana jarang bertemu orang luar. Kata Elfira, dia lebih selesa berkongsi mengenai momen indah dan perkembangan anaknya yang berada di rumah tanpa perlu dibawa keluar berjalan bertemu orang ramai.

“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby PKP’. Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar dan masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis happy go lucky dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra. Dia macam seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh nak bercampur dengan orang ramai,” ujarnya.

Perkahwinan Sudah Hampir Memasuki Dua Tahun. Elfira Loy Buat Perkongsian Detik Pertemuan Dia Dan Suami Sehinggakan Suaminya Diberikan Syarat Oleh Ibu Elfira Jika Mahu Bernikah Dengan Elfira

Pejam celik, pejam celik nampaknya usia perkahwinan selebriti Elfira Loy dan suaminya sudah hampir memasuki dua tahun selepas mereka selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2019.Namun, apa yang menarik perhatian dan tidak diketahui ramai adalah bagaimana pertama kali mereka bertemu.

Elfira baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto menceritakan perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa peminatnya.Menurut Elfira, kali pertama beliau berjumpa dengan suaminya adalah pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) kira-kira beberapa tahun dulu.

Selain memuat naik foto berkenaan di laman Twitter, suaminya turut melahirkan penghargaan buat pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi kerana telah mempertemukannya dengan Elfira pada malam tersebut.Menerusi perkongsian yang sama, Elfira turut membuka cerita apabila rakan baiknya yang juga anak kepada aktor Rosyam Nor iaitu Anis pernah mendoakan Faris berjodohan dengan pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu.

Sementara itu, pelakon yang berusia 26 tahun itu juga menjawab pertanyaan pengikutnya apabila mereka mengajukan soalan antara surah kegemarannya dan sebenarnya terdapat cerita menarik disebalik surah tersebut.Aww so sweet Faris! Untuk pengetahuan pembaca lain, Faris juga diberi syarat oleh ibu Elfira jika mahu bernikah dengan Elfira:-“Faris, kalau nak kahwin dengan anak aunty, kena hafal al-Mulk,” tulis Elfira.

Apa-apa pun, Hot FM ingin mengucapkan tahniah in advance! kepada pasangan ini yang bakal menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua awal tahun 2021.Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga.. Gittew!Sumber foto: Instagram Elfira Loy

Muat Naik Foto Sambut Hari Lahir Ank. Tapi Benda Lain Yang Jadi Perhatian Warganet. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Warganet Tu Komen .

Seronok apabila kita dapat melihat anak membesar dengan sihat. Begitu juga dengan pelakon Elfira Loy yang turut berkongsi satu entri di Instagram miliknya mengenai cahaya mata pertama mereka.“Ish budak garang ni dah nak setahun ke. is it one year ago i gave birth to this babyyyyy. Literally crying.

“Is he still a baby even he’s one? Will you sleep under my ketiak still? Oh nooo jadi baby jelah forever,” tulis Elfira yang nyata gembira anaknya bakal menjejaki usia setahun. Terbaru, Elfira telah memuatnaik sekeping foto di Instagram miliknya. Foto tersebut dapat dilihat sedang meraikan sambutan hari lahir anaknya iaitu Muhammad Rayyan yang pertama.

“Happy 1st birthday mylove babyboi Muhammad Rayyan Khalaf” “You’re such a good boy to the both of us, there’s nothing I want you to change about you.” “Just be the cheeky you , the amazing you and the most adorable babyboi as always! ”

Elfira turut memberi ucapan bahawa dia dan suaminya sayangkan Rayyan hingga ke syurga. “I hope you had a great day with my loved ones today.” “Mommy and Ayah love you hingga ke Syurga ”, tulisnya. Sehubungan dengan itu, ramai juga pengikutnya tidak ketinggalan tinggalkan komen untuk memberi ucapan hari lahir kepada baby Rayyan.Ada juga yang turut berminat dan memuji dengan kek hari lahir Rayyan yang sangat unik sehinggakan impikan kek seperti tersebut untuk dirinya.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.Sumber:tehtarikkaw

Tak sangka umur anaknya hampir mencapai satu tahun. Terkini Elfira Loy luahkan sesuatu mengenai cahaya mata sulungnya yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya.

Seronok apabila kita dapat melihat anak membesar dengan sihat. Begitu juga dengan pelakon Elfira Loy yang turut berkongsi satu entri di Instagram miliknya mengenai cahaya mata pertama mereka. “Ish budak garang ni dah nak setahun ke. is it one year ago i gave birth to this babyyyyy. Literally crying. “Is he still a baby even he’s one? Will you sleep under my ketiak still? Oh nooo jadi baby jelah forever,” tulis Elfira yang nyata gembira anaknya bakal menjejaki usia setahun. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

SUMBER: GEMPAK