Kini ada trend kes baru Covid 19 pula. Ia banyak menyasarkan golongan muda berusia bawah 30 tahun.

Kuala Lumpur: Pmergi4n di luar hospital akibat Covid-19 atau brought in de4d (BID) semakin membimbangkan terutama selepas kemunculan varian baharu yang dilaporkan tidak mempunyai gejala. Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini melaporkan trend BID kian meningkat dengan kes BID tertinggi harian direkodkan pada 22 Mei lalu iaitu 10 kes.

Kes BID merujuk kepada pmergi4n di luar hospital dan pmergi4n disahkan disebabkan Covid-19 selepas proses bedah siasat dilakukan. Ketika ini, negara merekodkan 402 kes BID setakat ini iaitu 267 kes tahun ini (setakat 31 Mei lalu) manakala baki 135 kes direkodkan tahun lalu.

Berdasarkan statistik KKM, kes pmergi4n BID yang mempunyai sakit sebanyak 267 kes, tidak sakit (103 kes) dan tiada maklumat (32 kes). Pmergi4n tertinggi dicatatkan pada Mei lalu iaitu sebanyak 122 kes BID atau 9.37 peratus daripada 1,144 pmergi4n direkodkan tahun ini.

Berdasarkan perkongsian di Facebook KKM terdapat tiga senario yang mungkin berlaku kepada pesakit BID. Menurut KKM, senario pertama apabila pesakit Covid-19 mempunyai gejala seperti demam dan batuk hanya pergi ke klinik untuk dapatkan ubat.

“Mereka tidak melakukan ujian saringan Covid-19 dan beberapa hari kemudian ditemui telah pergi buat selama-lamanya di rumah.

“Bagi senario kedua pula, pesakit didapati positif Covid-19 dan sudah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta, bagaimanapun pesakit ditemui pergi buat selama-lamanya di rumah sebelum dihantar ke PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah) atau hospital,” katanya.

Bagi senario ketiga, KKM menjelaskan, pesakit mula hilang deria rasa dan sangat letih, tetapi tidak mengambil serius gejala ini. “Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui telah pergi buat selama-lamanya di rumah,” katanya.

Lebih merisaukan ada sesetengah kes didapati pesakit enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah disahkan positif Covid-19. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, kes BID dalam kalangan golongan muda berusia bawah 30 tahun saban hari menunjukkan peningkatan.

“Kebanyakan pesakit muda tidak menyedari mereka sudah dijangkiti Covid-19 kerana tidak bergejala sedangkan paras oksigen dalam badan semakin rendah berikutan kegagalan paru-paru berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan happy hypoxic iaitu pesakit Covid-19 tidak menunjukkan gejala sukar bernafas dan berasa normal walaupun tahap oksigen dalam badan berkurangan,” katanya dalam sidang media sebelum ini.

Dr Adham berkata, kebanyakan golongan muda menganggap perkara biasa sekiranya rasa sedikit penat lebih-lebih lagi jika mereka tidak tahu sudah dijangkiti Covid-19. “Apa yang boleh disimpulkan, happy hypoxia boleh menjadi pembvnvh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen tidak dapat dikesan serta dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh pergi buat selama-lamanya sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

PDRM umum hanya surat pengesahan tertentu ini sahaja akan diterima untuk pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja mulai pada tarikh ini.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan hanya akan menerima surat pengesahan daripada kementerian atau agensi tertentu sahaja sebagai bukti yang kukuh membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bermula 8 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM menyokong hasrat kerajaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sebagai agensi bertanggungjawab menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR), kebenaran melakukan perjalanan hanya akan diberikan kepada pekerja yang mengemukakan surat pengesahan daripada kementerian dan agensi tertentu sahaja bagi sektor yang dibenarkan beroperasi. Surat kebenaran yang diterima pakai sebagai bukti untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja adalah daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Acryl Sani, surat pengesahan yang turut diterima adalah daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi.

“MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil dan bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0). Kebenaran juga diberikan kepada mereka yang mempamerkan surat pengesahan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit dan getah atau sebagainya,” ujar beliau.

Jelas beliau, bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh MPIC atau LGM.

“Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0). Turut diterima adalah surat yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi institusi kewangan serta insurans dan Suruhanjaya Sekuriti yang berkaitan sektor urusniaga saham,” katanya.

Tambah Acryl Sani, surat pengesahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil dan penjaja gerai makanan juga ‘food truck’ turut diterima dan lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0).

“PDRM juga turut menerima surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran serta Kementerian Dalam Negeri (KDN). Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan sebagainya akan turut diterima pakai,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah pergerakan rentas sempadan iaitu ziarah kehilangan keluarga, kecemasan dan mereka yang bekerja sendiri.

“Dokumen pengesahan yang dikemukakan di SJR juga haruslah bertarikh mulai 1 Jun 2021 dan pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah seperti dinyatakan atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun akan diarahkan untuk berpatah balik. Bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara ‘one off’ untuk tempoh dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021,” tambah beliau.

Acryl Sani berkata, bagi pekerja di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois, pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one off iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja dan surat pengesahan daripada majikan juga perlu dikemukakan sebagai bukti.

“Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri JPM melalui MITI (CIMS 3.0) dan bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes yang baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR. PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah dinyatakan ketika melalui SJR dan mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau.

Acryl Sani menambah, orang ramai diminta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19 dan sekiranya terdapat aduan mengenai pematuhan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP, salurkan melalui Malaysian Goverment Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000 atau menerusi emel ke 80008000@myggcc.gov.my serta aduan.pematuhan@mkn.gov.my.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada pula pihak yang dedahkan PDRM luluskan 12k permohonan permit rentas dalam sehari. Sekali ini penjelasannya mengapa boleh sebanyak itu diluluskan.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan 12,000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh (SPP) dikuatkuasakan 1 Jun lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, permohonan rentas daerah dan negeri yang diluluskan itu adalah bagi permohonan membabitkan kehilangan, kecemasan dan pemohon yang bekerja sendiri.Mengulas lanjut, Hamzah berkata PDRM juga menutup 118 jalan kecil yang sebelum ini digunakan orang awam sebagai jalan alternatif untuk merentas daerah dan negeri di seluruh negara.

“Tinjauan di lebuh raya-lebuh raya utama di seluruh negara juga mendapati kadar aliran kenderaan menurun kepada sekitar 500,000 kenderaan sehari berbanding 1.3 juta kenderaan sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media secara dalam talian, di sini, semalam.

Sementara itu, beliau memaklumkan kira-kira 85,000 pemeriksaan harian dilaksanakan PDRM dan agensi-agensi berkaitan sejak 1 Jun selaras pelaksanaan SPP. Beliau berkata, hampir 35,000 premis diperiksa termasuk pasar raya, restoran, kilang dan tempat-tempat yang dibenar beroperasi di seluruh negara.

Hamzah berkata sebanyak 3,514 kompaun dikeluarkan termasuk 117 dikenakan terhadap perbadanan atau syarikat dan 163 tangkapan dilakukan atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP dalam tempoh 1 Jun sehingga 4 Jun.

Sumber : Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.