Ramai yang menunggu keputusan hasil daripada siasatan terhadap program All Now Together Malaysia. Sekali ketua polis tampil dedahkan tindakan yang diambil.

Semalam program pencarian bakat terbaharu, All Together Now Malaysia dihentikan siaran buat sementara waktu sehinggalah siasatan berhubung dkwaan berlakunya pel4ngg4ran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Sebelum rakaman bermula, semua kru penerbitan sudah menjalankan ujian calitan C0vid 19 ke atas semua yang mengambil bahagian. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenarkan meneruskan rakaman. Set yang dibina juga mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri serta penghadang lutsinar turut diletakkan bagi mem.isahkan kedudukan mereka,” katanya. Difahamkan, rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.

Kenyataan Dari Ketua Polis

Tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak polis susulan dkwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh selebriti yang terlibat dalam rakaman program realiti All Together Now Malaysia yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati rakaman program tersebut telah dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

“Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didkwa oleh orang ramai. Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam dilap.orkan bahawa p.rogram pencarian bakat terbaharu itu terpaksa dih.entikan siaran buat sementara waktu sehinggalah s.iasatan berhubung d.akwaan berlakunya pelang.garan S0P selesai.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.

MKN turut dilaporkan telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan tersebut selepas dkwaan pelnggran SOP tular dalam media sosial yang akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Terdahulu, program tersebut tular di laman media sosial selepas ramai warganet tidak berpuas hati dengan cara rancangan tersebut yang didkwa dilaksanakan ketika negara sedang dilanda p.andemik.

Rata-rata warganet berpendapat, program tersebut tidak mematuhi S0P kerana barisan selebriti yang bertindak sebagai juri tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.

Program All Together Now Malaysia yang disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.

Sumber : Kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Warganet perasan pula anak Ismail Sabri di dalam rancangan ATNM yang dkwa tidak ikut SOP. Sekali ini pula respon dari Ismail Sabri.

Baru-baru ini, program terbaru keluaran Astro All Together Now Malaysia (ATNM) telah mendapat kritikan ramai gara-gara didakwa melanggar SOP. Dalam episod baru yang ditayangkan Ahad lalu, dilihat seramai 50 selebriti terkenal yang menjadi juri dalam rancangan tersebut dilihat tak memakai pelitup muka dan salah seorangnya merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia dan juga anak kepada Menteri Kanan (Pertahanan), Gaddafi Ismail Sabri atau lebih dikenali dengan panggilan Dafi.

Oleh kerana ini, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, tiada siapa yang akan terkecuali dari dikenakan undang-undang sekiranya melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini termasuk anaknya sendiri, lapor MalaysiaKini. MKN sedang menyiasat perkara tersebut. Tak ada siapa yang terkecuali. Tindakan akan diambil kepada sesiapa yang melanggar SOP walaupun orang itu adalah anak saya sendiri.”

Pada Selasa lalu, Ketua Pengarah MKN Datuk Mohd Rabin Basir dilaporkan telah memberi arahan untuk menjalankan siasatan ke atas rancangan tersebut.

Ekoran ini, Astro telah pun menggantung program realiti nyanyian tersebut dan nasib program ini hanya akan diketahui selepas Kementerian Komunikasi dan Media selesai menjalankan siasatan.

Akhirnya untuk perjalanan rentas negeri dan daerah pihak Pdrm dedahkan hanya keluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak je.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah adalah diIarang sama sekali  memandangkan kadar peningkatan kes C0VID-19 harian masih berada diparas yang  membimbangkan.

Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kmtn, kecemasan dan bekerja sendiri.

Ketua Polis Negara,  Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara sekali beri dalam tempoh 14 hari iaitu bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Manakala, PDRM juga akan memberikan kebenaran secara sekali beri iaitu dalam tempoh dua hingga tiga hari kepada pekerja sektor yang TIDAK dibenarkan beroperasi tetapi  perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus. Namun, mereka perlu menunjukkan surat daripada majikan sebagai bukti. – Sumber dipetik dari Xtra

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nak keluar masa lockdown. Ketahuilah ini 14 perkara penting yang rakyat perlu tahu sebelum keluar rumah.

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantaian jangkitan covid-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak. “Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan. “Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendesak, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockd0wn’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu. 2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesakit bagi tujuan perubatan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu. 4. Pergerakan hanya dalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecemasan dan pemergian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis. 6. Urusan suntikan vaksin tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bncna Agensi Pengurusan Bncna Negara (Nadma). 10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan. 12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah. 13. Rancang dan atur masa

pergerakan masing-masing. 14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu berbangkit.

Sumber : http://trendingsangat.pw/

“Walaupun kajian menunjukkan seseorang bekas pesakit COVID-19 boleh bertahan terhadap virus selama enam bulan, namun pengambilan vaksin akan memanjangkan lagi dan tingkatkan imuniti badan mereka untuk cegah jangkitan dan kurangkan simptom kronik,” jelasnya. Pendedahan mengenai ‘Long COVID-19’ ini perlu disebarluaskan lagi supaya bekas pesakit dapat memantau perkembangan kesihatan mereka.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *