Harris Anuar dikatakan pernah berkahwin dan sudah pun berpisah siap ada dua anak lagi. Boleh pula terlupa pernah berkahwin.

Siapa sangka rupa-rupanya dalam diam selebriti yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Harris Anuar rupa-rupanya pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata yang kini tinggal bersama ibu mereka.

Namun apa yang menjadi tanda-tanya ialah Harris sendiri tidak ingat bila agaknya beliau berkahwin? Perkara lucu itu dikongsikan sendiri oleh Harris di laman Instagram miliknya dengan menyertakan beberapa keping foto tdvhan yang mengatakan tentang perkahwinan yang tidak wujud itu.

Lebih melucukan lagi Harris turut memuat naik foto individu yang dikatakan sebagai bek4s isterinya yang merupakan rakan baiknya sendiri iaitu Tajuddin Bakar.

Para pengikutnya di laman Instagram turut terhibur dengan kenyataan tersebut lebih-lebih lagi selepas melihat foto baharu sambungan tentang kisah perkahwinan tersebut. Melalui foto berkenaan, Harris ‘memperkenalkan’ keluarga imaginasi individu yang menduhnya sudah berumah tangga iaitu dengan bergambar bersama dengan rakan serumahnya yang lain.

Aduh, kelakar betul lah kena tuduh dah kahwin siap berpisah pula tu ya. Mungkin salah orang kot, atau saja bergurau waktu musim lockdown ni, maklum lah kan ada banyak masa nak bergurau.

Sumber : Motifviraldnqj.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kongsikan video gantung basikal mahal atas kepala. TokTi jadikan koleksi jutaan ringgit sebagai perhiasan dinding sahaja.

Umum mengetahui bahawa sukan berbasikal seperti sudah menjadi trend dan gaya hidup sihat yang digemari oleh rata-rata masyarakat diikuti oleh beberapa kumpulan selebriti-selebriti terkenal negara yang turut sama menghidupkan aktiviti di jalanan ini sebagai satu inisiatif riadah.

Meskipun roda tayar dikatakan bulat sahaja, namun stigma terhadap hobi ini dianggap mahal kerana memerlukan kos tertentu untuk memiliki peralatan khas yang diperlukan malah bukanlah sesuatu yang murah kerana ianya memerlukan pelaburan.

Tidak dapat dinafikan terdapat jenama basikal yang mempunyai mekanisma yang agak ringkas dan boleh dibeli dengan harga mampu milik namun bagi jenis basikal yang memiliki spesifikasi yang lebih canggih menjadikan harga yang dijual setanding dengan nilai kereta mewah antarabangsa.

Meskipun fenenomena berbasikal nampaknya masih belum surut lagi bagi mereka yang masih berjinak-jinak dalam sukan ini, namun semenjak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, aktiviti riadah misalnya berjogging, atau sukan perseorangan sahaja yang dibenarkan dengan jarak minimum 2 hingga 3 meter dan hanya di kawasan kejiranan berdekatan dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Mengetahui hal itu, penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza mengambil pendekatan untuk menggantung semua koleksi basikal-basikal mewah yang dimilikinya sekain akur akan pematuhan yang telah ditetapkan.

Memuat naik hantaran di Instagram, Dato Siti Nurhaliza berkongsi hiasan koleksi basikal yang dimilikinya selain kreatif menjadikan instrumen sukan berkenaan sebagai tatapan dekorasi ruang sudut yang diubah-suai seperti “ala-ala” pameran mewah.

Bagi mereka yang mengenali penghibur kesayangan ramai ini Dato Siti Nurhaliza dengan aktiviti sukan berbasikal ini bukanlah merupakan individu baharu dalam kegiatan berkenaan malah sudah diceburi sejak beberapa tahun lalu.

Koleksi-koleksi mewah basikal yang dimilikinya digantung di setiap sudut ruang dengan gaya kreatif yang tersendiri meskipun ada yang menyoalkan spesifikasi keselamatan kerana terlihat sedikit bahaya.

Dato Siti Nurhaliza menerusi Insta Story miliknya bagaimanapun menjelaskan bahawa dekorasi kreatif itu adalah hasil sentuhan suaminya sendiri kerana dikatakan gemar untuk mengumpul dan dijadikan sebagai galeri di rumah.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata penggemar basikal juga memuji tindakan beliau kerana terlihat begitu kreatif selain kagum akan koleksi basikal mewah yang dimiliki oleh selebriti ini.

Wah! Rare betul Tokti ada pameran basikal mewah sendiri di rumah, betul-betul kreatif ni dan boleh dijadikan sumber inspirasi! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram ctdk

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Belum Habis Lagi Kes Tokti Ni. Akhirnya Tokti Dan Suami Dikenakan Kompaun 10 Ribu. Tapi Ini Pula Jumlah Untuk Tetamu Vvip Yang Lain.

Sebelum ini pihak polis meny.iasat majlis tahnik dianjurkan seorang penyanyi tersohor tanah air yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.

“Kita mengesan laporan disiarkan sebuah portal berita berhubung rasa tidak puas hati warganet berkaitan majlis tahnik dianjurkan seorang selebriti tanah air di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang. “Terdapat juga beberapa gambar di dalam l.aporan berita terbabit menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal ke majlis itu.

“Laporan itu juga mendakwa VVIP dan penceramah jemputan hadir ke majlis tanpa kelulusan dari pihak polis untuk merentas negeri atas alasan mereka tinggal di luar Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Selain itu katanya, laporan berkenaan juga menyatakan majlis terbabit dijalankan tanpa mematuhi SOP ditetapkan.

“Sehubungan itu, kita sudah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. “Pihak penganjur majlis sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk hadir memberikan keterangan lanjut kejadian,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan. Terdahulu, turut tular di media sosial beberapa gambar berkaitan gambar majlis tahnik bersama majlis akikah yang diadakan penyanyi, Datuk Seri Nurhaliza selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Antara VVIP yang dikatakan hadir pada majlis yang diadakan pada Khamis lalu itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Terdapat segelintir warganet tidak berpuas hati dan mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan dan mendakwa Siti Nurhaliza tidak sensitif dengan situasi semasa.

Ini Jumlah Yang Kena

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM 10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal Mei lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan k.ompaun sebanyak RM 2,000 setiap seorang.

Kredit : BHOnline

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Tengok Ustaz Azhar Idrus Rentas Negeri Untuk Pergi Majlis TokTi. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Dedahkan Perkara Sebenar.

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berterusan menjadi sasaran warganet kerana dikatakan gagal mematuhi p.rosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid 19. Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai.

Rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian jangkitan Covid 19 masih lagi mencatatkan empat angka. Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Susulan itu, warganet menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut. “PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini… macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignrance (tidak peka) dengan isu semasa. “Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?” tulis warganet.

Sebelum ini, warganet turut mempertikaikan i.su SOP di h.ospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K. Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin. Usaha untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Siti bagaimanapun tidak berhasil.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Tokti Pun Tak Tunjuk Wajah Penuh Bayi. Asyraf Khalid Dikatakan Jual Wajah Adik Sendiri. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ini Penjelasan Dari Asyraf.

KETIKA penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan kelahiran cahaya mata kedua pada pagi Isnin, ada juga cerita kurang enak apabila anak tirinya, Asyraf Khalid menerima kritikan warganet. Asyraf dan isteri, Tya Ariffin dikakan sengaja jadi perhatian dan ‘mempergunakan’ kelahiran anak kedua Siti itu bagi menarik tontonan video di saluran YouTube milik mereka.

Rata-rata waranet di Twitter meluahkan kekesalan dan berpendapat pendedahan wajah bayi itu hanya berhak dilakukan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Seorang warganet di laman Twitter, @Aimimiloma menyifatkan tindakan Asyraf itu sebagai tidak beradab.

“Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti (Siti Nurhaliza) pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot. “Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout (perhatian) macam mana pun tak tahulah,” kata netizen tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya seorang pengikutnya di laman Instagram, Asyraf menyatakan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar bayi itu di platform media sosialnya. “Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini,” katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Asyraf juga pernah dikrtik apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti, Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan pada 2018. Siti selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah operasi. Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar