Ada pula pihak yang berani sebarkan berita palsu soal vaksin AstraZeneca. Sekali ini tindakan pihak Polis dan SKMM.

Kuching: Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang memburu individu yang terbabit menyebarkan berita palsu mengenai jumlah dos vaksin AstraZeneca yang diterima Sarawak. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, tindakan itu susulan laporan polis yang diterima daripada kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), semalam.

Beliau berkata, berita tidak benar itu dimuat naik dalam laman Facebook menyatakan jumlah dos vaksin AstraZeneca yang sepatutnya diterima oleh Sarawak berkurangan daripada yang sepatutnya.

“Hantaran itu juga meminta JPBN dan Pasukan Penasihat Vaksin Covid-19 Sarawak (Scovag) menjelaskan perkara itu kepada orang awam. Siasatan awal mendapati hantaran berkenaan dimuat naik dalam FB ‘Sarawak Covid-19 Awareness Group’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan serta persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan khususnya kerajaan negeri. Katanya, tindakan tidak beretika ini juga memburukkan kerajaan yang sedang berusaha sedaya upaya dalam menyediakan vaksin bagi rakyat.

Ahsmon berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No.2) 2021, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali. “Polis dengan kerjasama SKMM akan memburu individu yang terbabit dan membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Akhirnya untuk perjalanan rentas negeri dan daerah pihak Pdrm dedahkan hanya keluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak je.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah adalah diIarang sama sekali  memandangkan kadar peningkatan kes C0VID-19 harian masih berada diparas yang  membimbangkan.

Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kmtn, kecemasan dan bekerja sendiri.

Ketua Polis Negara,  Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara sekali beri dalam tempoh 14 hari iaitu bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Manakala, PDRM juga akan memberikan kebenaran secara sekali beri iaitu dalam tempoh dua hingga tiga hari kepada pekerja sektor yang TIDAK dibenarkan beroperasi tetapi  perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus. Namun, mereka perlu menunjukkan surat daripada majikan sebagai bukti. – Sumber dipetik dari Xtra

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nak keluar masa lockdown. Ketahuilah ini 14 perkara penting yang rakyat perlu tahu sebelum keluar rumah.

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantaian jangkitan covid-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak. “Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan. “Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendesak, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockd0wn’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu. 2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesakit bagi tujuan perubatan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu. 4. Pergerakan hanya dalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecemasan dan pemergian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis. 6. Urusan suntikan vaksin tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bncna Agensi Pengurusan Bncna Negara (Nadma). 10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan. 12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah. 13. Rancang dan atur masa

pergerakan masing-masing. 14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu berbangkit.

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Wanita Warga Emas Jangkiti Tujuh Individu Lain Lepas Lari Dari Pkpd. Nak Sambut Raya Punya Pasal Sampai Sanggup Lari.

Peningkatan kes Covid-19 di negara kita makin hari makin membimbangkan. Hari ini je, kita dah merekodkan kes positif harian tertinggi sebanyak 6,806 kes. Perkara ini berlaku dah tentunya disebabkan tindakan segelintir individu yang masih degil untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengawal penularan wabak ini.

Salah satunya seperti yang berlaku di Bachok, Kelantan di mana seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu telah bertindak untuk melarikan diri sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kampungnya.

Dikatakan, wanita yang berusia dalam lingkungan 60-an ini telah lari dari rumahnya untuk menetap dengan ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelatan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin tindakan wanita ini disedari selepas pihaknya gagal mengesan wanita tersebut walaupun namanya terdapat dalam senarai.

Kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat. “Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.”

Malangnya, keputusan ujian swab yang keluar pada hari raya kedua lalu menungjukkan wanita ini positif Coid-19 dan telah pun menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat. Zaini Hussin turut menambah yang wanita itu dipercayai keluar dari kampungnya selepas mendapat tahu PKPD akan dilaksanakan selain mahu menyambut Aidilfitri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Bekas Pesakit Covid 19 Alami Simptom Susulan Melebihi Hampir Empat Minggu. Terkejut Rupa Rupanya Ini Punca Sampai Ada Simptom Lama Macam Tu.

KUALA LUMPUR: Masyarakat ketika ini banyak didedahkan mengenai simptom jangkitan COVID-19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom susulan bagi pesakit yang sudah sembuh. Simptom susulan selepas sembuh COVID-19 atau dikenali sebagai ‘Long COVID’ ini juga merupakan salah satu perkara yang perlu penelitian kerana ia akan beri kesan kepada kesihatan seseorang individu sekiranya tidak menerima rawatan sewajarnya.

Bagi Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, adakalanya ia simptom yang sama seperti jangkitan COVID-19 ini boleh berpanjangan sehingga empat minggu selepas pulih. “Long COVID ataupun dikenali sebagai simptom COVID berpanjangan ini adakah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.

“Gejala ini adakala berpanjangan sehingga lebih empat minggu yang mana gejalanya lebih kurang sama dengan simptom jangkitan,” kata Dr Nurul Azmawati dalam temubual program AWANI Pagi pada Rabu. Jelas Dr Nurul, simtpom yang kerap dilaporkan adalah kelesuan dan keletihan termasuk batuk. “Simptomnya tidak terbatas kepada sistem pernafasan malah mengganggu sistem lain kesihatan mental yang boleh akibatkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur.”

Antara simptom lain adalah sakit otot dan sendi dan juga ganggu bahagian usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah,” katanya. Bagi Dr Nurul, mengetahui dengan lebih jelas mengenai simptom ini dapat memastikan individu dirawat dengan cepat supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan mereka. Pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting bagi setiap bekas pesakit COVID-19 supaya antibodi mereka bertahan lebih lama menentang wabak itu.

“Walaupun kajian menunjukkan seseorang bekas pesakit COVID-19 boleh bertahan terhadap virus selama enam bulan, namun pengambilan vaksin akan memanjangkan lagi dan tingkatkan imuniti badan mereka untuk cegah jangkitan dan kurangkan simptom kronik,” jelasnya. Pendedahan mengenai ‘Long COVID-19’ ini perlu disebarluaskan lagi supaya bekas pesakit dapat memantau perkembangan kesihatan mereka.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.