Kantoi gambar Dafi Ismail dalam program hiburan yang tak patuhi sop. Sekali ini pula kata kata dari Ismail Sabri.

TIADA siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika tak patuhi peraturan sepanjang tempoh sekatan perjalanan penuh, termasuk anak saya, demikian kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu memberi jaminan bahawa pelaksanaan perundangan negara akan dilaksanakan secara adil kepada semua pihak. Beliau berkata demikian susulan kritikan melibatkan program realiti televisyen yang menampilkan selebriti sebagai juri termasuk anaknya, Gaddafi Ismail Sabri atau lebih popular dengan panggilan Dafi kerana dikatakan tidak mematuhi SOP bagi membendung penyebaran C0vid-19.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan siasatan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang. “Tindakan akan diambil jika ada yang tidak patuhi SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika individu itu anak saya,” katanya kepada Malaysiakini pada Rabu.

Episod pertama program hiburan, All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada Ahad lalu, mendapat kritikan pengguna media sosial yang mendakwa program tersebut telah tidak patuhi SOP kerana beberapa selebriti tidak memakai topeng muka.

Pada Selasa (8 Jun), Ketua Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir mengarahkan supaya siasatan dibuat ke atas program hiburan terbitan Astro susulan dakwaan tersebut. Stesen televisyen swasta itu kemudian menangguhkan tayangan program realiti itu buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, sebarang perkembangan mengenai program hanya akan diketahui setelah siasatan selesai.

Tiada Kertas Siasatan Dibuka

PETALING JAYA – Tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak polis susulan dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh selebriti yang terlibat dalam rakaman program realiti All Together Now Malaysia yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati rakaman program tersebut telah dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

“Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.

“Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan bahawa program pencarian bakat terbaharu itu terpaksa dihentikan siaran buat sementara waktu sehinggalah siasatan berhubung dakwaan berlakunya tidak patuhi SOP selesai.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.

MKN turut dilaporkan telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan tersebut selepas dakwaan pelanggaran SOP tular dalam media sosial yang akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Terdahulu, program tersebut tular di laman media sosial selepas ramai warganet tidak berpuas hati dengan cara rancangan tersebut yang didakwa dilaksanakan ketika negara sedang dilanda pandemik.

Rata-rata warganet berpendapat, program tersebut tidak mematuhi SOP kerana barisan selebriti yang bertindak sebagai juri tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.

Program All Together Now Malaysia yang disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One

Program All Together Now Malaysia dihentikan siaran sementara waktu selepas didakwa tidak patuhi SOP PKPP.  Nama anak Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Tersenarai

Berikut Senarai 50 Juri Bagi Program All Together Now Malaysia 2021. Datuk AC Mizal (Ketua Juri), Ernie Zakri,Syamel, Mark Adam, Erra Fazira, Noryn Aziz, Tuju K-Clique,Siti Nordiana, Zizan Razak. Khai Bahar. Jaclyn Victor. Zizi Kirana, Tabby Dolla, Shiha Zikir,

Sissy Iman, Bob Yusof, Nana Mahazan, Linda Nanuwil, Andi Bernadee, Chubb-e, Catriana Ross, Sarah Suhairi, Ifa Raziah, Ainaa Abdul, Mimi Fly, Azzam Sham, Dafi Ismail, Ara Johari, Azira Syafinaz, Liza Hanim, AzfarHeri, Acong, Joey Daud, Angel Dolla, Yusuf Bahrin, Yaya Zahir, Kelly Azman, Jad Lobo, Harith Zazman

Kaka Azraff, Haniff Hamzah ERA, Falyq Hikyle SINAR, Ean HITZ, Suresh RAAGA, Neeta Manisha, Kidd Santhe, Thanuja, Vanessa Reynauld, Daniel Cheong, Alvin Chong

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *