Kali ni Mkn dah izinkan kedai runcit dan pasar raya jual semua barang yang ada dalam kedai. Lepas ni tiada lagi tempat yang ditutup.

Terdahulu, segelintir warganet di media sosial telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka dek kerana penutupan beberapa bahagian dalam pasar raya dan kedai runcit bagi barangan yang dikategorikan non-essential.

” data-target=”.wp-image-218702″>Walau bagaimanapun menerusi laporan Malaysiakini semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menjelaskan bahawa semua barang yang ada di kedai barangan harian atau kedai runcit kini sudah boleh dijual seperti biasa.

Menurut MKN telah terjadinya ‘salah faham’ berhubung prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang telah melarang kedai menjual barang ‘tidak perlu’ beberapa hari lalu. Pengarah MKN Mohd Rabin Basir menerusi Sin Chew Daily juga berkata, ia telah diputuskan agar semua barang di kedai dapat dijual kepada pelanggan.

“Kami mengizinkan kedai runcit dan pasar raya menjual barang yang ada di premis mereka, itu tidak menjadi masalah,” katanya. Menurutnya lagi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga akan menjelaskan mengenai perkara tersebut hari ini.