Doktor di hospital Uk puji cara Malaysia tangani covid 19. Rupanya dekat Uk ini cara mereka rawat pesakit.

PENURUNAN kes covid-19 sejak empat hari berturut-turut memberikan sinar baharu kepada usaha pelbagai pihak yang sentiasa proaktif memerangi virus tersebut. Semalam bersamaan 7 Jun 2021, jumlah jangkitan positif menunjukkan penurunan sebanyak 5,271 kes berbanding 6,241 hari sebelumnya.

Pada Sabtu pula sebanyak 7,452 kes direkodkan, 7,748 kes (Jumaat) dan 8,209 kes pada hari Khamis. Terdapat penurunan 3,000 kes berbanding empat hari lalu, sekali gus ini adalah rekod terbaik!

Selain itu, jumlah kes sembuh paling tinggi pada 7 Jun 2021 ialah 7,548 individu menjadikan keseluruhan pesakit sembuh daripada covid-19 adalah sebanyak 85.9 peratus. Lebih mengujakan angka-angka itu hadir tatkala Malaysia memasuki hari ketujuh di bawah Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown sejak 1 Jun lepas.

Situasi itu secara tidak lansung membuktikan bahawa Malaysia berupaya melawan virus terbabit dengan baik sekiranya semua pihak dan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pun begitu, perjuangan kita sebenarnya masih jauh lagi. Selagi virus itu masih wujud orang ramai jangan sesekali alpa. Dalam situasi getir memutuskan rantaian wabak tersebut, hari ini usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerangi covid-19 telah mendapat pujian daripada salah seorang doktor di sebuah hospital di United Kingdom.

Ia satu penghargaan buat semua petugas barisan hadapan KKM yang selama ini bertungkus-lumus melawn virus itu lebih setahun. Tahniah buat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham dan seluruh warga KKM, terbukti Malaysia sedang berada di landasan yang betul dalam mlwn pndemik ini.

Seorang doktor kelahiran Pulau Pinang yang bertugas di Royal Free hospital, London memuji ketegasan kerajaan dalam mengawal penularan pandemik covid-19 walaupun berdepan cabaran politik.

Pakar Rawatan Rapi, Dr Nazri Unni yang pulang ke tanah air untuk menghabiskan cuti rehat selama tiga minggu berkata, pengalaman merawat pesakit di London sejak Mac tahun lalu berbeza dengan keadaan di Malaysia.

Pengamal perubatan berusia 39 tahun itu menyifatkan langkah diambil kerajaan lebih teratur dan sistem4tik. “Di UK, mereka merawat pesakit covid-19 berbeza dengan di sini. Tiada pusat berisiko rendah atau pusat kuarantin.

“pesakit covid-19 dengan simptom ringan diarah kuarantin di rumah. Doktor terpaksa bergantung agar pesakit berdisiplin dan mengambil tindakan yang munasabah,” katanya dipetik portal berita tempatan.

Dr Nazri turut kagum dengan pendekatan sekatan rentas daerah dan negeri yang dilaksanakan kerajaan. Beliau menyifatkan langkah berkenaan paling berkesan untuk mengurangkan penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat.

“Di UK hanya ada pemeriksaan bersasar dan sekatan jalan raya semasa musim tertentu atau semasa cuti umum,” katanya lagi. Malah, beliau memaklumkan di UK, kawalan sempadan pula baru saja dikuatkuasakan pada Februari tahun ini dan tiada sekatan jalan raya. Di negara berkenaan hanya melakukan pemberitahuan garis panduan dan nasihat sekatan.

Penggunaan aplikasi MySejahtera yang diperkenalkan kerajaan juga satu kaedah terbaik dalam mengenal pasti kontak rapat dengan cepat dan merawat pesakit dijangkiti covid-19 kadar segera. “Di UK hanya ada perbincangan antara pesakit dan doktor untuk memeriksa ke mana pesakit pergi dan dengan siapa mereka berhubungan,” katanya lagi.

Beliau turut kagum dengan disiplin rakyat yang sentiasa menggunakan aplikasi tersebut setiap kali masuk ke tempat tertentu. Keadaan itu amat berbeza dengan warga UK yang tidak mematuhi penggunaan aplikasi hampir sama yang diperkenalkan di sana baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Nazri menggesa agar kerajaan melaksanakan program vaksinasi secara besar-besaran bagi membendung penularan c0v1d-19. “Satu perkara yang kita boleh belajar dari UK adalah kadar vaksinasi yang sangat pantas dilakukan di sana.

“ser4mai 400,000 individu diberikan vaksin sehari dan kini hampir 27 juta penduduk negara itu sudah menerima vaksin iaitu 40 peratus daripada populasi,” ujarnya. Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penambahan bilangan sukarelawan di lapangan.

Ia adalah bagi meringankan beban petugas barisan hadapan yang mungkin sudah keletihan susulan jumlah pesakit semakin meningkat setiap hari. Bangga rasanya apabila doktor yang bertugas di luar negara memuji sistem kesihatan negara kita.

Secara tidak lansung, ia menyuntik semangat supaya masyarakat kekal mematuhi SOP ditetapkan. Pada sama sama, berganding bahu mencapai imuniti kelompok dengan mendapatkan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan dalam usaha mencegah penul4ran w4b4k terbabit .

Sumber: MyRating dan KKMumber : Sinar

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *