PDRM umum hanya surat pengesahan tertentu ini sahaja akan diterima untuk pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja mulai pada tarikh ini.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan hanya akan menerima surat pengesahan daripada kementerian atau agensi tertentu sahaja sebagai bukti yang kukuh membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bermula 8 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM menyokong hasrat kerajaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sebagai agensi bertanggungjawab menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR), kebenaran melakukan perjalanan hanya akan diberikan kepada pekerja yang mengemukakan surat pengesahan daripada kementerian dan agensi tertentu sahaja bagi sektor yang dibenarkan beroperasi. Surat kebenaran yang diterima pakai sebagai bukti untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja adalah daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Acryl Sani, surat pengesahan yang turut diterima adalah daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi.

“MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil dan bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0). Kebenaran juga diberikan kepada mereka yang mempamerkan surat pengesahan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit dan getah atau sebagainya,” ujar beliau.

Jelas beliau, bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh MPIC atau LGM.

“Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0). Turut diterima adalah surat yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi institusi kewangan serta insurans dan Suruhanjaya Sekuriti yang berkaitan sektor urusniaga saham,” katanya.

Tambah Acryl Sani, surat pengesahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil dan penjaja gerai makanan juga ‘food truck’ turut diterima dan lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0).

“PDRM juga turut menerima surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran serta Kementerian Dalam Negeri (KDN). Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan sebagainya akan turut diterima pakai,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah pergerakan rentas sempadan iaitu ziarah kehilangan keluarga, kecemasan dan mereka yang bekerja sendiri.

“Dokumen pengesahan yang dikemukakan di SJR juga haruslah bertarikh mulai 1 Jun 2021 dan pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah seperti dinyatakan atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun akan diarahkan untuk berpatah balik. Bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara ‘one off’ untuk tempoh dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021,” tambah beliau.

Acryl Sani berkata, bagi pekerja di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois, pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one off iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja dan surat pengesahan daripada majikan juga perlu dikemukakan sebagai bukti.

“Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri JPM melalui MITI (CIMS 3.0) dan bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes yang baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR. PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah dinyatakan ketika melalui SJR dan mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau.

Acryl Sani menambah, orang ramai diminta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19 dan sekiranya terdapat aduan mengenai pematuhan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP, salurkan melalui Malaysian Goverment Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000 atau menerusi emel ke 80008000@myggcc.gov.my serta aduan.pematuhan@mkn.gov.my.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada pula pihak yang dedahkan PDRM luluskan 12k permohonan permit rentas dalam sehari. Sekali ini penjelasannya mengapa boleh sebanyak itu diluluskan.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan 12,000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh (SPP) dikuatkuasakan 1 Jun lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, permohonan rentas daerah dan negeri yang diluluskan itu adalah bagi permohonan membabitkan kehilangan, kecemasan dan pemohon yang bekerja sendiri.Mengulas lanjut, Hamzah berkata PDRM juga menutup 118 jalan kecil yang sebelum ini digunakan orang awam sebagai jalan alternatif untuk merentas daerah dan negeri di seluruh negara.

“Tinjauan di lebuh raya-lebuh raya utama di seluruh negara juga mendapati kadar aliran kenderaan menurun kepada sekitar 500,000 kenderaan sehari berbanding 1.3 juta kenderaan sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media secara dalam talian, di sini, semalam.

Sementara itu, beliau memaklumkan kira-kira 85,000 pemeriksaan harian dilaksanakan PDRM dan agensi-agensi berkaitan sejak 1 Jun selaras pelaksanaan SPP. Beliau berkata, hampir 35,000 premis diperiksa termasuk pasar raya, restoran, kilang dan tempat-tempat yang dibenar beroperasi di seluruh negara.

Hamzah berkata sebanyak 3,514 kompaun dikeluarkan termasuk 117 dikenakan terhadap perbadanan atau syarikat dan 163 tangkapan dilakukan atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP dalam tempoh 1 Jun sehingga 4 Jun.

Sumber : Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Duit I Sinar Tak Masuk Lagi. Akhirnya Pihak Kwsp Umumkan Tarikh Sebenar Duit I Sinar Akan Masuk Dalam Akaun Rakyat.

Pembayaran i-Sinar akan dilakukan setiap awal bulan. Bagi sesiapa yang telah lulus i-Sinar akan menerima pembayaran seperti yang telah dijadualkan. Semak jadual pemb.ayaran anda , sama ada anda masih lagi menerima pada bulan Mei 2021 ataupun semuanya telah selesai pada bulan sebelum ini.

Secara umumnya, pembayaran i-Sinar akan dip.roses secara berperingkat dan tarikh bayaran mungkin tidak sama bagi setiap bulan. KWSP sedang melaksanakan yang terbaik untuk pastikan bayaran diterima oleh ahli yang telah membuat permohonan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila bayaran iSinar bulan kedua, ketiga dan seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, khususnya untuk bulan Mei ini memandangkan Hari Raya bakal tiba. Tidak seperti i-Lestari yang dijadualkan pembayarannya setiap bulan, penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut k.ategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran bagi permohonan i-Sinar untuk bulan Mei akan mula dibuat pada 3 Mei 2021 secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021. Pemohon disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh hubungi talian Hotline Khas i-Sinar.

Selain daripada itu juga KWSP turut memaklumkan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing. Berikut adalah makluman pembayaran bagi permohonan i-Sinar untuk bulan Mei. Kami menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang pmroses pemb.ayaran dilaksanakan.

Semoga Bermanfaat

Kredit : KWSP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Khas Permohonan Kemudahan ISinar KWSP Yang Dibuat Sebelum 25 Feb. Menteri Kewangan Tampil Jelaskan Dengan Lebih Lanjut

Untuk makluman, permohonan kemudahan i-Sinar KWSP yang dibuat sebelum 25 Feb akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai hari ini. Perkara ini membabitkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang bertatus tidak lulus sebelum penambaikan iSInar tanpa kriteria dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan KWSP, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.“Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Dan pada 11 Feb lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan sebagai berkata, KWSP dalam proses memnsuhkan syarat permohonan i-Sinar atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pemnsuhan syarat i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki.

Seterusnya, permohonan baharu kemudahan i-Sinar tanpa syarat akan dibuka mulai 8 Mac ini bagi semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.Perkara itu turut membabitkan ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.

Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan selepas tempoh itu, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.Bermula 8 Mac juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan separate jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor phone serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, separate yang dimaklumkan sebelum ini.Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.Sementara itu, mereka yang mempunyai baki Akaun 1 kurang dari RM150 dan ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas, tidak layak memohon kemudahan i-Sinar.

Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, pencarum boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah pengeluaran umur 55 Tahun.Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di03 – 8922 4848 in bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *