Hampir 31 pekerja di denda gara gara tak kemaskini mysejahtera. Tak boleh berdiam sekali ini yang mkn minta.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan denda yang dikenakan terhadap 31 pekerja kerana didakwa tidak mengemas kini status kesihatan mereka di aplikasi MySejahtera supaya dibatalkan.

Ketua Pengarah MKN, Mohd Rabin Basir, berkata hanya mereka yang telah melakukan perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 perlu mengemas kini status kesihatan mereka.

“Telah diusulkan agar polis Manjung mengambil tindakan yang tepat dengan meminta jabatan kesihatan daerah untuk membatalkan denda,” katanya seperti dipetik Sin Chew Daily.

Rabin berkata, pekerja berkenaan hanya perlu mengemaskini status kesihatan sekiranya terdapat kes Covid-19 di tempat kerja mereka. Tambahnya, tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung perkara itu.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan seramai 31 pekerja didenda antara RM1,500 dan RM2,000 setiap seorang kerana gagal mengemas kini status kesihatan mereka. Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi berkata mereka terdiri daripada 29 pekerja di sebuah firma minyak dan gas serta dua lagi pekerja dari sebuah kilang ayam.

Polis Manjung Manjung mengatakan peraturan tersebut dikenakan terhadap mereka yang bekerja di sektor pembuatan. Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, dalam satu kenyataan, mendakwa polis telah salah menafsirkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kes berkenaan.

Ngeh berkata di bawah arahan Pengarah Kementerian Kesihatan, keperluan memaklumkan status kesihatan secara harian melalui aplikasi MySejahtera hanya terpakai untuk pekerja kes positif Covid-19 atau mereka yang ada kontak fizikal dengan kes positif bagi sektor pengilangan dan pembuatan.

“Ingin juga saya mengingatkan pihak penguatkuasa bahawa arahan Pengarah Kementerian Kesihatan tidak diwartakan. Oleh itu, orang awam tidak boleh dianggap telah mengetahui arahan-arahannya.

“Arahan-arahan Pengarah Kementerian Kesihatan hendaklah disampaikan kepada mana-mana pihak berkenaan dan hanya selepas pihak berkenaan ingkar mematuhi arahannya, barulah boleh kompaun dikeluarkan atau mendakwa mereka ke mahkamah,” kata pemimpin DAP Perak itu.

Ngeh menambah pihaknya juga bersedia menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada pekerja berkenaan

Pekerja kena denda 

Sitiawan: Terdahulu  Seramai 31 pekerja syarikat minyak dan gas (O&G) serta kilang ayam di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, di sini, dikompaun kerana tidak mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika memasuki tempat kerja, hari ini.

Malah, dua pengusaha kantin di premis syarikat O&G berkenaan juga masing-masing dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal di kantin mereka. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kesalahan itu dikesan dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Polis mengeluarkan kompaun masing-masing berjumlah RM2,000 kepada 29 pekerja syarikat O&G, manakala kompaun RM1,500 terhadap dua pekerja kilang ayam kerana tidak mengemaskini status kesihatan mereka dalam MySejahtera.

“Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula mengeluarkan dua kompaun kepada dua pengusaha kantin” katanya pada sidang media di lokasi operasi, hari ini. Operasi itu turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

PEKERJA di Kampung Acheh, Sitiawan gagal mengemas kini status kesihatan mereka dalam MySejahtera. FOTO Noor Hidayah Tanzizi Nor Omar berkata, majikan perlu memastikan pekerja mereka mengemas kini status kesihatan bagi memastikan hanya individu yang sihat dan tanpa gejala saja dibenarkan berada di premis.

Menurutnya, syarikat yang mempunyai ramai pekerja perlu mewujudkan pasukan atau badan bertanggungjawab untuk memantau tahap kesihatan serta pematuhan SOP di tempat kerja bagi mengelakkan penularan Covid-19 di premis masing-masing. Katanya, orang ramai diingatkan supaya mengemas kini status kesihatan mereka, namun tahap kesedaran untuk perkara itu dilihat masih kurang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *