Menteri Kanan Pendidikan tampil umum tarikh yang bakal diadakan peperiksaan SPM 2021. Turut dedahkan mengapa buat pada tarikh itu.

Peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan pada 2022 – Radzi

Putrajaya: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diadakan pada tahun depan, demikian umum Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini. Beliau berkata, ujian lisan dan amali sains bagi SPM 2021 akan diadakan pada Februari 2022 manakala peperiksaan bertulis pada Mac 2022.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan itu selepas mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021. “Pengalaman KPM mengurus SPM 2020 membolehkan kita menganjak tempoh atau tarikh peperiksaan 2021 ke 2022 dan yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 akan berjalan lancar seperti yang dilaksanakan pada SPM 2020,” katanya pada sidang media secara maya mengenai pengoperasian sekolah.

Ramai yang kaitkan gambar Ismail Sabri tutup pintu sebab dia. Tak boleh berdiam sekali ini respon Menteri Miti buat ramai yang terkedu.

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta rakyat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hantaran dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial.

Mohamed Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan, beliau bersama jemaah menteri lain sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam memastikan penularan Covid 19 dapat ditangangi bersama.

“Siapa yang buat spekulasi? Jangan buat spekulasi. “Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaah menteri yang telah diberi peranan penting dalam menangani dan menguruskan masalah Covid 19 sejak awal negara kita dilanda pandemik ini.

“Kita ada dua jurucakap, pertama Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan. “Ia berjalan dengan baik dan sebagai ahli jemaah menteri,

kita memberikan dokongan yang cukup kuat kepada mereka berdua kerana mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menangani dan memerangi C0vid 19,” katanya dalam Taklimat Media Mengenai C0vid 19 Inte.lligent Mana.gement S.ystem (CIMS) 3.0 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran dibuat Ismail yang telah menimbulkan spek.ulasi dan keresahan rakyat. Respons itu sekali gus menggambarkan tiada timbul i.su berlaku pertela.gahan antara dua pemimpin kanan kerajaan itu.

Pada Rabu, Ismail Sabri hanya menulis “saya dah tutup pintu depan tapi…”, selain disertakan dengan emoji s.edih di akhir catatan berkenaan. Meskipun hantaran tersebut tidak merujuk kepada sesiapa atau menyebut mana-mana keadaan, ia telah mengundang sp.ekulasi

kononnya mempunyai kaitan dengan kebenaran operasi diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini sedang dalam pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (t.otal lock.down).

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan kesemua menteri mengambil keputusan secara kolektif. “Kami sebagai satu pasukan kita selalu mengambil keputusan secara kolektif…kita juga sentiasa ada dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mesyuarat-mesyuarat lain.

“Ini prinsip yang saya pegang dan saya juga yakin rakan jemaah menteri akan terus berikan dokongan dalam memastikan semua jemaah menteri dapat mainkan peranan secara e.fektif,” katanya.

Kredit : Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada pula yang berkata menteri menteri berbalah sampai lakukan macam ni gara gara MITI beri sebanyak syarikat ini beroperasi. Rupanya ramai masih belum berpuas hati.

Selepas perintah kawalan pergerakan penuh (total lockdown) dikuatkuasakan bermula Selasa lepas, ramai pihak telah menyatakan rasa tak puas hati selepas masih banyak kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Menurut sumber, telah berlakunya perbalahan panas melibatkan beberapa menteri baru-baru ini selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membenarkan lebih kurang 95,000 syarikat beroperasi, lapor FMT.

Dikatakan, perbalahan tersebut berlaku pada awal minggu ini selepas beberapa menteri tak berpuas hati kerana MITI benarkan banyak syarikat beroperasi walaupun sebelum ini dah bersetuju untuk melaksanakan sekatan penuh.

Sebelum ini, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan sekatan penuh tetapi berita 95,000 syarikat mendapat persetujuan MITI untuk beroperasi menimbulkan bantahan, dan pertengkaran tercetus.”

Kilang ‘titik panas’ jangk1tan c0vld-19

Kata sumber ini lagi, ramai menteri bimbang jika total lockdown tak dibuat dengan sebaiknya, wab4k c0vld-19 tak dapat dibendung dan pelaksanaan SOP jadi lebih mencabar. Namun, kebimbangan utama adalah kebenaran diberikan untuk begitu banyak kilang meneruskan operasi walaupun hakikatnya, kilang-kilang ini adalah ‘titik panas’ untuk jangk1tan c0vld-19.”

“Hempas hempas meja depan PM”

Seorang lagi sumber pula telah mengaitkan perbalahan tersebut dengan status yang dimuat naik semalam oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook rasminya. Kelonggaran diberikan MITI kepada pelbagai sektor untuk beroperasi semasa PKP 3.0 telah dikritik ramai di media sosial dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus merujuk sekatan sekarang sebagai “total lockdown.”

Kalau betul, harapnya para menteri boleh duduk semeja dan bincang balik elok-elok supaya dapat jalan penyelesaian yang baik untuk semua.

FMT juga melaporkan perkara sama :

Sumber : https://powerdailynews.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nak keluar masa lockdown. Ketahuilah ini 14 perkara penting yang rakyat perlu tahu sebelum keluar rumah.

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantaian jangkitan covid-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak. “Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan. “Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendesak, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockd0wn’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu. 2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesakit bagi tujuan perubatan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu. 4. Pergerakan hanya dalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecemasan dan pemergian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis. 6. Urusan suntikan vaksin tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bncna Agensi Pengurusan Bncna Negara (Nadma). 10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan. 12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah. 13. Rancang dan atur masa

pergerakan masing-masing. 14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu berbangkit.

Sumber : http://trendingsangat.pw/