Sabah agih 10k komputer riba khusus buat pelajar ini. Ianya bagi memudahkan pelajar untuk jalani ini.

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mengagihkan 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) untuk pelajar Tingkatan Lima dan Enam di negeri ini bermula 19 Julai sehingga 18 Oktober ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, pemberian komputer riba yang membabitkan peruntukan RM15 juta itu diberi khusus untuk pelajar menduduki peperiksaan penting penghujung tahun ini. Beliau berkata, pemberian komputer riba itu membabitkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Pengagihan akan mengambil masa selama kira-kira tiga bulan sehingga Oktober ini dan kita berharap pemberian komputer riba ini akan membantu pelajar. Ini adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu agar pelajar yang tidak berkemampuan tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hajiji berkata, pengagihan komputer riba menerusi BAIK untuk fasa pertama ini membabitkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

“Menerusi mesyuarat kabinet sebelum ini, jemaah menteri bersetuju supaya satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dibentuk untuk mencari kaedah membantu pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam PdPR. Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenal pasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, pemberian komputer riba bagi fasa pertama itu membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar. “Komputer riba daripada pelbagai jenama termasuk ACER, Lenovo dan DELL itu boleh digunakan sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” katanya.

Awal tahun ini, beliau memaklumkan pihaknya akan berusaha membantu memberi kemudahan gajet kepada golongan murid dan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan bagi menjalani sesi PdPR.

Disebabkan muncul kluster Pulutan di Nabawan. Kini Sabah keluarkan SOP khas untuk pengurusan kehilangan buat kali terakhir.

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mengeluarkan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) khusus pengurusan pesakit buat kali yang terakhir dan penghormatan terakhir orang bukan Islam ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ia dilaksanakan berikutan Kluster Pulutan di Nabawan yang dikesan berpunca daripada majlis penghormatan terakhir, semalam.

“Kluster terbabit mencatatkan peningkatan kes jangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan dan ia kejadian kedua selepas Kluster Sinsingon Nabawan yang dilaporkan pada 22 Februari lalu. Susulan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

Covid-19 memutuskan untuk mengeluarkan SOP khusus untuk pengurusan pesakit dan penghormatan terakhir orang bukan Islam semasa PKP bagi memastikan kejadian itu tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri memperincikan SOP terbabit. Menurutnya, bagi sesi penghormatan terakhir iaitu semasa jas4d di rumah kediaman sebelum pengurusan adalah tidak melebihi tiga hari dan waktu dibenarkan bermula 6 pagi sehingga 6 petang sahaja

“Tempoh masa untuk melawat dan memberi penghormatan terakhir di dalam kediaman jas4d tidak melebihi lima minit di samping perkongsian peralatan makan dan minum serta kelengkapan upacara keagamaan tidak dibenarkan. Bagi aktiviti keagamaan untuk jas4d itu di dalam rumah, tempoh masa dibenarkan bermula 7 malam sehingga 9 malam dan aktiviti keagamaan haruslah tidak melebihi 10 hari. Upacara keagamaan pula hanya dibenarkan untuk ahli keluarga sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Masidi turut memperincikan SOP semasa jas4d berada di rumah urus myt (fvner4l parl0vr) di mana aktiviti penghormatan terakhir dilakukan tidak melebihi tiga hari sebelum pengurusan terakhir.

“Masa yang dibenarkan bermula 7 pagi hingga 6 petang dan bagi tempoh masa melawat dan memberi penghormatan terakhir semasa berada di rumah pengurusan tidak melebihi lima minit. Proses penghormatan terakhir dibenarkan tidak melebihi tiga orang (termasuk tuan rumah) setiap masa dan pelawat pula dikehendaki beratur mengikut giliran dengan mengambil kira penjarakan fizikal. Pelawat perlu segera bersurai selepas memberi penghormatan terakhir. Bagi ahli keluarga atau pelawat yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan hadir,” katanya.

Dr Adham Baba tampil dedahkan Malaysia akan berdepan risiko sistem kesihatan lumpuh sepenuhnya menjelang tarikh ini. Ianya akan berlaku sekiranya kerajaan tak ambil langkah ini.

Malaysia berdepan risiko sistem kesihatan lumpvh sepenuhnya menjelang 5 Jun ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau ‘total lockdown’.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia pilihan terakhir kerajaan berdasarkan sistem penanda aras Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merekodkan kes harian membimbangkan melebihi 8,000 kes sehari.

Menurutnya, hospital mencapai kapasiti maksimum dengan kebarangkalian tinggi untuk lumpuh apabila purata kes baharu berada antara 8,001 sehingga 13,000 sehari.

“Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan Covid-19 pada mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak awal Mei lagi, apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt meningkat antara 1.1 hingga 1.2. Pada penghujung Mei lalu, kita sudah mencapai tahap ketiga dengan kes tertinggi direkodkan sebanyak 9,020 kes dan itu adalah amaran untuk kita melaksanakan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, KKM sudah mengambil beberapa tindakan ketika di tahap dua (kes harian 4,000 hingga 8,000) iaitu mengenal pasti lebih banyak hospital dan menukar fungsi wad biasa kepada wad Covid-19.

Beliau berkata, apabila berada pada tahap tiga hanya pemberian rawatan paliatif untuk pesakit berkemungkinan rendah sembuh dengan tidak memasukkan mereka ke unit rawatan rapi sebaliknya memberi keutamaan kepada pesakit berkemungkinan sembuh serta mewujudkan kemudahan rawatan di luar hospital.

“Apa yang dibimbangi jika kes mencapai tahap empat iaitu purata kes harian melebihi 13,000. Ketika itu status penularan jangkitan adalah tinggi dengan keupayaan untuk respon rendah,” katanya. Katanya, negara berdepan peningkatan penularan jangkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria.

Buat hal betul pesakit covid 19 di Maeps. Sampai ada yang dah dapat kebenaran balik tapi tak mahu balik.

PANAS, aircond terlampau sejuk, bersesak-sesak – ini antara luahan negatif yang seringkali dikongsikan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin dalam negara. Namun Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, mempunyai sisi yang berbeza untuk dikongsikan.

“Makan sedap, tak nak balik! Hari-hari menu kayangan, ” tulisnya di video TikTok lengkap dengan #makansedap dan #nursecantik sebelum posting itu menjadi tular. Nazirul yang menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan

Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang turut berkongsi video yang memaparkan antara lain, suasana dewan yang menjadi tempat tidur pesakit, barisan panjang untuk ke bilik mandi dan kemeriahan setiap kali waktu makan.

“Dekat sini kita dapat kawan baru, dan yang paling saya tak sangka makanan dekat sini semua sedap-sedap. “Contoh dua tiga hari ni kita makan nasi tomato sedap sangat, lauk macam-macam, ada ikan tongkol, ayam masak merah, ikan goreng, memang berselera dekat sini.

“Tepi katil kita ada meja panjang jadi bila waktu makan, kami akan makan beramai-ramai, memang seronoklah, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Antara makanan yang dihidangkan di Pusat Kuarantin Maeps. Tambah Nazirul pesakit yang beragama Islam juga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap hari.

Pesakit covid-19 yang beragama islam berpeluang bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Dengan adanya rakan-rakan pesakit yang peramah serta prihatin secara tidak langsung membantunya melawan penyakit yang setakat ini telah mengrbnkan hampir 3,000 nywa di Malaysia.

Nazirul (kiri sekali) bersama rakan-rakan yang barunya di Pusat Kuarantin Maeps

“Semuanya bergantung kepada individu, kalau sebelum datang sini kita dah letak mindset negatif kita akan sakit, maka automatik kita akan sakit, sama juga kalau kita rasa kita akan tak gembira, kita pun jadi tak nak bergaul dengan orang.

“Saya Alhamdulillah, walaupun ada simptom tapi tak teruk, memang masuk tu ada demam, sakit tekak tapi bila ada kawan-kawan sekeliling sedikit sebanyak lupa rasa sakit tu, ” katanya yang berkerja sebagai ‘content creator’.

Dia turut memuji pihak barisan hadapan yang dilihat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan penuh komited. “Mereka komited untuk bantu pesakit dari saat pesakit sampai sehingga pulang.

Saya sendiri agak risau sebab saya dibawa oleh ambulans dari Sabak Bernam, jadi apabila saya dijangka dibenarkan untuk pulang, saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan pengangkutan pulang.

“Ramai yang balik menggunakan Grab, bila saya tengok tambang dari sini ke Sabak Bernam RM250 dan itu satu angka yang sangat besar bagi saya.“Saya maklumkan kepada perawat di sini dan saya dijangka akan dihantar pulang ke rumah dengan ambulans, “ katanya yang dibenarkan keluar dari pusat kuarantin pada hari ini (Rabu).

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.