Kes Covid 19 mencatatkan penurunan sebanyak ini. Selangor kekal merekodkan kes tertinggi.

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilapor hari ini mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 6,241 kes berbanding 7,452 semalam dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,178 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 616,815 kes direkodkan setakat ini. Menurut beliau, Sarawak pula mencatatkan 600 kes, Johor (565 ), Negeri Sembilan (556), Kuala Lumpur (415), Sabah (305), Pulau Pinang (271), Kelantan (270) dan Melaka (225).

Selain itu katanya, Labuan mencatat 212 kes; Perak (174); Terengganu (158); Pahang (155); Putrajaya (30) dan Perlis dengan hanya dua kes direkodkan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Berita

February 6, 20210