Disebabkan kes Covid 19 sudah makin teruk. Kini KKM tampil dedahkan sedang uji sesuatu ini untuk rawat pesakit Covid berisiko tinggi.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) sudah memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat antipar4sit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onkoserkiasis, strongiloidiasis dan helminthiases, namun belum ada bukti yang konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19.

“Penggunaan off-label Ivermectin sudah meraih perhatian global berikutan terdapat beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik. FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal di mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan,” menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata oleh itu, ujian klinikal perlu diteruskan dengan teliti bagi mengenal pasti peranan Ivermectin dalam merawat Covid-19. Katanya, KKM dan ICR sudah memulakan ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit Covid-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) yang diketuai pakar sakit Berjangkit Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dengan dibantu sepasukan pakar dan penyelidik Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di 12 hospital di bawah KKM.

Dr Noor Hisham berkata, ujian itu diluluskan oleh Jawatankuasa Kajian dan Etika Perubatan pada 25 Mei yang menyaksikan perbandingan antara rawatan Ivermectin (dos tertentu dengan tempoh tertentu) dengan rawatan standard semata-mata.

Beliau berkata, kajian itu akan membabitkan 500 subjek daripada kumpulan berisiko tinggi berusia 50 tahun dan ke atas yang dimasukkan ke hospital KKM dengan gejala ringan atau sederhana Covid-19 (kategori dua hingga tiga).

“Kajian itu bertujuan menentukan keberkesanan Ivermectin dalam mencegah Covid-19 daripada menjadi lebih serius (kategori empat dan lima) dan mengurangkan kehilangan. ICR sudah menubuhkan Lembaga Pemantauan Data (DMB) yang terdiri daripada doktor biasa yang bebas, ahli farmasi ujian klinikal serta pakar metodologi bagi melindungi pesakit yang diuji dari segi keselamatan dan keberkesanan produk penyelidikan seperti ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya.

Beliau berkata, kajian itu dimulakan pada 31 Mei lalu dan setakat ini, lapan pesakit sudah didaftar dalam ujian klinikal berkenaan yang dijangka selesai menjelang September 2021.

Dr Adham Baba tampil dedahkan Malaysia akan berdepan risiko sistem kesihatan lumpuh sepenuhnya menjelang tarikh ini. Ianya akan berlaku sekiranya kerajaan tak ambil langkah ini.

Malaysia berdepan risiko sistem kesihatan lumpvh sepenuhnya menjelang 5 Jun ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau ‘total lockdown’.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia pilihan terakhir kerajaan berdasarkan sistem penanda aras Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merekodkan kes harian membimbangkan melebihi 8,000 kes sehari.

Menurutnya, hospital mencapai kapasiti maksimum dengan kebarangkalian tinggi untuk lumpuh apabila purata kes baharu berada antara 8,001 sehingga 13,000 sehari.

“Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan Covid-19 pada mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak awal Mei lagi, apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt meningkat antara 1.1 hingga 1.2. Pada penghujung Mei lalu, kita sudah mencapai tahap ketiga dengan kes tertinggi direkodkan sebanyak 9,020 kes dan itu adalah amaran untuk kita melaksanakan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, KKM sudah mengambil beberapa tindakan ketika di tahap dua (kes harian 4,000 hingga 8,000) iaitu mengenal pasti lebih banyak hospital dan menukar fungsi wad biasa kepada wad Covid-19.

Beliau berkata, apabila berada pada tahap tiga hanya pemberian rawatan paliatif untuk pesakit berkemungkinan rendah sembuh dengan tidak memasukkan mereka ke unit rawatan rapi sebaliknya memberi keutamaan kepada pesakit berkemungkinan sembuh serta mewujudkan kemudahan rawatan di luar hospital.

“Apa yang dibimbangi jika kes mencapai tahap empat iaitu purata kes harian melebihi 13,000. Ketika itu status penularan jangkitan adalah tinggi dengan keupayaan untuk respon rendah,” katanya. Katanya, negara berdepan peningkatan penularan jangkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria.

Buat hal betul pesakit covid 19 di Maeps. Sampai ada yang dah dapat kebenaran balik tapi tak mahu balik.

PANAS, aircond terlampau sejuk, bersesak-sesak – ini antara luahan negatif yang seringkali dikongsikan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin dalam negara. Namun Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, mempunyai sisi yang berbeza untuk dikongsikan.

“Makan sedap, tak nak balik! Hari-hari menu kayangan, ” tulisnya di video TikTok lengkap dengan #makansedap dan #nursecantik sebelum posting itu menjadi tular. Nazirul yang menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan

Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang turut berkongsi video yang memaparkan antara lain, suasana dewan yang menjadi tempat tidur pesakit, barisan panjang untuk ke bilik mandi dan kemeriahan setiap kali waktu makan.

“Dekat sini kita dapat kawan baru, dan yang paling saya tak sangka makanan dekat sini semua sedap-sedap. “Contoh dua tiga hari ni kita makan nasi tomato sedap sangat, lauk macam-macam, ada ikan tongkol, ayam masak merah, ikan goreng, memang berselera dekat sini.

“Tepi katil kita ada meja panjang jadi bila waktu makan, kami akan makan beramai-ramai, memang seronoklah, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Antara makanan yang dihidangkan di Pusat Kuarantin Maeps. Tambah Nazirul pesakit yang beragama Islam juga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap hari.

Pesakit covid-19 yang beragama islam berpeluang bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Dengan adanya rakan-rakan pesakit yang peramah serta prihatin secara tidak langsung membantunya melawan penyakit yang setakat ini telah mengrbnkan hampir 3,000 nywa di Malaysia.

Nazirul (kiri sekali) bersama rakan-rakan yang barunya di Pusat Kuarantin Maeps

“Semuanya bergantung kepada individu, kalau sebelum datang sini kita dah letak mindset negatif kita akan sakit, maka automatik kita akan sakit, sama juga kalau kita rasa kita akan tak gembira, kita pun jadi tak nak bergaul dengan orang.

“Saya Alhamdulillah, walaupun ada simptom tapi tak teruk, memang masuk tu ada demam, sakit tekak tapi bila ada kawan-kawan sekeliling sedikit sebanyak lupa rasa sakit tu, ” katanya yang berkerja sebagai ‘content creator’.

Dia turut memuji pihak barisan hadapan yang dilihat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan penuh komited. “Mereka komited untuk bantu pesakit dari saat pesakit sampai sehingga pulang.

Saya sendiri agak risau sebab saya dibawa oleh ambulans dari Sabak Bernam, jadi apabila saya dijangka dibenarkan untuk pulang, saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan pengangkutan pulang.

“Ramai yang balik menggunakan Grab, bila saya tengok tambang dari sini ke Sabak Bernam RM250 dan itu satu angka yang sangat besar bagi saya.“Saya maklumkan kepada perawat di sini dan saya dijangka akan dihantar pulang ke rumah dengan ambulans, “ katanya yang dibenarkan keluar dari pusat kuarantin pada hari ini (Rabu).

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Sungai Buloh Kini Giliran Hospital Selayang Pulak Terpaksa Sediakan Kontena Untuk Orang Yang Pergi Menghadap Illahi Gara Gara Positif Covid 19.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada hari ini berada pada tahap membimbangkan apabila mencatatkan bilangan yang hampir mencecah 8,000 kes sehari. Kenyataan tersebut terbukti apabila Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi mengenai sebuah lagi hospital yang terpaksa menyediakan kontena khas untuk menampung jnzh pesakit Covid-19.

Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas untuk menyimpan jnzh yang pergi menghadap illahi akibat COVID-19. KKM menerusi laman sosial rasmi mereka memberitahu kontena terpaksa disediakan selepas peti untuk menyimpan di Hospital Selayang tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kes pemergian yang semakin meningkat.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Fornsik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 orang yang telah pergi menghadap illahi tambahan memandangkan peti di hospital itu sentiasa penuh,” jelas KKM. Pertengahan Mei lalu, peningkatan kes COVID-19 yang semakin membebankan sistem kesihatan negara menyebabkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan orang yang telah pergi menghadap illahi yang akibat COVID-19.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.