Kini tiada lagi had beli belah 2 jam untuk pengunjung. Tapi ini pula yang KPDNHEP minta anda lakukan.

Had masa pelanggan untuk membeli-belah di premis peruncitan telah ditangguhkan, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada 28 Mei lalu. “Kita tidak mahu orang ramai bergegas ke premis dengan had masa dua jam apabila lockdown diumumkan. Bagaimanapun, kita menasihati orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan dan segera tinggalkan premis, dengan lebih banyak masa berada di rumah,” katanya kepada pemberita selepas memeriksa pematuhan SOP di Tesco Lotus Bercham di Ipoh, Ahad.

Pada Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenarkan berada di premis peruncitan kepada maksimum dua jam sahaja, di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan.

Sumber : The Star

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lain Yang Diumumkan Lain Pula Yang Tular. Sekali KPDNHEP Tampil Beritahu Waktu Sebenar Pasar Raya Beroperasi.

Covid 19 Infomaklumat Semasa
May 28, 2021Admin0

Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan semua pasar raya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya dibenarkan beroperasi sehingga 2 petang. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, semua pasar raya di kawasan PKPD dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam. Beliau berkata, maklumat palsu yang tular di laman sosial sejak semalam itu menjadi punca utama berlakunya pembelian barangan keperluan secara panik.

“Kami sudah membuat semakan dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka menafikan mengeluar notis tempoh operasi pasar raya hanya sehingga 2 petang. Walaupun kerajaan mengumumkan PKPD di Mukim Kuala Berang berkuat kuasa esok, ketua keluarga dibenarkan keluar membeli-belah barangan keperluan utama termasuk di pasar raya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan mukim Kuala Berang dikenakan PKPD berkuat kuasa esok hingga 11 Jun depan susulan berlaku peningkatan kes Covid-19. Mengulas mengenai barangan keperluan utama, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, pegawai dan anggota KPDNHEP negeri sudah melakukan pemeriksaan serta pemantauan dan mendapati semua barangan mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Katanya, KPDNHEP negeri sudah mengeluarkan kelulusan kepada Peruncit Daerah Terpilih (DDR) dan Pemborong Daerah Terpilih (DDW) untuk menyimpan lebih 20 peratus daripada had simpanan barangan kawalan.

“Sebanyak 20 DDR dan satu DDW di daerah Hulu Terengganu termasuk di kawasan Mukim Kuala Berang yang dikenakan PKPD berkuat kuasa esok dibenarkan membuat simpanan barang kawalan melebihi 20 peratus daripada had simpanan. Saya dimaklumkan, semua barangan kawalan termasuk gula, beras, minyak masak dan telur di daerah Hulu Terengganu mencukupi untuk menampung keperluan penduduk,” katanya.

Sementara itu, tinjauan dilakukan bersama pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP di beberapa pasar raya di Kuala Berang mendapati tidak berlaku kekurangan barangan kawalan. Bagaimanapun, pengunjung sanggup beratur panjang dan didapati membeli pelbagai barangan secara panik susulan dakwaan pasar raya hanya dibenarkan beroperasi sehingga 2 petang.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikhabarkan Pasaraya Tesco Akan Bertukar Nama Kepada Satu Nama Ini. Salah Seorang Staf Ni Jelaskan Lebi Lanjut Tentang Hal Tersebut

Khabar angin di mana Tesco Malaysia akan bertukar nama kepada Lotus Malaysia akhirnya terjawab selepas beberapa pengguna termasuk pekerja Tesco akui dengan perihal tersebut. Melihat perkongsian daripada pengguna Twitter mengatakan bahawa nama Tesco pada hari i secara rasminya dikenali Lotus’s tak lama lagi

Bahkan bukan itu sahaja, menurut salah seorang pengguna Twitter yang mengaku dirinya sebagai pekerja di syarikat tersebut juga memaklumkan perkara yang sama.sebagai salah seorang staff mereka, ya betul kami dah rebrand daripada Tesco Stores  Lotus’s Stores bermula hari ini — Farah Kadir | Dermova (@farahkadir_)

Maka terbuktilah segala produk jenama Tesco juga akan dihentikan. Stok sedia ada akan dihabiskan dan takkan masuk lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ‘borong’ produk Tesco sebelum habis.Apa produk baru yang akan masuk? Status masih belum diketahui. Penjenamaan baru Tesco kepada Lotus’s akan berjalan sehingga hujung tahun 2021

Individu Ini Kongsi Minuman Yang Dipesan Tak Dapat Seperti Yang Dipesan Dan Cakap Rider Macam Macam. Sekali Ini Penjelasan Dari Grab

Tak dinafikan perkhidmatan penghantaran makanan tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagi lagi sekarang ni nak beli barang pun tak yah keluar rumah sebab semua boleh order secara atas talian. Baru sahaja tular di Twitter apabila ada seorang pengguna Grab Food yang mengatakan air Starbucks yang dipesannya telah diambil oleh penghantar makanan Grab.

Difahamkan individu tersebut telah membuat kenyataan sedemikian sebab hanya ada dua air Starbucks sedangkan dia telah memesan tiga minuman. Dia juga mengatakan dia telah memfailkan aduan kepada pihak Grab namun tiada sebarang respon pada ketika itu.

Malahan pihak Grab Malaysia telah membalas tweet lelaki tersebut dan menjelaskan perkara yang berkemungkinan berlaku kepada pesanan air yang dibuat individu tu. Korang kena baca sendiri respon Grab ni.Menurut pihak Grab, perkara yang didakwa individu itu sukar berlaku sebab penghantar makanan hanya menunggu di luar premis dan makanan juga terus diberi supaya sampai di tangan pemesan dengan segera.

Makluman uit takkan bvrn & akan dikembalikan semula .Rata-rata warganet juga berpendapat jika ada pesanan yang kita order tu tak cukup, besar kemungkinan pihak yang menyediakan makanan tu yang tak perasan bilangan air yang sebenar. Betul jugak tu, mungkin terlepas pandang kot.

Rata rata warganet yang lain yang berkongsikan pengalaman makanan mereka yang tak cukup sebelum ini namun perkara dapat diselesaikan dengan baik.Namun, difahamkan, pihak Grab dah dalam proses refund duit lelaki terbabit semalam dan katanya proses itu boleh mengambil masa dalam 2 hingga 3 hari bekerja.

Kenangan Sebagai Rider Sebelum Balik Ke Mesir. Pemuda Ini Cerita Kisah Di Sebalik Tular Gambar Dia Bersama Panda Pada Hari Terakhir.

Baru baru ini, beberapa foto suntingan yang memaparkan seorang rider penghantar makanan tular dalam kalangan warganet. Pemuda yang bernama Ahmad Uzair Abd Halim 22, sempat menjelaskan semula makna dan simbolik di sebalik penghasilan gambar tersebut. Jelas penuntut bidang SYariah Islamiah di Universiti Al-Azhar,Mesir itu,Ahad lalu menjadi hari terakhir dia melakukan kerja sambilan sebagai rider bagi syarikat Foodpanda.

“Selepas balik ke Malaysia pada April lalu, saya ada buat perkhidmatan fotografi perkahwinan. Saya sekadar nak cari pendapatan tambahan.”Tapi job wedding banyak cancel, dah tak banyak… kemudian saya beralih jadi rider pada Disember lalu.”Lama-lama makin seronok, kerja yang santai. Tapi hari Ahad lepas saya dah gntung beg, sebab 16 Februari ini, InsyaAllah saya akan balik ke Mesir,” ujarnya.

Lebih gemar disapa Jai, dia akui foto yang mula tular merupakan hasil suntingannya sendiri. Katanya,minat ke arah bidang fotografi sudah bercambah sejak dia di bangku sekolah menengah lagi.” Saya setting kamera dan minta kawan tolong ambil gambar. Simbolik hari terakhir kerja. Saja nak bagi ada kenangan.

“Saya sekadar kongsi di Twitter, terkejut boleh ‘melet0p’ macam tu. Tapi Alhamdulillah semua komen positif.”Rasa seronok juga. Orang makin kenal bakat. Mungkin ramai tak tahu saya selalu buat manipulasi foto, .”Saya sebenarnya minat fotografi sejak Tingkatan 4. Saya belajar sendiri, bermula dari bawah.

“Sebelum ni pakai kamera telefon, tahun lepas baru saya beli kamera sendiri,” ujarnya yang dijangka menamatkan pengajian di Mesir dalam tempoh tiga tahun lagi.Menurut anak ketujuh daripada lapan beradik itu, dia juga berharap agar Covid-19 di negara ini cepat berakhir.

Dia juga sempat menitipkan pesanan kepada mana-mana pelajar di luar sana agar tidak takut untuk mencari kerja sambilan, sebagaimana yang dilakukannya.”Saya harap Covid-19 cepat berakhir. Kalau kata ada niat nak bekerja sambil belajar, boleh teruskan.”Sekarang banyak belajar online, mungkin ada masa untuk buat benda lain untuk cari pendapatan. Berniaga online pun boleh,” ujarnya lagi.Sehingga kini, foto pelajar itu bersama seekor panda menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Disebabkan Pelanggan Cancel Beratus Pesanan Ini. Rider Foodpanda Ambil Inisiatif Ini Pula Pada Pesanan Itu.

Bersedekah merupakan satu amalan yang mulia. Terutamanya apabila kita bersedekah dengan ikhlas, ia akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang kisah seorang pelanggan yang membatalkan ‘order’ makanan berharga ratusan ringgit melalui seorang ‘rider’ Foodpanda.

‘Rider’ yang dikenali sebagai Anas Mansor berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila pelanggannya memberikan alamat yang salah, sekali gus membuatkan dirinya terpaksa menunggu dan berpanas di bawah cahaya matahari terik.

Namun, apa yang lebih mengecewakan adalah pelanggan berkenaan bertindak tidak menjawab panggilan walaupun Anas sudah banyak kali menghubunginya. Anas yang kebingungan dengan situasi menimpanya itu, akhirnya bercadang untuk melakukan sedekah makanan tersebut kepada orang ramai di kawasan berdekatan.

Sambil menunggang motor, Anas mencari kelibat orang sebelum mengagihkan satu per satu makanan kepada mereka. Dari ‘rider’ lain hinggalah penjual jeruk tepi jalan malah, pelajar sekolah juga tidak terkecuali mendapat makanan yang diberi oleh ‘rider’ pemurah tersebut.

Tindakan ‘rider’ itu telah meraih pujian ramai warganet yang membanjiri ruang komen menerusi aplikasi TikTok. Mereka teruja melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Anas, walaupun pada awalnya dia telah dianiaya oleh orang lain.Alhamdulillah, sikap tidak mementingkan diri dan pemurah Anas wajar dicontohi oleh orang ramai di luar sana. Semoga murah rezeki! Sumber: TikTok @anasmansor99