Tak bersyukur maka Allah tarik nikmat. Fasha Sandha titipkan pesanan ini buat suami kesayangan. Rupanay ini sebab nya.

Pelakon, Fasha Sandha menasihati kepada orang ramai untuk menzahirkan rasa syukur dalam diri meski menghadapi kesusahan yang dialami. Ini kerana, bagi Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, masih ada insan di luar sana yang lebih rasa susah, berbanding kita.

Malah, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini turut berpesan jangan pernah sesekali membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Fasha mencoretkan kata pada pautan video dia dan suami berada di dapur untuk hidangan mereka sekeluarga.

“Ketandusan idea, maka terjadilah menu ni..Yang penting, suami tolong hari ni, haaa baru dia tau, mencabar juga masak memasak ni, Have a great weekend everyone. “Pesanan untuk kesayanganku dan diri sendiri juga, buat baik berpada2 , buat jaht jangan sekali… dan bersyukurlah selalu dengan apa yang Allah bagi.

“Apabila tiada kesyukuran dalam diri maka Allah akan tarik nikmat hidup, sikit demi sedikit… kalau kita rasa kita susah, masih terlalu ramai lagi orang yang lebih double triple susah daripada kita.

“Sekurangnya kita masih boleh makan, haruslah BERSYUKUR. Love you Kesayanganku,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen, ada peminat yang turut sama bersetuju dengan apa yang dikongsi ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mh

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *