Belum ada perancangan untuk ke fasa seterusnya. Lepas je buat kejutan hari jadi Janna terkejut bila Dini tiba tiba dedahkan status terkini dia dengan Janna Nick.

Ikatan percintaan Dini Schatzmann dengan Janna Nick bukan lagi satu rahsia. Lebih menarik, pasangan selebriti ini sering berkongsi kisah romantis mereka di media sosial masing-masing.

Terbaharu, sempena ulang tahun kelahiran Janna yang ke-26 pada 1 Jun lalu, Dini menghadiahkan sebuah Vespa berwarna merah. Dalam satu perkongsian video kejutan oleh Janna di Instagram, hubungan cinta mereka dilihat cukup ampuh dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Mengakui hubungan cintanya dengan Janna bukan sekadar paparan di media sosial semata-mata, sebaliknya mereka serius dalam melayari perhubungan dan sudah ada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Dini berkata, mereka sangat serius dengan masa depan hubungan cinta mereka. “Saya bukan lelaki yang suka nak mempermainkan perasaan wanita. Namun, buat masa ini kami belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya,

tapi tidak bermakna tiada perbincangan mengenai hal itu. “Ada banyak hal yang kami aturkan untuk masa depan hidup kami berdua. Antaranya, kami nak kukuhkan kewangan dan stabilkan karier seni saya.

“Kami juga ada berbincang untuk membeli rumah impian, tapi semua itu perlukan masa dan perancangan rapi supaya setiap yang diimpikan tercapai dengan usaha bersama,” katanya.

Menyentuh mengenai kejutan hari jadi Janna, Dini berkata, salah satu impian hidupnya adalah untuk membuatkan kekasih hatinya selalu tersenyum pada setiap tahun. Katanya, melihat wajah Janna yang gembira adalah segala-galanya bagi dirinya.
“Nak pilih hadiah hari jadi untuk Janna memang susah. Banyak yang dia tak suka, tapi saya kena pastikan hari jadinya disambut dengan satu kejutan yang berharga. “Puas juga saya fikir apa hadiah yang mungkin orang lain tidak akan bagi. Memandangkan Janna minat dengan motosikal sejak bersekolah dan pernah ada keinginan untuk membeli motosikal, jadi saya cuba realisasikan.