Kecewa isteri tak dapat ikut ke Eropah. Akhirnya Jabatan Imigresen Malaysia tampil buat penjelasan bila ramai yang pertikaikan.

Terdahulu atlet sukan permotoran iaitu Hafizh Syahrin Abdullah meluahkan rasa kekecewaannya di laman IG Stories terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas isterinya dimaklumkan gagal untuk mengikuti Hafizh menyertai perlmbaan di Eropah.

Malah, difahamkan pengalaman perlmbaan yang lalu membuka mata Hafizh untuk memastikan salah seorang individu yang dekat berada bersamanya. Status berkenaan bagaimanapun telah undang salah faham dalam kalangan warganet.

Rata-rata bersangka masalah tersebut membabitkan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Ini penjelasan Hafizh ekoran perkara tersebut. ‘Sumpah saya tak faham’

“Isteri atlet tak layak keluar negara”-Jabatan Imigresen Malaysia

Kuala Lumpur: Hanya atlet Malaysia yang berpangkalan di luar negara dibenarkan membawa pasangan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (SPP) dan perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik C0vid-19.

Begitu penjelasan Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kekecewaan pelmba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang tidak berpuas hati jabatan itu tidak memberi pelepasan kepada isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf untuk menemaninya beraksi di luar negara.

Imigresen menerusi satu kenyataan balas memaklumkan mereka menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara. Tegas imigresen menggunakan kelulusan itu untuk tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara tidak dibenarkan.

“Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelmba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara sudah pun ditolak. “Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara. Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan.

“Contohnya, pelumba basikal dan pemain golf profesional. Ahli sukan menyertai kejohanan secara on and off dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan,” katanya.

“Hanya jurulatih dan kru profesional terbabit dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan,” katanya. Imigresen menerusi kenyataan yang dikeluarkan memahami terdapat dalam kalangan warganegara Malaysia menghadapi kesukaran untuk keluar negara atas faktor sekatan pergerakan penuh (SPP) dan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Terdahulu Hafizh meluahkan rasa tidak puas hati apabila hasrat untuk menerbangkan isterinya ke Eropah berdepan kesukaran terutama membabitkan kelulusan daripada imigresen dan pihak berkaitan. Situasi terbabit menyebabkan pelumba terbabit sekali lagi meltup menerusi Instagramnya dengan meluahkan kekecewaan kerana tidak diberi kelonggaran walaupun mewakili negara.

Minggu lalu Hafizh yang diberi jolokan El Pescao cemerlang apabila menduduki tempat kesembilan Grand Prix Itali di Litar Mugello. Difahamkan sebab pihak Imigresen Malaysia tidak membenarkan isteri Hafizh berangkat ke Eropah adalah situasi negara yang disrng pandemik Covid-19. Selain, perlaksaanan ‘total lockdown’ di negara ini bagi membendung perjalanan ke luar negara dihadkan.

Tambah Hafizh lagi, tujuan isterinya ke Eropah bukan untuk makan angin tetapi adalah bagi menemani Hafizh sekiranya sebarang kejadian tidak diingini berlaku seperti perlmbaan MotoGP sebelum ini.

Berikut pula reaksi dari warganet

“dia mtk sebab lepas kejadian grand prix yg lepas.. sblm ni dia x mtk pun.. lagi pun dia dh biasa jauh dgn isteri family ni semua.. cuma dia sedar klu jadi apa2 sekurang2 nya ada isteri dgn dia.. org yg kritik ni semua x tgk apa jadi ker race lepas..dia pun ada pengalaman teruk season lepas..nywa beb..”

“Kena la IKUT LAW MALAYSIA….wlu sape pun awak….kena ikut law….klu takut di lambung ombak..jgn berumah di tepi pantai….klu takut apa2 berlaku…x yah la join semua kejohanan tu….. Ari tu kena kuarantin bru blik Dr luar negara pun marah….buang masa katanya…..eksyen …MCM orang kayangan …..hello brother….covid tu x nmpk ye….tolong ikut SOP Malaysia”

Susulan itu, Hafizh turut menjelaskan mengenai posting sebelum ini bahawa tidak ada kena mengena dengan pihak KBS. Difahamkan, postingnya itu adalah untuk menyatakan kesukaran kerjasama dari pihak Imigresen Malaysia untuk membenarkan isterinya ke Eropah bagi tujuan menemani suami.

Hafizh turut memohon maaf kepada pihak KBS sekiranya posting berkenaan telah menyebabkan salah faham dalam kalangan warganet. Dia turut mengharapkan agar orang ramai tidak tunding jari dan salahkan pihak KBS.

Isteri Pelmba MotoGP Malaysia Hafizh Syahrin Jadi Perhatian Media Luar Negara Kerana Cantik! Selepas mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dalam penampilan sulung perlumbaan MotorGP dunia Hafizh Syahrin mula jadi perhatian. Bukan saja di Malaysia tapi juga luar negara.

Menariknya perhatian itu bukan setakat kerana prestasi Hafizh Syahrin sebagai pelumba berpotensi tapi juga kerana memiliki isteri yang cantik. Kelibat Noor Suzana Abdul Manaf yang hadir di litar bagi memberi sokongan pada suami dengan penampilan berhijab menyebabkan dia menjadi tumpuan media terutama sekali Indonesia.

Tidak dinafikan Suzana ini memang cantik orangnya. Malah dia juga merupakan model muslimah di tanah air. Kagum dengan kecantikan isteri Hafizh ini, sejak beberapa minggu lalu banyak portal-portal di Indonesia berkongsi gambar dan gaya Suzana yang diambil dari instagramnya.

Malah Suzana juga disenaraikan oleh laman web Fox Sports Asia sebagai salah seorang daripada tujuh WAGs (Wife And Girlfriend) atlet atau ahli sukan yang paling cantik di Asia. Wow!

Memang cantik! Fakta Menarik Hafizh Syahrin, Pelumba MotoGP Negara. 1. Pada 21 Februari 2018, beliau muncul sebagai anak Malaysia pertama berlmba dalam kelas utama MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3. Selain itu, beliau juga merupakan pelumba Islam kedua yang berjaya melakukannya selepas Karel Abraham.

2. Digelar ‘Pescao 55’ dan ‘King Of Pocket Bikers’ kerana kehebatan aksinya di litar. 3. Antara sukan lain yang digemari Hafizh ialah futsal, bola padang, badminton, tenis, golf dan lmba basikal.

4. Sekiranya bukan seorang pelmba motosikal, beliau ingin menjadi pemain bola sepak profesional. 5. Telahpun mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2017, dengan Suzana Manaf yang juga seorang model muslimah.

6. Mengimbau sejarah awal kariernya, Hafizh seawal usia sembilan tahun telah dibawa bapanya, Abdullah Harun untuk menyertai perlmbaan pocketbike di pelbagai negeri di Malaysia.

7. Bapanya yang ketika itu hanya bekerja di bengkel motosikal yang diusahakan, mengakui berhadapan isu kekangan kewangan dalam merealisasikan harapan untuk melihat Hafizh membesar sebagai seorang pelmba bertaraf dunia.

8. Namun usaha itu semakin berbaloi apabila Hafizh menampakkan taringnya sebagai pelmba hebat sejak berusia 10 tahun, malah bergelar juara pocketbike aircol dan watercol. 9. Antara momen yang tidak dapat dilupakan apabila dua beranak ini yang kesempitan wang,

terpaksa menjadikan kereta sebagai tempat tidur, ketika bapanya membawa Hafizh ‘pusing’ satu Malaysia untuk menjayakan beberapa perlmbaan pocketbike. 10. Pada 2009, beliau memenangi perlmbaan kategori Novice (kini dikenali sebagai CP115) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas. Seterusnya di usia 16 tahun, Hafizh menjadi juara termuda kategori CP130.

Sumber: Detik Sports, Fox Sports Asia, Bangka Pos, instagram suzanamnf

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *