Tular perkongsian BCL ini membawa perasaan kurang senang pada warganet. Sekali sampai ada yang kaitkan dengan sesuatu ini pula.

Baru-baru ini, selebriti terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) memuat naik gambarnya menaiki bot di tengah lautan. Namun begitu, pakaiannya pula mencuri perhatian warganet apabila wanita berusia 38 tahun itu dilihat hanya mengenakan ‘bikini’ di atas bos tersebut.

Kongsi gambar berbikini

“The ocean is everything I want to be.. Beautiful, mysterious, wild and free..” tulisnya di ruangan kapsyen. Menurut kapsyen BCL, b4lu kepada allhyarh4m pelakon Ashraf Sinclair itu ingin menjadi seperti lautan yang dicirikan sebagai cantik, penuh misteri, liar dan bebas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terpukau melihat kecantikan bintang filem My Stupid Boss itu dan memuji empunya diri.

Cantiknya BCL

 

Pada masa yang sama, ada juga yang terkejut dan meluahkan rasa kurang senang di samping kasihan dengan suaminya, Ashraf Sinclair.

Almarhum menangis lihat ni

 

Kasihan arwah Ashraf Sinclair

 

Kalau tak mahu bertudung, pakailah pakaian sopan

 

Bunga berkahwin dengan Ashraf Sinclair, pada 8 November 2008. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak Noah Sinclair. Ashraf telah pergi buat selamanya pada 18 Febuari 2020 akibat sakit di bahagian jantung di Jakarta, Indonesia. Semakin rapat… foto BCL peluk Ariel NOAH dari belakang jadi bualan.

Hubungan penyanyi popular Ariel NOAH dan Bunga Citra Lestari (BCL) dikhabarkan semakin rapat. Kedua-duanya digosipkan menjalinkan hubungan istimewa, malah sekeping foto memperlihatkan BCL memeluk Ariel dari belakang mendapat perhatian warganet. Seperti dipetik Liputan6, kedua-dua selebriti ini kelihatan mesra dan BCL dilihat begitu selesa bersandar di bahu vokalis kumpulan NOAH itu.

Keakraban hubungan mereka sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, kedua-dua artis ini juga sering terlibat dalam projek yang sama. Malah, foto yang tersebar itu juga dikatakan salah satu adegan video muzik Mencari Cinta. Foto yang dimuat naik sebuah akaun Instagram @r_cutha2 itu menerima pelbagai reaksi warganet. Rata-rata peminat mereka sudah tidak sabar menanti kolaborasi terbaharu kedua pasangan itu.

Ariel sempat ‘jatuh cinta’ dengan BCL

ANTARA babak dalam muzik video lagu Mencari Cinta. Penyanyi Ariel Noah yang bergandingan dengan Bunga Citra Lestari atau BCL menerusi lagu Mencari Cinta mengakui sempat ‘jatuh cinta’ ketika menjalani penggambaran muzik video lagu itu.

Ketika itu memang ada babak dia dipeluk BCL.

Perkara ini terbongkar apabila Ariel yang juga penyanyi kumpulan Noah menjadi tetamu program The Sultan SCTV, baru-baru ini. Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham menceritakan pengalaman sebagai penyanyi yang beberapa kali berduet dengan penyanyi wanita cantik kepada hos program ini, Andre Taulany dan Raffi Ahmad. Awalnya, Raffi bertanyakan Ariel berkenaan hubungan dengan BCL yang terlalu akrab seperti bercinta dan bukan seperti sahabat.

“Jujur Ariel saat adegan video klip ini, sempat merasa gugup atau terbawa perasaan?” tanya Raffi. “Ini jawapannya cuma gugup serta perasaan berlebihan,” jawab Ariel amat berhati-hati.

Bagaimanapun, Ariel berkata, dia amat profesional ketika bekerja walaupun sempat terbawa perasaan. Jawapan ini sekali gus membuat Raffi dan seisi studio tertawa. Ariel berkata, dia dan BCL masih dalam proses penghasilan muzik video untuk single terbarunya.

Sumber OMM/Hmetro

Dah buat baik pun masih ada yang pertikaikan. Anju nekad nak bantu keluarga yang tak mampu. Tapi benda ni pula yang jadi buah mulut warganet.

Buat baik kena pertikai, tak bantu pun kena persoal. Niat baik pelakon Zarina Anjoulie nampaknya telah dipersoalkan oleh sesetengah warganet yang bagaikan tidak setuju dengan apa yang dilakukan olehnya itu.

Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju itu telah membantu beberapa keluarga yang kurang berkemampuan semasa tempoh total lockdown yang dilaksanakan bermula pada 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Posting yang dikongsikan oleh Anju itu menunjukkan bahawa beliau berkunjung ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan bersama dengan individu yang tidak bernasib baik tersebut.

Ada sesetengah yang mempersoalkan mengapa Anju tidak memberi wang kepada mereka berbanding berjumpa secara fizikal.

Namun tidak dinafikan di dalam foto yang dikongsikan itu turut menunjukkan tiada penjarakan sosial antara Anju dan individu berkenaan. Dalam masa yang sama, Anju turut tidak memakai pelitup muka sewaktu mengambil foto.

Apa pun, semoga niat murni Anju itu dapat menjadi inspirasi kepada kita semua untuk membantu sesiapa yang tidak berkemampuan sepanjang tempoh lo.ckdown ini. Ingat guys, tempoh lockdown ini bukan lah satu perkara yang perlu kita raikan, jadi pastikan anda sentiasa menjaga SOP dan hanya keluar rumah bila perlu sahaja ya!

Sumber foto: Instagram Zarina Anjoulie

‘Aku tak lapar jntanlah’- Zarina Anjoulie

“Aku tak lapar jantan, aku gembira dengan hidup aku dengan keluarga aku,” kata pelakon sensasi Zarina Anjoulie, 34, mengenai tindakan beberapa remaja lelaki yang mahu menjadikannya sebagai ‘sugar mummy’ selepas dia kembali bergelar ibu tunggal, baru-baru ini.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul menerusi Instagram Story mendakwa dia menerima mesej peribadi (DM) daripada beberapa remaja yang menyatakan hasrat mereka itu. “Ada beberapa budak muda mesej Instagram saya dengan harapan nak saya jadi ‘sugar mummy’? ‘Like seriously’?” katanya.

Menurutnya, mereka memberikannya gambar dan memaklumkan mahu mengenali serta ‘menggtal’ dengannya. “Mana ibu bapa awak? Suruh mereka tanggung awak dulu ya. Saya bukan emak awak dan awak bukan anak saya untuk saya tanggung.

“Saya tak faham dengan budak-budak zaman sekarang yang malas nak kerja dan selalu cari jalan mudah untuk hidup senang,” katanya. Sebagai wanita yang sudah melalui dua episod perkahwinan, Zarina yang bakal membintangi filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi mengakui tidak terdesak dalam hidupnya.

“Hanya tiga lelaki dalam hidup saya berhak mendapat duit saya iaitu ayah, adik dan anak saya. Itu sahaja,” katanya. Baru-baru ini, Zarina berpisah dengan Eilyas Azhar yang dikahwini pada 17 Julai tahun lalu. Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Brunei pada 2015, namun bercer4i pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sumber:IG Zarina dan Firdaus Shakirin

Dikatakan Pakaian Makin Jadi Perhatian Warganet Lepas Dah Bergelar Janda Ni. Sekali Zarina Anjoulie Tampil Jawab Dakwaan Tersebut Buat Warganet Terkedu.

Mungkin diasak dengan pelbagai komen kurang manis, Zarina ataupun Anju tampil menyangkal dakwaan tersebut selain mengkritik pihak yang mengatakan semakin menjolok mata selepas bergelar janda. “Itu pun orang tak senang eh, bagi la Anju happy sikit, daripada terkinja-kinja mesej suami orang. Hidup kita ni masing-masing lah, kalau dah lepas pisah apa salahnya Anju nak happy-happy sikit.”

Jelas wanita itu lagi, tidak semestinya dia perlu meratapi nasib dan terus hidup miskin setelah kembali hidup sendiri. “Anju nak guna masa ni untuk cari duit, senangkan keluarga dan anak. Anju tak mahu jadi janda miskin lepas tu terkinja-kinja mesej suami orang.”

Anju juga bersyukur dengan peluang yang mengetuk pintu rezekinya apabila dia berkongsi bakal membintangi sebuah filem tak lama lagi selain dilantik sebagai duta produk. “Tuhan tu maha adil, semua tu rezeki yang tiba-tiba je muncul. Alhamdulillah.” Yang penting, Anju puas hati dengan kehidupannya. Betul tak?

sumber : gempak

Lepas Zarina Anjoulie Sahkan Dah Berpisah Dengan Suami. Sekali Azza Elite Selamba Je Boleh Komen Sesuatu Buat Ramai Tak Sangka.

” Ya, benar saya telah berpisah. Saya tiada niat pun hendak kecoh.” Itu pengakuan pelakon kntroversi Zarina Anjoulie yang tiba-tiba mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya, Eilyas Azhar, hari ini yang hangat diperkatakan ramai.

Siapa sangka, Zarina dan suami hanya bertahan selama enam bulan melayari bahtera rumahtngga. Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, rumah tangga yang dibina pada 17 Julai tahun lalu itu berakhir kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

” Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara buruk pun yang berlaku, cuma saya rasa kami sudah tidak lagi sehaluan. ”Jadi, saya rasa itu (berpisah) adalah pilihan terbaik. Terima kasih pada sesiapa yang menghubungi saya tentang hal ini. Saya rasa sangat terharu,” katanya dalam video tersebut.

Anju bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut tentang tarikh dan punca berlakunya perpisahan tersebut. Ujar pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu lagi, perpisahan merupakan keputusan terbaik untuk mereka. Kini, dia mahu lebih fokus terhadap keluarganya.

“Sekarang saya akan fokus terhadap kerja, keluarga dan anak saya. ” Sudah bertahun-tahun saya duduk seorang (ibu tunggal). Selepas ini saya akan gunakan masa yang ada untuk bersama keluarga,” katanya. Terdahulu Anju mencetuskan tanda tanya ramai apabila memberi bayangan tentang status perkahwinan dengan bekas suaminya selepas memuat naik satu hantaran menyatakan rasa syukur dan mengumumkan dirinya telah berpisah dengan lelaki tersebut.

Reaksi warganet dan rakan artis termasuk Azza Elite

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat kepadanya meskipun berasa kecewa dengan perpisahan itu. Ini kerana ramai yang suka melihat hubungan Zarina dengan suaminya serta merasakan mereka pasangan yang saling melengkapi.

Selain warganet, rakan artis turut tinggalkan komen memberikan sokongan kepada Zarina, antaranya adalah penyanyi Azza Elite. ” Always untuk anjoue..” tulis Azza Elite. Reaksi Azza itu bagaimapun mendapat respon balas dari warganet lain yang seakan memperkecilkan sokongan Azza terhadap Zarina.

Ia mendorong Azza memberikan penjelasannya. ” Alhamdulillah Allah tau dik . Akak maafkan kamu. Aku tulis sebab Anjoue ni banyak tolong Aku .. takpe lah mungkin ko tak kenal aku .. tak mahu gado pun dengan ko . Tak dapat apa. So moh le kita asar.. Ayuh,” balas Azza.

Terdahulu, Zarina yang juga merupakan pelakon Anak Pontianak itu mengesahkan perpisahan tersebut menerusi sebuah hantaran video dalam Instagramnya selepas menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung status ‘berpisah’ yang dikongsikannya pagi tadi.

Sebelum ini, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi berpisah pada Disember 2016. Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

Sumber:k0smo dan IG Zarina via Asiakini

Perkahwinan Hanya Tahan Selama 6 Bulan Je. Lepas Jadi Perbualan Hangat Warganet Akhirnya Zarina Anjoulie Tampil Bongkarkan Punca Sebenar Dia Berpisah Dengan Suami.

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir. Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas. “Alhamdulillah, yay aku dah pisah. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,” tulis Zarina.

Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka. Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

ANJU TAMPIL JELASKAN SEBAB KENAPA DIA BERPISAH

Zarina Anjoulie telah memuat naik 1 video di laman instagram beliau untuk menjelaskan sebab kenapa dia telah berpisah dengan suami. Menurut Zarina, sebab utama adalah kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi. Apa yang terjadi adalah persetujuan antara Zarina dan suami.

“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa2 yg buruk jadi pun it’s just what’s best for me” – Zarina Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!