Rata rata memuji sikap Harris Alif dan Intan Ladyana kerana menjaga sesuatu ini. Sekali ucapan Harris ini menarik perhatian warganet.

“Cemburunya tengok si dia! Suami bagi bunga, gambar di media sosial semuanya romantik, tak macam suami aku nak pegang tangan pun susah depan orang”. Menunjuk-nunjuk bagaikan sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat, baik daripada segi kekayaan harta benda mahupun kebahagian.

Sudah menjadi lumrah, apabila sedang diulit kebahagian sahaja memang rasa seperti ingin berkongsi kepada satu dunia, mana tidaknya rasa gembira itu tidak cukup kalau hanya dirasai seorang diri. Tambahan pula, media sosial merupakan sebuah alat untuk berkongsi, baik dari sudut kebahagiaan, tips, ilmu dan sebagainya.

Tidak menjadi titik tolak bahawa melihat ramai pengguna media sosial yang berkongsi apa jua informasi yang bermafaat, namun tidak kurang juga ada yang tanpa segan silu mempamerkan sesuatu yang tidak wajar dikongsikan iaitu hubungan kemesraan sesama pasangan baik yang sudah berkahwin mahupun belum.

Hubungan perkahwinan merupakan sesuatu yang halal dan perlu diraikan sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita pada hari ini terlalu menonjolkan kemesraan sehingga pada tahap yang tidak sepatutnya dan menimbulkan reaksi yang kurang senang kepada semua pengguna media sosial.

Hal yang demikian seharusnya hubungan cinta adalah suatu perasaan eksklusif yang wujud pada setiap pasangan sahaja kerana ia hanya ada pada dua jiwa yang asing pada mulanya dan kemudian secara peribadi menitip tanda-tanda cinta bersama tanpa perlu mengundang kepada “penyakit ain” jika individu yang melihatnya menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.

Sebagai contoh, pasangan selebriti Harris Alif dan Intan Ladyana ini merupakan suami-isteri yang begitu matang dan sentiasa menjaga privasi dalam mempamerkan perhubungan mereka kepada umum. Memuat naik gambar di laman Instagram, Harris menitipkan ucapan ringkas namun penuh makna buat isteri tersayang sempena menyambut Hari Lahir Intan Ladyana.

Meskipun perbezaan umur yang begitu ketara di antara pasangan ini, Harris dikatakan sangat matang dan tidak berlebihan dalam apa jua yang dilakukan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menitipkan ucapan buat Intan sekali gus mendoakan agar pasangan bahagia ini dikurniakan zuriat yang baik.

Benar, tidak salah untuk berkongsi jika hanya sekadar ingin mengabadikan gambar-gambar sebagai memori menerusi media sosial.

Namun perlu juga diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak diri daripada mangsa penyakit ain atau ‘pembawa’ kepada penyakit berkenaan. Apa-apa pun selamat ulang tahun Intan! Semoga bahagia selalu bersama insan tercinta.

Sumber: Instagram Harris Alif

 

Teruk keluarga mertua dilanda kontroversi. Lama menyepi tiba tiba Pu Riz luahkan sesuatu di laman ig buat ramai yang tertanya tanya.

“Kita yang pilih jalan hidup kita, so kena tabah okay  in sha Allah semua baik-baik saje” Bukan mudah untuk memperisterikan seorang wanita yang merupakan selebriti terkenal tanah air negara.

Sudah menjadi asam garam bagi sesebuah perkahwinan jika diuji dalam apa jua bentuk halangan yang melanda dalam mengecapi kebahagian berumah tangga. Jika terdahulu bermacam-macam ujian yang dilalui oleh selebriti yang sering meraih kontroversi,

Neelofa dan PU Haris ini sebelum diikat menjadi pasangan sehati sejiwa dalam satu ikatan perkahwinan yang sah. Kali ini lain pula onak duri yang melanda bagi pasangan yang baharu berkahwin ini. Memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya, PU Riz berkongsi gambar awan mendung seakan-akan menantikan sinaran cahaya selepas berhujan panas.

Perkongsian yang dimuat naik itu dikatakan menggambarkan kesedihan dirinya selain caption yang ditinggalkan berbaur pasrah dan bersandarkan pada “harapan”. Mengetahui bahawa pelbagai isu yang timbul bersilih-ganti ‘tanpa jemu’ dalam keluarga besar selebriti ini, rata-rata warganet mendakwa PU Riz pastinya berasa terbeban setelah terpaksa berulang-kali keluar masuk balai polis bagi menyelesaikan segala isu dan dakwaan yang dikaitkan dengan mereka ini

“Mesti penat kan ngadap deme-deme tu ” Meskipun, terdapat beberapa dakwaan dan sangkaan bahawa hubungan pasangan berkenaan itu sedang ‘bergelora’ setelah bermacam-macam dugaan yang harus dihadapi, PU Riz masih terlihat tenang dan tidak mudah melatah dalam mengeluarkan sebarang kenyaatan yang dibuat menerusi sosial media miliknya.

Mengetahui bahawa PU Riz jarang berkongsikan kisah keluarga di laman Instagram miliknya, rata-rata warganet memuji dan menasihati pendakwah bebas ini untuk terus kekal tabah dan sentiasa membimbang keluarganya sebelum membuat sebarang keputusan.