Tular kesesakan di depan pintu pagar utama JPJ Wangsa Maju yang rata rata tidak peduli soal SOP. Sekali rupanya ini yang mereka kejarkan.

“Tvlar Berlaku Keses4kan di Pintu Pagar Utama JPJ Wangsa Maju.” Ini yg Mereka Rebutkan
On June 3, 2021

Berebut ingin mendapat nombor giliran menyebabkan berlaku kesesakan di pintu pagar utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju di sini, kelmarin sehingga tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, video itu mula di Facebook (FB) semalam menunjukkan orang ramai berasak-asak. Menurutnya, dalam video itu kelihatan orang ramai mengerumuni pintu pagar hingga tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada Isnin lalu antara 1 tengah hari hingga 2 petang berpunca daripada orang ramai berebut untuk memasuki premis JPJ bagi urusan di kaunter JPJ yang mana hanya 50 nombor giliran sahaja dibuka pada sesi sebelah petang. Keadaan itu diburukkan lagi dengan kehadiran orang ramai untuk menjelaskan s4man yang tertunggak yang diberi diskaun sehingga 70 peratus oleh pihak JPJ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pada asalnya tarikh akhir diskaun adalah pada 11 Jun ini namun disebabkan PKP menyeluruh bermula semalam, orang ramai mengambil kesempatan untuk menyerbu kaunter pembayaran saman pada saat-saat akhir.

“Pihak Keselamatan JPJ Wangsa Maju menghubungi pihak polis untuk bantuan selepas keadaan tidak terkawal. Pasukan Pemantau IPD Wangsa Maju hadir di lokasi. Setelah melihat kehadiran pihak polis, orang ramai mula bersurai dari lokasi bagi mengelakkan mereka dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi SOP supaya penularan rantaian Covid-19 dapat diputuskan. “Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang dengan sengaja melanggar SOP dan tidak menjaga penjarakan fizikal boleh menyebabkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat dan tindakan kompaun boleh dikenakan,” katanya.

Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam merekodkan 792 individu ditahan berbanding 684 individu, kelmarin. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 781 dikompaun, 10 direm4n dan seorang lagi dijamin hasil pemantauan melibatkan 71,549 pemeriksaan oleh Task Force Operasi Pematuhan.

“Kesalahan tertinggi pada kali ini ialah gagal jarak fizikal dengan 180 kes diikuti tidak memakai pelitup muka (170 kes); gagal merekod butiran di premis (135); merentas kawasan dan makan di premis (102); tidak patuh arahan PKP (88); membawa penumpang berlebihan (88) dan lain-lain (29). Seramai 10 pendatang tanpa izin dan tujuh kenderaan darat turut disita semalam melalui Operasi Benteng selain sebanyak 173 buah bot atau kapal yang dicurigai turut dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui tujuh aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ismail Sabri, seramai 734 individu yang tiba di tanah air semalam dikuarantin wajib bersama sejumlah 9,577 individu lagi masih menjalani arahan itu, manakala 2,313 individu dibawa ke hospital selain 205,359 individu sudah dibenarkan balik ke rumah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 580 peruncit, 157 pemborong dan 31 pengilang dan melakukan sejumlah 1,590 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis terlibat didapati mematuhi peraturan.

Kredit:HMetro

Sumber : trending sgt

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nak keluar masa lockdown. Ketahuilah ini 14 perkara penting yang rakyat perlu tahu sebelum keluar rumah.

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantaian jangkitan covid-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak. “Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan. “Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendesak, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockd0wn’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu. 2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesakit bagi tujuan perubatan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu. 4. Pergerakan hanya dalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecemasan dan pemergian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis. 6. Urusan suntikan vaksin tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bncna Agensi Pengurusan Bncna Negara (Nadma). 10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan. 12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah. 13. Rancang dan atur masa

pergerakan masing-masing. 14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu berbangkit.

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Wanita Warga Emas Jangkiti Tujuh Individu Lain Lepas Lari Dari Pkpd. Nak Sambut Raya Punya Pasal Sampai Sanggup Lari.

Peningkatan kes Covid-19 di negara kita makin hari makin membimbangkan. Hari ini je, kita dah merekodkan kes positif harian tertinggi sebanyak 6,806 kes. Perkara ini berlaku dah tentunya disebabkan tindakan segelintir individu yang masih degil untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengawal penularan wabak ini.

Salah satunya seperti yang berlaku di Bachok, Kelantan di mana seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu telah bertindak untuk melarikan diri sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kampungnya.

Dikatakan, wanita yang berusia dalam lingkungan 60-an ini telah lari dari rumahnya untuk menetap dengan ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelatan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin tindakan wanita ini disedari selepas pihaknya gagal mengesan wanita tersebut walaupun namanya terdapat dalam senarai.

Kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat. “Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.”

Malangnya, keputusan ujian swab yang keluar pada hari raya kedua lalu menungjukkan wanita ini positif Coid-19 dan telah pun menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat. Zaini Hussin turut menambah yang wanita itu dipercayai keluar dari kampungnya selepas mendapat tahu PKPD akan dilaksanakan selain mahu menyambut Aidilfitri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Bekas Pesakit Covid 19 Alami Simptom Susulan Melebihi Hampir Empat Minggu. Terkejut Rupa Rupanya Ini Punca Sampai Ada Simptom Lama Macam Tu.

KUALA LUMPUR: Masyarakat ketika ini banyak didedahkan mengenai simptom jangkitan COVID-19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom susulan bagi pesakit yang sudah sembuh. Simptom susulan selepas sembuh COVID-19 atau dikenali sebagai ‘Long COVID’ ini juga merupakan salah satu perkara yang perlu penelitian kerana ia akan beri kesan kepada kesihatan seseorang individu sekiranya tidak menerima rawatan sewajarnya.

Bagi Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, adakalanya ia simptom yang sama seperti jangkitan COVID-19 ini boleh berpanjangan sehingga empat minggu selepas pulih. “Long COVID ataupun dikenali sebagai simptom COVID berpanjangan ini adakah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.

“Gejala ini adakala berpanjangan sehingga lebih empat minggu yang mana gejalanya lebih kurang sama dengan simptom jangkitan,” kata Dr Nurul Azmawati dalam temubual program AWANI Pagi pada Rabu. Jelas Dr Nurul, simtpom yang kerap dilaporkan adalah kelesuan dan keletihan termasuk batuk. “Simptomnya tidak terbatas kepada sistem pernafasan malah mengganggu sistem lain kesihatan mental yang boleh akibatkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur.”

Antara simptom lain adalah sakit otot dan sendi dan juga ganggu bahagian usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah,” katanya. Bagi Dr Nurul, mengetahui dengan lebih jelas mengenai simptom ini dapat memastikan individu dirawat dengan cepat supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan mereka. Pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting bagi setiap bekas pesakit COVID-19 supaya antibodi mereka bertahan lebih lama menentang wabak itu.

“Walaupun kajian menunjukkan seseorang bekas pesakit COVID-19 boleh bertahan terhadap virus selama enam bulan, namun pengambilan vaksin akan memanjangkan lagi dan tingkatkan imuniti badan mereka untuk cegah jangkitan dan kurangkan simptom kronik,” jelasnya. Pendedahan mengenai ‘Long COVID-19’ ini perlu disebarluaskan lagi supaya bekas pesakit dapat memantau perkembangan kesihatan mereka.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Kena Tahap 2 Tapi Dah Teruk Macam Ni. Wanita Ini Tampil Dedahkan Pengalaman Dijangkiti Covid 19. Terkejut Sampai Sakit Macam Ni Sekali Dia Kena.

“Covid-19 ni sakit weh. sakit paling teruk yang saya pernah alami seumur hidup. Setiap saat rasa macam saya akan pergi menghadap illahi, dan saya hanya stage 2. Jangan la buat main dengan virus ni”. Demikian tulis seorang pesakit covid-19 menerusi satu ciapannya di Twitter yang sehingga kini meraih 15,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Meera berkata, episod ngeri tersebut bermula selepas dia mengalami beberapa gejala penyakit covid-19 hampir dua minggu lalu. “Saya mula demam dan selsema yang teruk, sakit kepala teruk dan sakit-sakit badan.

Hilang deria bau dan rasa. Saya juga alami sesak nafas. Semuanya berlaku dalam tempoh 24 jam sahaja! “Memandangkan seorang anak buah saya diuji positif virus covid-19, jadi keluarga kami semua buat swab test dan saya seorang saja yang positif.

“Saya memang macam dah boleh agak yang saya mungkin positif covid-19. Jadi bila keputusan keluar, saya hanya bertenang… cuma risaukan anak sebab dia baru empat tahun, dan suami sebab tidur sekali,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Menurut Meera, dia masih lagi dirawat dan dikuarantin di sebuah hospital di Johor sejak 14 hari yang lalu dan masih dikategorikan sebagai pesakit covid-19 tahap 2. Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang dua minggu dirawat, Meera berkata dia tidak mungkin dapat melupakan kesakitan setiap kali prosedur pengambilan cairan merah.

“Setiap hari kena ambil arterial bld. Memang sakit sungguh sebab hari-hari kena ambil cairan merah, kena cuck macam-macam. Peringkat awal, keadaan saya teruk juga. Sesak nafas… setiap kali nak ambil nafas tu dada macam kena remuk.

“Saya juga muntah-muntah yang teruk… ada tahap sampai keluar ketulan cairan merah,” ujarnya. Menyaksikan keadaan pesakit lain yang lebih teruk di hadapan mata sendiri juga merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan oleh ibu kepada seorang anak ini.

“Ada satu kes wanita mengandung. Oksigen dah tak cukup sampai baby dalam perut dia tak bergerak dah. pesakit tersebut terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi dan dia ditidurkan untuk intubated.“Setakat ini tak ada lagi nampak pesakit pergi menghadap illahi di depan mata…

tapi ada masanya akan dengar jururawat kelam kabut bila ada kes pergi menghadap illahi. Saya risau dan terfikir, bimbang keadaan saya juga bila-bila masa boleh teruk,” ujarnya yang juga seorang pekerja di sektor swasta. Memaklumkan keadaan kesihatannya semakin pulih, Meera berkata dia bagaimanapun masih perlu dipantau dan sehingga kini masih tidak pasti bilakah dirinya akan dibenarkan keluar hospital.

“Memang akan rasa down dan rindu dengan keluarga. Tapi suami selalu video call, hantar gambar anak. Kurang la sikit rasa down bila tengok muka anak. Lebih bersemangat untuk lekas sembuh jadi boleh balik cepat. “Kepada mereka di luar sana, tolonglah jaga porsedur operasi standard (SOP). Pakai mask, kerap cuci tangan dan jagalah jarak. Jangan sesekali ambil mudah.

“covid-19 bukan demam biasa atau selesema biasa. sakit sangat-sangat dan ia memang real, bukan hoax (khabar angin) atau tipu. Saya sendiri dah melihat keadaan pesakit yang begitu teruk, sampai ditidurkan untuk masuk tiub. “Saya baru stage 2 dah sksa, apa lagi stage 3,4, 5? Minta jauh… jagalah diri dan keluarga masing-masing,” katanya lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Ketua Pengarah Operasi Pfizer Cadangkan Suntikan Vaksin Pfizer Mungkin Perlukan Dos Ketiga Untuk Menentang Covid 19.

Washinton: Suntikan dos ketiga vaksin C0VID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi. Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk menentang coronavirus juga mungkin diperlukan.

“Kami perlu melihat apa langkah seterusnya dan bila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan. “Senario yang ada sekarang menunjukkan kemungkinan dos ketiga diperlukan antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir.

Malah, vaksinasi bagi C0VID-19 juga mungkin perlu dilakukan setiap tahun kerana adalah penting untuk memastikan ramai orang tentang virus itu, katanya dalam temubual bersama CNBC. Saintis ketika ini masih belum pasti, sejauh mana vaksin C0VID-19 memberi ketahanan menetang coronavirus.

Pfizer pada awal bulan ini menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi daripada virus. Ia juga lebih 95 peratus berkesan mengatasi kompikasi teruk akibat C0VID-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun perlu dikaji lebih lanjut.

Sumber : cari.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/19/svntikan-vksin-pfizer-mungkin-

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Hampir 40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Lepas Lengkapkan Dua Dos Vaksin. Rupanya Ini Punca.

KUALA LUMPUR: Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVlD-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kees yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksln COVlD-19.

Manakala sembilan kes selebihnya dijangklti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti C0VID-19 selepas menerima dos pertama vaksin.

Namun kesemua mereka yang dijangklti tidak mempunyai simptom yang teruk. Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVlD-19. Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti. Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVlD-19.