Kerajaan umumkan lagi kawasan yang dikenakan PKPD. Ianya bakal berkuat kuasa bermula tarikh ini.

Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan lima lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masing-masing satu di Sarawak dan Pahang manakala tiga di Sabah berkuat kuasa 5 hingga 18 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Sarawak membabitkan Rumah Panjang Sigah anak Lak, Sungai Baoh Burak, Dalat, Mukah selepas berlaku peningkatan kes positif di lokaliti itu.

“Sebanyak 37 kes direkodkan hasil daripada 87 ujian saringan yang dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kadar positiviti 42.53 peratus. Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan harian hari ini.

Katanya, selain itu tiga PKPD di Sabah membabitkan Kampung Pengaraban, Kudat, empat lokaliti di Tawau dan Kampung Sugud, Penampang. “KKM melaporkan di Kampung Pengaraban, Kudat, sebanyak 24 ujian saringan dan daripada jumlah itu lapan kes positif direkodkan dengan kadar positiviti sebanyak 33.33 peratus.

“Manakala bagi empat lokaliti di Tawau membabitkan Taman Milenium, Taman Wawasan, Kawasan Semarak dan Kampung Jawa Kongsi 10,” katanya. Menurutnya, sehingga kini KKM merekodkan 96 kes positif iaitu 16 kes di Taman Milenium, Taman Wawasan (13), Kawasan Semarak (55) dan Kampung Jawa Kongsi 10 (12).

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di empat lokaliti seperti dinyatakan berkuat kuasa 5 hingga 18 Jun. Selain itu, PKPD di Kampung Sugud, Penampang selepas 29 ujian saringan didapati 12 daripadanya disahkan positif virus itu,” katanya.

Ismail Sabri berkata, selain itu PKPD di Ladang Chin Teck, Muadzam Shah, Rompin, Pahang menunjukkan peningkatan kes mendadak dalam masa seminggu iaitu 12 kes positif dikesan hasil daripada 223 ujian disaring.

“SOP (prosedur operasi standard) bagi ke semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya. Katanya, kerajaan juga melanjutkan dua PKPD iaitu di Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan dan 15 mukim di Besut, Terengganu berkuat kuasa 5 hingga 18 Jun ini.

“KKM mendapati masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk serta terdapat juga kes baru direkodkan di lokaliti berkenaan,” katanya Sementara itu, beliau turut mengesahkan penamatan tujuh PKPD iaitu Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Besut, Terengganu; Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang; Kampung Indani, Semporna, Sabah dan Kampung Pisang, Tawau, Sabah berkuat kuasa esok.

“Selain itu penamatan PKPD di enam mukim di Perak iaitu Pengkalan Hulu, Taiping, Hulu Kinta (Lahat, Chemor, Ipoh dan Tanjung Rambutan), Hulu Bernam Timur, Bagan Serai dan Parit Buntar.

“Penamatan PKPD turut membabitkan Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan dan Kampung Boyan, Kuching, Sarawak,” katanya. Dalam perkembangan Pasukan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan, beliau mengesahkan 987 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, semalam. Daripada jumlah itu, seramai 939 individu dikompaun, 47 direm4n manakala seorang lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan tidak memakai pelitup muka (218), rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta makan di premis (196), gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (135), membawa penumpang berlebihan (127), tiada penjarakan fizikal (125), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (68),aktiviti pusat hiburan (35) serta premis gagal patuhi arahan (12),” katanya.

Sumber : Harian metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Tindakan Warga Emas Yang Lari Dari Kawasan PKPD Ini. Ianya Melarat Sampai Jadi Sesuatu Ini.

Tindakan seorang warga emas dari Mukim Bunut Susu melarikan diri menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terhadap kampung itu, untuk meraikan Aidilfitri, menyebabkan tujuh saudara-maranya di Tumpat, mendapat jangkitan COVID-19.

Warga emas berusia 60-an itu dikatakan lari ke rumah ahli keluarganya yang terletak di Pulau Beluru, Tumpat. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata warga emas itu disahkan positif COVID-19 pada hari raya kedua.

“Sebaik kita mendapati warga emas berkenaan tiada dalam kampung terbabit sedangkan namanya berada dalam senarai, kita mendapat maklumat wanita berkenaan lari ke rumah saudaranya di Tumpat. Pejabat Daerah Kesihatan Tumpat kemudian diarah mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab. Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun depan. Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat. Dr Zaini berkata, disebabkan warga emas berkenaan, wabak berkenaan sudah menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat.

“Kita mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendengar kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD, selain mahu menyambut Aidilfitri. Setakat ini, kita masih mengesan kontak rapat warga emas berkenaan untuk dilakukan ujian swab,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jurusolek Ini Terharu Dengan Sikap Peniaga Buah Warga Emas Ini. Sehinggakan Tak Kisah Walaupun Beratur Lama Dan Ini Rupanya Peniaga Itu Lakukan.

Video memaparkan peniaga berkopiah ini meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja seorang peniaga buah warga emas di Pengkalan Kubur, Kelantan menjadi tular di media sosial.

Semuanya gara-gara perkongsian yang dibuat oleh seorang jurusolek, Efa Farihah, 30, menerusi aplikasi TikTok. Menurut wanita dari Pasir Mas itu, dia berkunjung ke gerai warga emas itu yang terletak berhampiran Masjid Pengkalan Kubur selepas mendapat tahu mengenainya daripada seorang rakan, baru-baru ini.

“Saya kali pertama pergi ke gerai pakcik tu. Mula-mula saya tengok kawan yang pergi beli dengannya, dia kongsi di status WhatsApp. Jadi saya dari Pasir Mas, sanggup lalui perjalanan 30 minit untuk ke Pengkalan Kubur semata-mata nak beli buah dengan pakcik tu. Semasa beratur, saya dapat idea secara spontan untuk rakam video dia sedang berniaga,” ujarnya.

Menurut wanita yang mesra disapa Efa itu, ada dua perkara yang membuatkan hatinya tersentuh sewaktu berhadapan dengan warga emas itu. Ujarnya lagi, sikap peniaga itu juga membuatkan dia berasa tidak kisah untuk beratur dalam cuaca panas untuk membeli aneka buah berkenaan.

Kata Efa, dia cukup kagum dengan sikap yang dipamerkan peniaga itu.

“Saya sangat tertarik dengan cara pakcik tu berniaga. Setiap kali dia nak buat sesuatu, ia akan dimulakan dengan kalimah Bismillah. Saya boleh dengar dengan jelas. Kemudiannya, dia akan minta maaf kepada setiap pelanggan yang beratur kerana mereka terpaksa menunggu sebelum dilayan. Walaupun tunggu dalam cuaca panas, tapi saya rasa berbaloi. Kita tak rasa apa-apapun,” ujarnya lagi.

Menurut Efa yang sudah enam tahun berkecimpung sebagai jurusolek, harga yang ditawarkan oleh peniaga itu cukup berpatutan. Bukan itu sahaja, buah yang diberi juga cukup segar dan rangup, ditambah pula dengan kuah pencicah atau ‘colek’ yang cukup menyelerakan.

Saya rasa terharu, murah rezeki pakcik tu. Harapnya dia diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.

“Memang berbaloi walaupun harga RM5 sahaja. Masa tu saya beli tiga jenis buah. Colek yang diberikan memang sedap. Tak pedas, tak manis… sesedap rasa. Waktu dia potong buah pun nampak tangkas. Saya jadi kagum,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Efa berkata dia dihujani pertanyaan warganet mengenai lokasi sebenar gerai peniaga itu.

Paparan skrin posting tular itu.

“Saya memang terkejut, tak sangka ia jadi viral. Saya suka-suka rakam video dia. Ramai yang komen tanya lokasi. Ada juga penduduk Kelantan yang merantau tinggalkan komen, mereka kata rindu nak balik kampung selepas tengok video tu. Mereka juga nak cuba buah yang dijual pakcik tu apabila balik ke Kelantan nanti. Saya rasa terharu, murah rezeki pakcik tu. Harapnya dia diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah saya akan repeat lagi,” ujarnya. Sehingga kini, video dikongsi Efa meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.