Hanya disebabkan ini kini pergerakan keluar masuk di dua daerah ini akan diperketatkan lagi. Tak sangka sampai sebanyak ini kes positif.

Pergerakan keluar masuk di daerah Tawau dan Kalabakan akan diperketatkan lagi disebabkan situasi penularan wabak Covid-19 di kedua-dua daerah yang masih pada tahap merisaukan orang ramai. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, dalam kenyataan medianya malam tadi berkata, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan ditambah bagi mengawal pergerakan orang ramai di kedua-dua daerah.

“Anggota penguat kuasa tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di negeri ini,” katanya.

Tawau mencatat 46 kes baharu Covid-19 semalam, manakala Kalabakan mencatat lima kes baharu, namun masih ada kebimbangan jumlah kes meningkat memandangkan kedua-duanya dalam zon merah.

Kelmarin, Tawau mencatat 90 kes Covid-19, manakala 12 kes di Kalabakan, selain mencatat lebih 20 kes baharu sejak beberapa hari lalu menjadikan daerah berkenaan sebagai antara penyumbang tertinggi kes baharu Covid-19 di Sabah.

Dalam pada itu, Masidi berkata kerajaan negeri bersetuju untuk memperluas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kunak yang membabitkan 15 lokaliti baharu dalam Mukim Pekan, berbanding tujuh lokaliti sedia ada sebelum ini.

Lokaliti baharu terbabit katanya ialah Bajau Laut – Palauh, Kampung Cina, Kampung Selamat, Kunak Jaya, Singgah Mata, Kunak Kecil, Bagiang, Kampung Jaya Baru, Kampung Datuk Haji Zainal Gunong, Kampung JKR Lama, Kampung Haji Mohd Noor, Pangkalan Lama, Pangkalan Laut, Kampung Sungai Atas dan Pekan Kunak.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes yang amat ketara dalam masa yang singkat dengan sebanyak 173 kes aktif dikesan di lokaliti terbabit dengan kadar positif 64 peratus. “Ini bermakna, pelaksanaan PKPD yang sedang dikuatkuasakan di Kampung Kunak Tiga, Kampung Kabog, Kampung Kabog Baru, Kampung Kunak Darat, Kampung Getah, Kampung Getah Tengah dan Taman Kunak Kaya akan terbatal dan mengikut tarikh baharu iaitu bermula pada 4 Jun sehingga 17 Jun ini,” katanya.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata sebanyak 60 kompaun dikeluarkan di Sabah atas pelbagai kesalahan tidak mengikuti  SOP PKP di seluruh negeri, semalam.

Pada masa sama, katanya sebanyak 267 kenderaan diarah berpatah balik daripada 43,588 kenderaan yang diperiksa di 100 SJR yang dilaksanakan di seluruh negeri, semalam. Secara keseluruhan, Sabah mencatat sebanyak 254 kes baharu Covid-19 semalam, dengan dua kehilangan, masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Kinabatanga.

Buat hal betul pesakit covid 19 di Maeps. Sampai ada yang dah dapat kebenaran balik tapi tak mahu balik.

PANAS, aircond terlampau sejuk, bersesak-sesak – ini antara luahan negatif yang seringkali dikongsikan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin dalam negara. Namun Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, mempunyai sisi yang berbeza untuk dikongsikan.

“Makan sedap, tak nak balik! Hari-hari menu kayangan, ” tulisnya di video TikTok lengkap dengan #makansedap dan #nursecantik sebelum posting itu menjadi tular. Nazirul yang menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan

Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang turut berkongsi video yang memaparkan antara lain, suasana dewan yang menjadi tempat tidur pesakit, barisan panjang untuk ke bilik mandi dan kemeriahan setiap kali waktu makan.

“Dekat sini kita dapat kawan baru, dan yang paling saya tak sangka makanan dekat sini semua sedap-sedap. “Contoh dua tiga hari ni kita makan nasi tomato sedap sangat, lauk macam-macam, ada ikan tongkol, ayam masak merah, ikan goreng, memang berselera dekat sini.

“Tepi katil kita ada meja panjang jadi bila waktu makan, kami akan makan beramai-ramai, memang seronoklah, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Antara makanan yang dihidangkan di Pusat Kuarantin Maeps. Tambah Nazirul pesakit yang beragama Islam juga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap hari.

Pesakit covid-19 yang beragama islam berpeluang bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Dengan adanya rakan-rakan pesakit yang peramah serta prihatin secara tidak langsung membantunya melawan penyakit yang setakat ini telah mengrbnkan hampir 3,000 nywa di Malaysia.

Nazirul (kiri sekali) bersama rakan-rakan yang barunya di Pusat Kuarantin Maeps

“Semuanya bergantung kepada individu, kalau sebelum datang sini kita dah letak mindset negatif kita akan sakit, maka automatik kita akan sakit, sama juga kalau kita rasa kita akan tak gembira, kita pun jadi tak nak bergaul dengan orang.

“Saya Alhamdulillah, walaupun ada simptom tapi tak teruk, memang masuk tu ada demam, sakit tekak tapi bila ada kawan-kawan sekeliling sedikit sebanyak lupa rasa sakit tu, ” katanya yang berkerja sebagai ‘content creator’.

Dia turut memuji pihak barisan hadapan yang dilihat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan penuh komited. “Mereka komited untuk bantu pesakit dari saat pesakit sampai sehingga pulang.

Saya sendiri agak risau sebab saya dibawa oleh ambulans dari Sabak Bernam, jadi apabila saya dijangka dibenarkan untuk pulang, saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan pengangkutan pulang.

“Ramai yang balik menggunakan Grab, bila saya tengok tambang dari sini ke Sabak Bernam RM250 dan itu satu angka yang sangat besar bagi saya.“Saya maklumkan kepada perawat di sini dan saya dijangka akan dihantar pulang ke rumah dengan ambulans, “ katanya yang dibenarkan keluar dari pusat kuarantin pada hari ini (Rabu).

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Sungai Buloh Kini Giliran Hospital Selayang Pulak Terpaksa Sediakan Kontena Untuk Orang Yang Pergi Menghadap Illahi Gara Gara Positif Covid 19.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada hari ini berada pada tahap membimbangkan apabila mencatatkan bilangan yang hampir mencecah 8,000 kes sehari. Kenyataan tersebut terbukti apabila Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi mengenai sebuah lagi hospital yang terpaksa menyediakan kontena khas untuk menampung jnzh pesakit Covid-19.

Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas untuk menyimpan jnzh yang pergi menghadap illahi akibat COVID-19. KKM menerusi laman sosial rasmi mereka memberitahu kontena terpaksa disediakan selepas peti untuk menyimpan di Hospital Selayang tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kes pemergian yang semakin meningkat.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Fornsik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 orang yang telah pergi menghadap illahi tambahan memandangkan peti di hospital itu sentiasa penuh,” jelas KKM. Pertengahan Mei lalu, peningkatan kes COVID-19 yang semakin membebankan sistem kesihatan negara menyebabkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan orang yang telah pergi menghadap illahi yang akibat COVID-19.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes Covid 19 Di Selangor Paling Tinggi. Terkini Kerajaan Selangor Setuju Untuk Buka Pusat Pemberian Vaksin Besar Besaran. Rupanya Ini Tarikh Ppv Mula Dibuka.

Disebabkan kes yang terlampau tinggi di Selangor sejak akhir-akhir ni, kerajaan negeri Selangor setuju untuk buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara besar-besaran di sekitar negeri tersebut. Perkara ini telah dibincangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin di PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad.

Usaha ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan kadar vaksinasi di negeri tersebut. Selain itu, PPV ini akan dibuka bermula minggu kedua bulan Jun ini. “Hasil perbincangan turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara kerajaan Selangor dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok,” menerusi satu kenyataan bersama menurut Sinar Harian.

Melalui perkembangan lain pula, Amirudin dan Khairy turut ada berbincang berkenaan isu pendaftaran vaksin AstraZeneca yang agak kecoh tempoh hari. Ujar mereka lagi, bagi individu yang terkesan dengan perubahan janji temu mahupun tidak bersetuju dengan vaksinasi AstraZeneca tersebut akan diberi janji temu yang baru.

Tambahnya, kerajaan negeri memaklumkan bahawa akan melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang mendaftar di bawah Program Outreach Imunisasi Covid-19 (Imunisel) iaitu bagi golongan tanpa akses digital atau mendaftar vaksin secara offline.

“Namun begitu, tempahan slot vaksin AstraZeneca menerusi Imunisel dibuat secara sukarela atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin tersebut. “Jadi, terdapat beberapa individu yang menerima temu janji vaksinasi selain AstraZeneca terlebih dahulu, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan mereka.

“Bagi menyelesaikan isu ini, pihak Imunisel bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca,” Selain itu juga, di aplikasi MySejahtera akan ada satu ciri tambahan dibangunkan dalam masa terdekat.

Hal ini bagi membolehkan individu menerima janji temu baharu bagi menggantikan janji temu terdahulu, serta boleh bagi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera. “Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah seperti yang didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini,” katanya. Sama-sama kita doa supaya usaha ini dipermudahkan, serta kes jangkitan Covid 19 ini berkurang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.