Lama menyepi Marsha akhirnya dedahkan dirinya positif covid 19. Rupanya ini alasan dia rahsiakan dirinya positif covid 19.

Tampil untuk menghentikan spekulasi ke atas dirinya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh telah disahkan menghidapi covid-19 pada awal Mei baru ini. Marsha yang disahkan positif mula mendapatkan rawatan insentif di hospital Ja’afar, Seremban sebelum dipindahkan ke hospital Pantai, Bangsar.

Ekoran situasi tersebut Marsha memberitahu dia terpaksa merahsiakan hal yang sebenar disebabkan oleh nasihat daripada doktor mengenai keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.

Ini Rupanya Kenapa Marsha Cuba Rahsiakan

Dipetik dari Berita Harian, Marsha memberitahu keadaan fizikal dan mentalnya menjadi sangat lemah selepas mengetahui keadaan yang sebenar. “Selepas disahkan positif, doktor menasihatkan saya untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana pada masa itu keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah.

“Atas nasihat doktor, saya ambil keputusan hanya berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan rapat sahaja sepanjang menjalani rawatan. Ini kerana saya ingin menjalani rawatan dengan lebih tenang dan sempurna. Saya berdoa agar diberi kesembuhan segera,”katanya kepada BH Online.

Pelakon ini juga berkongsi mengenai keadaan emosinya yang tidak stabil dan terjejas dengan teruk serta bimbang dengan keadaan yang dihadapinya.

Kongsi Pengalaman Sebagai Salah Seorang pes4kit c0v1d-19

Melihatkan keadaan yang semakin pulih dan sedang menjalani proses kuarantin, Marsha mengatakan dia sangat bersyukur dan lega apabila keputusan ujian calitan suaminya negatif.

Pada masa yang sama, dia juga turut meluahkan rasa sedih apabila bapa mentuanya menjadi salah satu krbn covid-19 pada baru-baru ini.

Apabila bertanyakan mengenai pengalamannya, Marsha berkongsi pada awalnya dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas, hilang deria bau dan rasa pada bahagian mulut, serta sakit kepala.

Pelakon kepada drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menyeru agar setiap rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika berada di luar rumah.

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *