Ada keluarga yang minta pampasan sampai 1.8 juta. Tak boleh berdiam akhirnya Ceo prasarana mula bersuara tentang tuntutan yang diminta.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan ia sudah menerima notis tuntutan daripada peguam yang mewakili Wong Chee Foong, seorang daripada penumpang yang terkesan akibat kejadian tren sistem transit aliran ringan (LRT), awal minggu lalu.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Norlia Noah berkata, Prasarana menerima notis itu hari ini dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik Prasarana untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.

“Kebajikan penumpang kami terus menjadi keutamaan. Prasarana dari semenjak mengetahui kejadian itu mengambil langkah segera untuk sama ada menghubungi penumpang terbabit atau ahli keluarga mereka.

“Kami memahami En Wong kini masih menjalani rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur. Sumbangan ihsan kepada beliau akan disampaikan sebaik sahaja keadaan sesuai untuk berbuat demikian.

Kami memberi jaminan perbelanjaan perubatan untuk operasi dan rawatan lain di Hospital Kuala Lumpur akan ditanggung sepenuhnya oleh Prasarana dan kami mendoakan supaya En Wong segera sembuh,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dilaporkan keluarga lelaki itu menghantar notis tuntutan kepada Prasarana, meminta pengendali perkhidmatan rel itu membayar RM1.8 juta pampasan dan ganti rugi kecuaian di atas kelukaan yang dialaminya.

Tuntutan berkenaan merangkumi perbelanjaan bagi perubatan, kelukaan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan am atas kecuaian yang berlaku.

Norlia juga berkata, Prasaran sudah mula melakukan pembayaran sumbangan ihsan seperti yang diumumkan semasa sidang akhbar pada 25 Mei lalu. “Ini merupakan sumbangan ihsan sekali bayar kepada semua 213 penumpang terbabit dan akan dibayar sebaik sahaja butiran penumpang diperoleh dan disahkan.

Setakat ini 31 penumpang sudah tampil untuk menerima bantuan itu,” kata beliau. Tambahan pula, syarikat itu juga sudah menghulurkan sumbangan ihsan dalam bentuk bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan dan rawatan susulan selain daripada menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua penumpang yang terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian 8.33 malam, 24 Mei itu, sebuah tren yang tidak membawa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.

Pada keesokan harinya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata siasatan awal mendapati kejadian itu antaranya disebabkan kecuaian pemandu salah sebuah tren itu

yang memandu di arah yang salah. Prasarana sebelum itu mengumumkan bahawa ia akan menyediakan bantuan khas RM1,000 dan bantuan lain kepada semua yang terlibat dengan kejadian itu.

Sumber : sportdailynews

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Tren LRT Tersebut Berjaya Dibawa Keluar Lebih Awal Dari Tarikh Yang Sepatutnya. Rupanya Ini Yang Team Terpaksa Lakukan.

Perkembangan terbaru mengenai tren LRT yang terlibat dalam kejadian pada Isnin lalu menyaksikan kedua-dua tren tersebut telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan. Menerusi kiriman di Facebook Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, beliau memaklumkan bahawa ia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh Team Recovery Rapid Rail yang bekerja 3 shif tanpa henti.

Menurutnya, tren TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi. Beliau juga berkata bahawa pihak Prasarana kini akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC. Tidak cuma itu, bekalan kuasa seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai terpaksa ditutup bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan tersebut.

Penutupan bekalan kuasa itu juga melibatkan lima buah stesen LRT iaitu Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi. “Sebaik saja kerja pembaikan stretch berkenaan selesai, maka pemeriksaan akan dibuat oleh pihak APAD untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut,” katanya.

Tambahnya, 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi seperti yang telah diumumkan. Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan hari ini supaya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Sumber: Wee Ka Siong

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selepas Tular Kejadian Yang Libatkan LRT Tersebut. Kini Ada Pihak Tampil Dan Umumkan Akan Beri Bantuan Khas Sebanyak Ini.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 b4ntuan khas akan diberikan kepada 213 individu yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini di LRT malam tadi. Beliau berkata demikian ketika lawatan ke lokasi kejadian di stesen KLCC pagi ini.

Semalam, seramai 213 penumpang dilaporkan luka dengan 47 daripadanya teruk apabila dua gerabak LRT bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut.

Khidmat tren diteruskan seperti biasa hari ini. Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berkata Prasarana beri jaminan akan menambah baik SOP perkhidmatan LRT.

Sumber: Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Buka But Kereta Untuk Memberi Bantuan Secara Percuma Pada Yang Memerlukan. Sekali Pemuda Ini Tampil Dedahkan Sesuatu.

TASEK GELUGOR: Kesusahan hidup yang pernah dialami mendorong seorang penjawat awam melakukan kerja amal dengan memberi barangan keperluan dapur secara percuma bagi golongan memerlukan.

Biarpun tidak memiliki pendapatan besar namun dia berusaha menyumbang kepada komuniti memandangkan pernah merasa keperitan hidup apabila dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Azizul Abdul Rahim, 37 yang bertugas di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mula melakukan kerja Kebajikan secara bersendirian sejak 10 tahun lalu apabila menggunakan wang gajinya bagi membeli barang keperluan sebelum disumbangkan kepada individu memerlukan dari rumah ke rumah termasuk golongan gelandangan.

“Saya pernah hidup susah dan tahu keperitan untuk membeli barang keperluan ketika mengalami kesempitan wang kerana ibu ayah saya bukan orang senang. Jadi saya mengambil iktibar pada diri sendiri untuk membantu golongan yang pernah senasib dengan

saya walaupun gaji saya bukanlah besar mana tetapi ia cukup membahagiakan saya apabila dapat meringankan beban orang lain. Pada mulanya, saya menggerakkan kerja kebajikan ini dengan menghantar barang keperluan dapur dari rumah ke rumah selepas mendapat

maklumat mengenai orang yang memerlukan bantuan, tetapi sejak pandemik COV1D-19 timbul idea lain yang mana saya akan parkir kereta di beberapa lokasi kemudian membuka but yang diisi dengan

pelbagai barangan keperluan bagi mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui berhampiran Pasar Tasek Gelugor, di sini, semalam. Azizul berkata, dia memahami ketika pandemik Covid-19 ramai yang kehilangan pekerjaan dan mendorongnya membantu walaupun ia tidak seberapa.

“Selepas habis kerja, saya akan pergi ke mana-mana kawasan dalam daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah untuk mengag1hkan pelbagai barangan keperlvan dapur. Ramai yang tidak

percaya pada awalnya kerana ada ingat saya berniaga maklumlah buka tepi jalan tetapi sambutan amat baik bahkan ramai juga yang menyumbang untuk saya terus menjalankan kerja amal ini,” katanya.

Azizul berkata, dia bersemangat melaksanakan kebajikan dan tidak pernah penat walaupun ia dilaksanakan selepas waktu kerja. “Setiap kali saya pergi buat kerja amal ini ramai yang mendoakan saya bahkan saya teringat kata-kata seorang pakcik yang memberitahu biar tak banyak

duit tapi rajin sedekah maka rezeki akan lebih berkat. Kata-kata yang diberikan itu meresap dalam jiwa sampaikan saya tak rasa penat pun buat kerja ini bahkan seronok apabila ramai yang menyokong usaha saya ini

hingga berpusu-pusu memberi wang serta barang untuk saya hulurkan kepada mereka yang perlu,” katanya yang turut mendapat bantuan isteri serta anak sulungnya yang turun membantunya.

Sementara itu, seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Norma, 50-an berkata, dia memuji usaha yang dilakukan Azizul kerana amat bertepatan dalam keadaan situasi semasa yang banyak terkesan.

“Saya kehilangan kerja akibat COV1D-19 tambahan pula seorang ibu tunggal selepas kehilangan suami sejak tujuh tahun lalu akibat sakit jantung. Memang perit sangat apabila tiada kerja dan perlu membesarkan

empat anak namun sudah menjadi takdir maka inisiatif kecil seperti Azizul ini sangat membantu kerana ia meringankan beban orang-orang seperti saya,” katanya yang mengetahui inisiatif itu melalui Facebook. Sumber: BHONLINE

Bantuan Khusus Buat Rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor Akhirnya Dedahkan Jenis Jenis Bantuan Yang Bakal Disalurkan

Dilaporkan sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0,kerajaan negeri Selangir telah mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini. Dinamakan Pakej Kita Selangor, ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa inisiatif bakal dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi,

bantuan kepada bnjir dan tabung khas COVID-19.”Bagi bantuan khas PKP, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta untuk melaksanakan saringan bersasar, dengan fokus diberi kepada warga emas, golongan B40 dan mahasiswa Selangor.

“Kerajaan negeri menerusi Selgate Healthcare telah menambahbaik fungsi aplikasi SELangkah untuk turut membantu dalam pengawasan kendiri (self monitor) pesakit COVID-19.”

Bagi mengurangkan beban ke atas petugas barisan hadapan KKM, Bas Smart Selangor akan digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit dari rumah ke MAEPS, Serdang.

”Peruntukan RM100,000 pula diberikan setiap satu daripada 56 DUN menerusi PeruntukanKhas Selangor Mesra Rakyat, sekali gus membolehkan program atau aktiviti Mesra Rakyat yang melibatkan perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain boleh dilaksanakan secara terus,” ujarnya.

Amirudin juga mahu menyegerakan semua perancangan dan inisiatif yang dirancang dalam Belanjawan Selangor 2021. ”Antara strategi utama ialah Program Digitalisasi di mana kerajaan negeri akan membelanjakan RM 369 juta

melalui dana negeri dan anak-anak syarikat.”Pelaksanaan PKP bermula 13 Januari telah menuntut agar beberapa inisiatif ini dipercepatkan atas keperluan membantu golongan peniaga kecil, usahawan, penjaja yang terjejas serta pada masa yang sama memacu agenda digitalisasi Selangor,” katanya.

Tidak dilupakan, bantuan untuk negeri-negeri yang dilanda musibh banjir berjumlah RM2 juta.”Bagi menyantuni jiran-jiran tetangga kita, Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir

#KitaSelangor berjumlah RM1 juta untuk negeri Pahang. Rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing akan turut menerima Sumbangan Bantuan Banjir berjumlah RM500,000,” tambahnya.

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *