Doktor sampai terpaksa vakum kepala anak. Tunggu sampai 26 jam tak keluar sendiri. Akhirnya Ain Edruce bongkarkan wajah dan nama anak sendiri.

SELEPAS hampir dua minggu bersalin cahaya mata pertama, pelakon dan pengacara Ain Edruce akhirnya mendedahkan wajah dan nama puteri sulungnya itu kepada umum. Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 30, berkongsikan nama anaknya ringkas, Soraya yang membawa maksud kecantikan menerusi saluran YouTube miliknya pada Selasa.

“Nama anak saya Soraya… sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan. “Kawan-kawan saya pun dah bertanya nak tengok gambar anak saya, saya kongsikan ini bukan untuk menunjuk atau apa… sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama, our little Soraya,” katanya.

Ain pilih nama Soraya untuk anak perempuannya. Menerusi video itu juga, Ain berkongsikan pengalamannya yang terpaksa bertarung lebih 26 jam untuk melahirkan buah hati pertamanya itu.

“Saya masuk hospital 18 Mei pukul 12.30 tengah malam dan baby selamat bersalin pada 19 Mei pukul 1.30 pagi. Bayangkan berapa lama saya lalui proses itu. Nama anak saya Soraya… sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan.

“Dokter terpaksa vakum kepala anak untuk senangkan proses bersalin dah Alhamdulillah semua berjalan lancar. “Kesan vakum pada kepala anak pun dah tiada sekarang,” katanya. Wajah Soraya didedahkan kepada peminat selepas dua minggu dilahirkan.

Ain selamat melahirkan Soraya pada 19 Mei lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor. Pelakon drama siri Kekasih Paksa Rela itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz, 28, pada 13 Disember 2019 di Magica Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Gaya pakaian Ain Edruce dalam pantang, jadi perhatian? Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 30, dengan sinis menegur segelintir warganet di media sosialnya yang mempersoalkan cara dia berpakaian ketika masih berpantang selepas melahirkan anak, baru-baru ini.

Terdahulu, Ain selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, bayi perempuan seberat 2.79 kilogram secara normal pada 19 Mei lalu di sebuah pusat perubatan swasta. Ain yang hampir dua minggu berpantang, menjelaskan tiada masalah baginya untuk ke hospital membawa bayi membuat pemeriksaan dokter dengan gaya yang selesa di pakai.

“Pantang hari ke-10. Jangan bising pula aku pakai macam ini. Bawa bayi buat pemeriksaan dekat hospital. Lepas tu, aku balik. “Apapun, terima kasih juga kepada kalian yang sudi mengirimkan ucapan tahniah. Tak sempat nak balas semua. Alhamdulillah, sekarang Ain dah ada ‘baby’,” katanya.

Walaupun belum berkongsi foto bayinya di media sosial, Ain ada membuat perkongsian memuat naik foto dia bersama bayinya yang berada di dalam kereta sorong. “Foto penuh bayi akan dikongsi sebaik suami benarkan. Apa-apa saja mengenai anak, biar Amirul buat keputusan. Insha-Allah, kalau dah dibenarkan nanti, Ain kongsi,” katanya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Ain yang menggayakan padanan baju kemeja lengan panjang dan seluar panjang berwarna hitam teruk dikritik segelintir warganet yang mempersoalkan cara dia berpakaian ketika berpantang.

Geram dengan dakwaan tidak berasas dibuat kebanyakan warganet itu, kali ini Ain memberi penjelasan mengenai gaya pemakaiannya pada foto dimuat naik di Instagram supaya tidak timbul pelbagai andaian kurang enak lagi.

Ain yang juga pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 Ain bernikah dengan suami, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!mm

Sumber : http://limauasamboi.pw/j

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *