Teruk keluarga mertua dilanda kontroversi. Lama menyepi tiba tiba Pu Riz luahkan sesuatu di laman ig buat ramai yang tertanya tanya.

“Kita yang pilih jalan hidup kita, so kena tabah okay  in sha Allah semua baik-baik saje” Bukan mudah untuk memperisterikan seorang wanita yang merupakan selebriti terkenal tanah air negara.

Sudah menjadi asam garam bagi sesebuah perkahwinan jika diuji dalam apa jua bentuk halangan yang melanda dalam mengecapi kebahagian berumah tangga. Jika terdahulu bermacam-macam ujian yang dilalui oleh selebriti yang sering meraih kontroversi,

Neelofa dan PU Haris ini sebelum diikat menjadi pasangan sehati sejiwa dalam satu ikatan perkahwinan yang sah. Kali ini lain pula onak duri yang melanda bagi pasangan yang baharu berkahwin ini. Memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya, PU Riz berkongsi gambar awan mendung seakan-akan menantikan sinaran cahaya selepas berhujan panas.
< class="quads-location quads-ad1">

Perkongsian yang dimuat naik itu dikatakan menggambarkan kesedihan dirinya selain caption yang ditinggalkan berbaur pasrah dan bersandarkan pada “harapan”. Mengetahui bahawa pelbagai isu yang timbul bersilih-ganti ‘tanpa jemu’ dalam keluarga besar selebriti ini, rata-rata warganet mendakwa PU Riz pastinya berasa terbeban setelah terpaksa berulang-kali keluar masuk balai polis bagi menyelesaikan segala isu dan dakwaan yang dikaitkan dengan mereka ini

“Mesti penat kan ngadap deme-deme tu ” Meskipun, terdapat beberapa dakwaan dan sangkaan bahawa hubungan pasangan berkenaan itu sedang ‘bergelora’ setelah bermacam-macam dugaan yang harus dihadapi, PU Riz masih terlihat tenang dan tidak mudah melatah dalam mengeluarkan sebarang kenyaatan yang dibuat menerusi sosial media miliknya.

Mengetahui bahawa PU Riz jarang berkongsikan kisah keluarga di laman Instagram miliknya, rata-rata warganet memuji dan menasihati pendakwah bebas ini untuk terus kekal tabah dan sentiasa membimbang keluarganya sebelum membuat sebarang keputusan.